Showing posts with label Tip Masakan. Show all posts
Showing posts with label Tip Masakan. Show all posts

Wednesday, 4 February 2015

PETUA BUANG LEMAK BERLEBIHAN DALAM SUP

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari Rabu yang indah nan cerah ni, Jaja nak kongsi satu petua atau kaedah bagaimana mahu singkir lemak berlebihan dalam sup terutama kalau kita masak guna daging hidup. Wow, daging hidup tu apa Jaja? Istilah daging hidup ni bermaksud daging segar baru lepas sembelih, macam daging korban tu, bukan yang dalam pek sejuk beku tu.

Selalu kalau kita masak daging hidup/daging segar ni, bila sup jadi sejuk, lemak akan membeku pada permukaan sup. Bila kita makan sup tu pun, boleh berminyak minyak mulut, macam pakai gincu lilin kan? Pernah tak korang rasa perasaan dan situasi tersebut? Hehe..

Minggu lepas, Jaja ter"tengok" rancangan masakan Donna Hay - Fast, Fresh, Simple. Dalam rancangan tu beliau tunjuk dan kongsi macam mana beliau singkirkan lemak dalam sup daging kambing. Kaedahnya adalah dengan menuang sup dalam mangkuk yang berisi kiub ais. Lemak berlebihan akan membeku dan berketul pada permukaan sup. Bila kita tuang semula ke dalam periuk, yang tinggal hanya sup tanpa lemak berlebihan.

Perlu diingatkan di sini, bukan 100% lemak dapat disingkirkan tetapi sekurang-kurangnya kita dapat singkirkan banyak juga lemak daripada kita makan semua lemak yang ada dalam sup tu tanpa rasa bersalah kan. Lemak yang sedia ada pun kita tak tahu bila nak singkir, jadi baik kita cuba kaedah ni, sekurang-kurangnya kurangkan risiko sakit jantung.

Lagi satu, masa tuang sup tu, elok kalau tuang dalam keadaan sup xmenggelegak atau terlalu panas, sebab nanti ais kalah dan mencair. Turunkan sedikit suhunya dan guna ais kiub yang banyak. Biasanya, ikut pengalaman Jaja, sup daging hidup ni tak perlu tunggu lama, sebab lemak tepu terlalu banyak, mudah nampak lemak tepu dan beku kat permukaan sup tu. Kakak-kakak, mak-mak, adik-adik bolehlah buang lemak tu, sebab tak elok untuk kesihatan.

Sekian, Assalamualaikum.

"START SMALL, MAKE HEALTHY CHOICES EVERYDAY"

Khadijah binti Maskam
Pengurus Online
Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR)
Tel : 017-3441486 (sms/WhatsApp)
Email : khadijahmaskam@gmail.com

Wednesday, 8 October 2014

CERITA DI HARI SABTU


Bismillahirrahmanirrahim
Hari Sabtu lepas, saya sekeluarga berkumpul sempena menyambut Aidiladha bersama. Saya sudah lama tidak mengasah bakat di dapur maka dalam kepala saya penuh dengan rancangan untuk mencuba pelbagai resepi. Pada awalnya, saya bercadang untuk membuat mixed fruit cake, tetapi tiba-tiba abang saya mencadangkan agar kami membuat pizza.

Maka terhasil sudah seperti gambar di atas. Bagi orang yang sudah lama tidak melibatkan diri dengan dunia masak memasak, saya kagum dengan diri sendiri kerana berjaya menghasilkan pizza yang gebu, hahaha.

Untuk topping saya hanya gunakan sos preggo yang diolah mengikut citarasa kami sekeluarga. Sebenarnya, urusan menyediakan topping telah diambil alih oleh kakak ipar saya. Saya hanya menyediakan pizza base sahaja. Cheese pula kami hanya menggunakan sliced cheese kerana kampung kami agak pedalaman, jarang orang mahu makan cheese kerana mereka lebih menggemari masak asam tempoyak, jadi susah mahu cari cheese di kedai, hahaha.

Tepung juga sama, jangan mimpi mahu jumpa tepung roti atau high protein flour di Kampung Simpang Pelangai, maka kami hanya gunakan tepung gandum sahaja untuk pizza base. Untuk cubaan pertama, saya menguli menggunakan cookies maker tetapi adunan jadi terlampau lembik kerana saya gunakan kesemua 250ml air mengikut sukatan dalam resepi. Kemudian saya terpaksa menambah tepung sambil menguli lagi sehingga mendapat doh yang lembut.

Keesokan harinya, abang saya membuat permintaan untuk belajar bagaimana mahu menghasilkan pizza base. Jadi saya mengambil keputusan untuk menguli doh hanya menggunakan tangan dan hasilnya berjaya. Menguli dengan tangan adalah lebih mudah dan tidak perlu berisiko dengan doh yang terlalu lembik.

Sekarang tidak perlu ke Pizza Hut atau Domino lagi. Homemade pizza lebih menguntungkan dan memuaskan hati seisi keluarga di samping merapatkan silaturrahim. Sekian, kisah pizza di hari Sabtu.

Resepi Pizza Base
200g tepung gandum/tepung roti
2 st yis segera (mauripan)
½ st garam (larutkan dalam air suam)
1 st gula
2 st minyak sayuran/minyak zaitun (Jaja guna minyak masak je)
½ cawan air suam

Cara Menguli:
  • Kembangkan yeast bersama gula di dalam air suam (sedikit sahaja).
  • Uli tepung bersama minyak sehingga sebati.
  • Masukkan yeast yang telah kembang ke dalam tepung dan gaul sebati.
  • Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli tepung sehingga menjadi adunan seperti adunan karipap.
  • Rehatkan doh selama 15 minit di tempat yang suam-suam kuku (tutup dengan tuala lembap pun boleh).
  • Uli lagi doh sehingga masak uli dan permukaan doh licin dan cantik.
  • Canai di atas dulang pembakar dan taburkan topping dan cheese.
  • Bakar selama ½ jam (bergantung pada oven masing-masing).


SELAMAT MENCUBA!


Mahu pakej makanan sunnah? Sambil makan, sambil kutip pahala. Lawati Gedung Makanan Online saya di sini dan buat tempahan sekarang atau anda teringin bergelar WAHM dan mahu tahu apa itu SAHM dan SOHO, boleh hubungi sifu dan otai kami Puan Masayu Ahmad dan Puan Anys Idayu. Assalamualaikum.