Thursday 25 September 2014

PAKEJ KURMA & KISMIS



PAKEJ KURMA & KISMIS 1

1 kg kismis hitam RM35

1 kg kismis Zarrin RM30

1 kg kurma Maryami RM50

Kos pos RM10 + RM3+ RM3= RM 16
RM 25 SabahSarawak

Berminat? Jangan tunggu lama-lama, sila buat tempahan di sini.

SERUNDING KG. LAUT

Serunding terbaik dari Kg. Laut

1. Serunding ayam biasa 1 kg RM60
kos pos RM13 /RM25 SabahSarawak
Jumlah RM73 termasuk kos pos


2. Serunding daging 1 kg RM60 (import)
kos pos RM13 / RM25 SabahSarawak
Jumlah RM73 termasuk kos pos




3. Serunding daging tempatan (local) 1kg rm75
kos pos RM13/ RM25 sabah sarawak
Jumlah RM88 masuk pos 



4. Serunding ikan 1 kg RM60
kos pos RM13/RM25 SabahSarawak
Jumlah RM73 termasuk kos pos


Berminat? Terus buat tempahan di sini. Hari Raya Aidiladha semakin hampir. Lagi meriah kalau ada serunding hebat ni. Jangan malu jangan segan. Cepat buat tempahan sekarang.

PAKEJ SUNNAH

PAKEJ KUDAPAN SUNNAH




kurma maryami 1kg RM40
kismis hitam 1kg RM25
kismis basah 1kg RM rm30
almond 200gm RM20
pistacio 250gm RM30

Jumlah
RM145

kos pos RM20


RM165 termasuk pos semenanjung 

RM 225 sabah sarawak

Pakej Sunnah terdiri dari kudapan yang berkhasiat sesuai untuk semua lebih-lebih lagi bagi ibu mengandung. Sesuai juga untuk kanak-kanak dan para pelajar untuk meningkatkan tahap daya ingatan. Daripada makan makanan segera yang mengandungi MSG dan gula-gula yang tinggi dengan kandungan gula, adalah lebih baik sediakan anak-anak anda dengan kudapan sunnah. Bagi sesiapa yang berminat boleh terus order dan buat pembayaran di borang tempahan ini.

PAKEJ NASI ARAB & OAT CHOCO TERBAIK

Pakej 1


1 Nasi Mandi (Arab Saudi) kotak biru- RM15
1 Maqluba Ayam kotak oren- RM15
1 Nasi Kabsah kotak merah RM15
1 Mandy Kambing kotak hijau RM15
Oat Chocolate 2 paket (RM12 X2) RM24


Jumlah
Kos pos RM15 / RM25 SabahSarawak


Jumlah keseluruhan

RM99 termasuk kos pos




Pakej 2


1 Nasi Mandy (Arab Saudi) Kotak Biru - RM 15
1 Nasi Maqluba Ayam Kotak Oren - RM 15
1 Nasi Mandy Kambing Kotak Hijau - RM 15
1 Nasi Kabsah Ayam Kotak Merah - RM 15


Jumlah

RM 60


Kos pos RM11 (skynet) / RM25 SabahSarawak


Jumlah Termasuk Pos RM71




Pakej 3



4 kotak mandy arab (RM15 X 4) = RM60


Chocolate oat choco = RM12 x2 (RM24)


kos pos RM15 (skynet) / RM25 SabahSarawak


Jumlah termasuk pos = RM99




Pakej 4


4 paket nasi maqluba ayam (RM15 X4) = RM60


2 paket oat choco RM12 X2 = RM24


Kos Pos 15 / RM25 SabahSarawak


Jumlah RM99


Pakej 5


1 peket maqluba ayam (kuning) RM15
1 kabsah ayam (merah) RM15
1 mandy kambing (hijau) RM15
1 mandy ayam (biru) RM15


2 oat choco (RM24)


Kos pos RM15 / RM25 SabahSarawak


Jumlah keseluruhan: RM99




Pakej 6


4 mandy kambing RM15 X 4 (RM60)
2 oat choco 12X 2 (RM24)


