Tuesday 14 October 2014

ZAFEERA 6 BULAN

Bismillahhirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, arini anak mummy Zafeera da genap 6 bulan. Zafeera da happy, ceria and she's doing great all the way. Sepatutnya arini mummy teman awak untuk check up kat KK, tapi mummy mintak maaf sangat sangat sebab mummy tak dapat cuti. Jadi sayang pegi dengan wan je ya. Jangan nangis-nangis. Zafeera kene kuat dan tabah macam mana mummy tabahkan hati dan kuatkan semangat demi masa depan kita.

Minggu depan kite buat surprise party tuk wan ok. Sebab wan awak bukan celik IT,muahaha..jadi dia tak tau apa tu blog, dia takde FB, so mummy boleh la open topic kat sini. Mak Etty awak pun balik minggu ni, so mummy ade assistant tuk organize everything,ngeh3.

Zafeera lahir dengan komplikasi Intracarnial Bleeding (ICB) kesan dari vacum tiga kali oleh pihak hospital. Lama Zafeera dalam NICU. Ketika usia dia baru 2 hari, Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) terus refer dia ke Neurologist di HKL. Allah je tau apa perasaan aku masa tu. Dengan keadaan aku yang baru lepas operate dan luka epi masih baru, takde ape yang mampu aku buat selain bertawakal 100% pada kuasa Allah.

Tengah malam sebelum Zafeera ke HKL, doc dari NICU kejut aku di wad, explain condition Zafeera dan mintak izin untuk ambil darah aku untuk standby kalau pihak Neurologist HKL perlu jalankan pembedahan pada Zafeera dan mereka perlu lakukan pemindahan darah, maka darah ibu yang diorg akan guna. Hanya Allah je tahu luluhnya hati seorang ibu masa tu.

Alhamdulillah, aku tak meroyan. Orang bersalin dapat pegang anak kat tepi, tapi aku sorang sorang. Air mata ni tak payah cakap, memang asyik nak keluar je. Tapi selagi aku boleh tahan memang aku tahan, aku malu nak nangis depan orang. Bila malam je aku sorok sorok nangis, sebab nurse da tutup lampu,hehe. Kalau ingat balik memang sedih.

Zafeera masa dia lahir memang da tak menangis. Doktor tulis dalam medical report "she has no effort to breath", doktor masukkan tiub dan bagi bantuan oksigen. Dengan kepala yang bengkak lagi, tangan berselirat tiub dan wayar, sangat menyedihkan.


Kalau korang baca medical report dia memang sedih. Aku yang baca lepas 5 bulan peristiwa tu, berjurai air mata. Pelik orang kat spital tengok. Tapi aku ibu dia, jadi perasaan tu memang lain. Orang lain takkan faham, hanya aku dan Allah je yang tau betapa seksanya Zafeera nak melihat dunia ni.

Gambar kat atas tu masa dekat wad SCN. Seminggu lebih aku berkampung kat spital tu. Zafeera pulak lama jaundice sebab komplikasi tu, tiap ari amek darah, masuk antibiotik hatta pain killer. Masa tu aku rasa duk dalam penjara. Hari hari doa aku moga jaundice Zafeera cepat turun dan kitorang boleh balik umah wan secepat mungkin. Mak long dan Pak long Zafeera sampai datang bawak anggur hitam dan air zam zam untuk Zafeera. Kami curi curi sudukan dia dengan niat moga jaundice dia cepat turun.Alhamdulillah, day 9 kami discharged.

Bila da sampai kampung, macam macam ikhtiar wan dia buat. Mandi air daun belimbing, mandi air daun inai, letak aloe vera kat ubun-ubun. Air zam zam dan air anugerah memang tak tinggal. Akhirnya alhamdulillah. Zafeera semakin pulih. Cuma bermula dari hari ke 30, Zafeera mula menangis, pantang celik mata. Usaha memang usaha, tabah je hati ni. Nasib baik wan ade, wan pun sama berjaga malam, peluk Zafeera. Sebab tu Zafeera memang kenal sangat dengan wan dia.

Penyakit kerap menangis Zafeera tu dalam sebulan dan lepas tu makin berkurang sampai umur dia 3 bulan. Sebenarnya, dia kene abdomen colic atau dalam bahasa pasarnya kembung perut. Alhamdulillah, sekarang ada jugak kembung tapi sikit sikit je, tak teruk macam dulu.


Terkini, yeay!! Dah masuk hari ke 4, Zafeera da mula makan bubur tapi buat cair je, tak berani nak pekat pekat sebab takut dia sembelit. Setakat ni alhamdulillah. Perkembangan dia mungkin tak sama dengan anak orang lain, mungkin lambat sikit, tapi bagi aku Zafeera da cukup gigih dan tabah memandangkan dari cara dia lahir, apa yang dia lalui, she's such an amazing kid. Tugas aku dan wan dia adalah untuk stimulate perkembangan otak dia. Aku pun kadang kadang banyak membaca kaedah rangsangan awal kanak-kanak supaya aku dapat aplikasi pada Zafeera.

Berusaha dan terus berusaha. Doakan aku terus tabah, kuat semangat dan rajin. Semoga urusan kita dunia dan akhirat dipermudahkan, Amiinn. Sekian, Assalamualaikum.
Muka happy dapat makan



No comments:

Post a Comment