Kos pos RM15 / RM25 SabahSarawak




Jumlah keseluruhan RM99



Pakej 7


4 mandy ayam RM15 X 4
2 oat choco RM12 X 2


Kos pos RM15 / RM25 SabahSarawak


Jumlah keseluruhan RM99




Pakej 8




4 kabsah ayam RM15 X 4 = RM60
2 oat choco RM12 X 2 = RM24




Kos pos RM15 / RM25 SabahSarawak



Jumlah keseluruhan RM99


Segala pertanyaan mengenai pakej boleh hubungi saya melalui email (khadijahmaskam@gmail.com) atau WatsApp (010-5398798). Pesanan dan pembayaran boleh terus dilakukan melalui link borang tempahan ini. Sesiapa berminat untuk menyertai kelas Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR) juga boleh PM saya di Facebook              (Khadijah Maskam)/WatsApp.

Selamat Memilih!!

Wednesday 24 September 2014

TALIAN NUR 15999





Teks : Khadijah Maskam

Bismillahirrahmanirrahim. 
Alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya update blog untuk hari ini. Bukan apa, komitmen pada kerja membataskan waktu saya untuk mengemaskini post di blog. Selain itu, antara sebab saya agak sibuk kebelakangan ini adalah kerana tanggungjawab sosial terhadap masyarakat dan kawan-kawan. Haha, bunyi kedengaran seperti saya seorang ADUN. Realitinya, tidak perlu tunggu kita bergelar seorang YB untuk kita laksanakan tanggungjawab sosial, sebagai orang awam yang hidupnya bermasyarakat, ada jiran tetangga, sahabat handai, kita perlu memikul tanggungjawab itu.

Berbalik semula kepada tajuk, dalam masa seminggu dua ini, saya kerap kali menerima mesej meminta bantuan dari segi kewangan. Ketiga-tiga mereka terdiri dari kaum wanita yang telah berumah tangga, mempunyai anak kecil. Masalah mereka adalah sewa rumah tertunggak, bil-bil tertunggak, ansuran kereta dan pelbagai macam lagi yang tertunggak. Kesannya, anak-anak tidak cukup keperluan seperti susu, makanan dan pakaian. 

Kes Puan A :
Umur : 20 tahun
Status : Berkahwin
Anak : Seorang (7 bulan)
Pekerjaan : Tidak bekerja
Suami : Masih belajar
Masalah :
a) Tidak mempunyai wang untuk membeli keperluan anak.
b) Suami tidak mampu menyara hidup isteri dan anak. Suami juga tinggal dengan keluarganya di Perak bukan tinggal bersama isteri dan anak.
c) Puan A tinggal di rumah ibu dan ayahnya yang mana adik beradiknya adalah seramai 13 orang. Mereka mengharap bantuan jiran tetangga untuk keperluan asas di dapur.

Kes Puan B :
Umur : Tidak dikenalpasti
Status : Berkahwin
Anak : 3 orang
Pekerjaan : Tidak dikenalpasti
Suami : Tidak bekerja
Masalah :
a) Bil-bil tertunggak
b) Sewa rumah tertunggak
c) Anak hanya minum air didih sejak seminggu lalu kerana Puan B tidak mampu lagi membeli susu.
d) Mahu pinjam RM 3,000 untuk melangsaikan segala hutang yang tertunggak.

Kes Puan C :
Umur : 35 tahun
Status : Berkahwin
Anak : 6 orang
Pekerjaan : Pengusaha kantin kilang
Suami : Tidak bekerja
Masalah :
a) Ditindas oleh suami yang curang. Dipergunakan oleh suami yang tidak bekerja sebagai lubuk duit. Anak-anak agak terbiar dan kurang kasih sayang dan perhatian. Bisnes di kantin juga semakin merundum kerana duit pusingan modal kerap kali di ambil oleh si suami untuk berpoya-poya.
b) Menanggung hutang yang banyak (ansuran kereta, syarikat pinjaman wang berlesen, pembekal,dll)

Akibat salah percaturan hidup, ramai yang jadi mangsa dan yang paling menyedihkan adalah anak-anak. Kasihan melihat anak-anak yang masih kecil terpaksa melalui zaman susah, menahan lapar dahaga akibat perbuatan ibu bapa. Tapi saya percaya, semua wanita diluar sana tidak pernah mengimpikan hidup sebegini, tidak pernah mengimpikan untuk bersuamikan orang yang tidak bertanggungjawab cuma Allah telah takdirkan untuk mereka diuji sebegini maka jalan hidup mereka agak susah berbanding orang lain.

Islam menyuruh kita sabar, tetapi Islam juga menyuruh kita berusaha. Sabar sahaja tidak cukup. Perlu ada usaha untuk mencari jalan penyelesaian untuk setiap masalah. Seterusnya adalah sokongan dari pihak sekeliling seperti keluarga, rakan-rakan dan masyarakat.

Bagi mereka yang mempunyai masalah seperti Puan A, B dan C di atas, saya nasihatkan untuk segera hubungi talian NUR di talian 15999. Ceritakan masalah anda secara terus terang dan minta nasihat dari mereka. InsyaAllah, pasti akan ada jalan keluar dari setiap kemaslahatan itu.

Mereka yang menghubungi dan berjumpa saya rata-rata mahu meminta bantuan dari segi kewangan tapi saya tegaskan saya juga bukan orang senang. Saya cuma boleh bantu dalam bentuk barang seperti barang keperluan anak seperti susu dan lampin pakai buang. Saya juga boleh bantu dari segi nasihat dan juga menjadi pendengar setia. Itu sahaja yang mampu saya bantu. Oleh kerana itu, saya cadangkan mereka untuk berhubung terus ke Talian NUR. Mereka akan beri bantuan yang sewajarnya. 

Selain dari menghubungi talian nur, anda juga boleh membuat aduan dengan menghantar mesej peribadi (Private Message:PM) di Facebook Talian NUR, email (taliannur@kpwkm.gov.my), SMS (taip TALIANNUR>jarak<ADUAN>jarak<pertanyaan anda> dan hantar ke 15888 atau melalui WebChat melalui laman sesawang kementerian (http://www.kpwkm.gov.my/social-media). Mereka sedia membantu.



Selalunya ada mangsa yang tidak tahu mengenai kewujudan Talian NUR ini ataupun mereka tidak tahu bagaimana cara untuk meminta bantuan. Oleh itu, saya nasihatkan agar orang awam dan masyarakat tolong jangan pandang mudah pada perkara sebegini. Ia adalah kewajipan kita semua untuk membantu. Jika tidak mampu membantu dari segi kewangan, maka inilah cara untuk kita bantu mereka. Selamat menunaikan tanggungjawab sesama insan! Sekian, Assalamualaikum.



Tuesday 23 September 2014

AMALAN KITA SEHARIAN SEBAGAI HAMBA ALLAH

Ihsan dari Google.
Teks : Khadijah Maskam

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, dengan izin Allah s.w.t. kita masih diberi peluang untuk bernafas dan berjalan di atas bumi milikNya. Oleh itu, jangan pernah lupa dan lalai untuk mengucapkan syukur kepadaNya.

Amalan seharian kita juga merupakan salah satu cara untuk menunjukkan bagaimana kita sebagai hambaNya bersyukur atas nikmat-nikmat yang diberikanNya.


Segala amalan yang diniatkan Lillahi Taala, pasti akan diberikan ganjaran yang besar oleh Sang Pencipta. Terlalu banyak amalan yang boleh kita amalkan agar hidup kita sentiasa berada di landasan yang benar. Iman perlu sentiasa dibaja kerana ia ibarat sepohon pokok, tanpa baja ia mungkin merendang tapi tak berbuah.


Ihsan dari Google
Semoga kita sentiasa istiqamah dalam menjalankan tanggungjawab terhadap sang Khalik dalam menunaikan tanggungjawab samada Fardhu atau Sunat. Semoga kita tidak akan pernah berputus asa dalam mencari redha Allah. 

Mungkin kita yang dahulu adalah seteruk teruk manusia, tapi jangan pernah lupa bahawa setiap insan mempunyai sejarah silam. Allah Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang dan Maha Pengampun. Sebanyak mana pun dosa kita hatta sebanyak buih di lautan, yakinlah bahawa Allah sentiasa ada. Pulanglah ke pangkal jalan dan berusaha untuk mencari redhaNya.

Di samping ibadah-ibadah wajib, perbanyakkanlah istighfar, solat-solat sunat, majlis-majlis ilmu dan dekatkan diri dengan orang-orang soleh agar kita sentiasa berada di dalam lingkaran rahmatNya, InsyaAllah.

Saya cuma berkongsi pengalaman sendiri yang tidak seberapa dengan harapan ianya dijadikan sebagai pengajaran bukan sahaja untuk sahabat-sahabat tetapi untuk diri sendiri. Saya hanya seorang insan kerdil yang lemah yang sering tersungkur, tetapi dengan perkongsian begini dapat membangkitkan semula semangat saya untuk meneruskan kehidupan ini. Sekian.

Monday 22 September 2014

PENGENALAN


Teks : Khadijah binti Maskam




Bismillahirrahmanirrahim.
Nama saya Khadijah binti Maskam. Saya berasal dari Kg. Simpang Pelangai, Bentong Pahang. Saya merupakan anak ketiga dari tujuh orang adik beradik. Kini saya menetap di Nilai, Negeri Sembilan dan masih bekerja sebagai Pembantu Pengeluaran di sebuah syarikat swasta di sini. 

Saya mendapat pendidikan awal di SK Simpang Pelangai dan seterusnya melanjutkan pelajaran di peringkat menengah di SMK(A) Pahang, Muadzam Shah. Tamat tingkatan 3, dek kerana takutkan Bahasa Arab, saya mengambil keputusan untuk bertukar ke aliran teknikal. Saya menyambung persekolahan di SM Teknik Tuanku Ja'afar, Seremban. Kemudian saya menyambung pengajian ke peringkat Diploma dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal.

Arwah ayah adalah seorang guru manakala emak adalah surirumah tangga sepenuh masa. Sifat tegas arwah ayah di sekolah turut sama dipraktikkan di rumah. Jadi, kami adik beradik telah biasa dengan pelbagai peraturan yang ditetapkan oleh arwah ayah demi menjadikan kami adik beradik bukan sahaja insan yang berguna, malah kuat dan teguh dalam menghadapi dugaan dan cabaran dalam kehidupan realiti.

Alhamdulillah, berkat didikan dan asuhan dari kedua orang tua, saya boleh dikatakan berjaya menempuhi segala rintangan dan dugaan hidup yang penuh onak dan duri ini dengan penuh semangat. Saya telah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang puteri bernama Zafeera. Zafeera adalah sumber kekuatan saya kerana sejak lahirnya beliau ke dunia, saya mendapat kekuatan untuk bangkit dari segala kemelut hidup yang membelenggu saya sejak beberapa tahun yang lalu.

Demi Zafeera juga, saya menguatkan semangat untuk berusaha mencari dan belajar mengenai peluang-peluang yang dapat menjana pendapatan saya seterusnya saya dapat menjalankan perniagaan dari rumah. 

Matlamat utama saya adalah untuk mendidik, membesarkan dan melihat puteri saya membesar di hadapan mata saya sendiri. Dalam keadaan sekarang, untuk mencari pengasuh yang benar-benar ikhlas amat sukar ditemui dan saya tidak berani untuk memperjudikan nasib satu-satunya anugerah terindah dalam hidup saya.

Oleh itu, saya amat berharap dapat menamatkan sesi pembelajaran di ABDR dengan jayanya sebelum saya meletakkan jawatan secara rasmi dan pulang ke kampung halaman untuk bersama dengan puteri tercinta. Harapan saya semoga mentor saya Pn. Anys Idayu serta rakan-rakan di ABDR dapat memberikan saya tunjuk ajar dan dorongan agar saya dapat merealisasikan impian saya untuk menjadi salah seorang WAHM suatu hari nanti.