Tuesday 23 December 2014

CABARAN EKONOMI 2015, BERSEDIAKAH ANDA

Bismillahirrahmanirrahim.

Merenung ke luar jendela, cewah. Sekarang musim hujan, sayunya hati teringat Zafeera di kampung. Sayu lagi hati bila mengenangkan masa depan. Haha, bukan mengeluh dan tiada niat untuk merungut. Apapun jua halangan pasti ku tempuhi dengan penuh semangat.


Musim musim hujan ni digalakkan kita untuk banyakkan aktiviti di rumah. Elak untuk terlalu keluar kerana dikhuatiri demam. Tapi bagi kaum lelaki mahupun perempuan yang memikul tugas mencari nafkah, mampukah anda lebihkan masa di rumah dan had kan masa di luar? Siapa pula yang mahu cari pendapatan untuk keluarga? Hehe...

Cabaran untuk tahun 2015 kian terasa kerana hanya tinggal kurang 2 minggu lagi sebelum kita memasuki tahun 2015. Antara cabarannya adalah GST ataupun nama penuhnya Goods & Services Tax. Seperti yang pihak kerajaan war-war kan di media massa, bukan semua barang dan perkhidmatan akan dikenakan GST.

Persoalannya, mampukah barang-barang serta perkhidmatan yang dikecualikan GST ini mengekalkan harga yang sama untuk bulan hadapan? 2 bulan lagi? 3 bulan lagi? Kami rakyat marhaen merayu pada pucuk pimpinan agar bersikap relevan pada kami. Gaji kami di takuk lama untuk bertahun lamanya, jika ada kenaikan pun tidak setara penjawat awam barangkali. Kami kerja lebih masa, lebih 12 jam untuk pastikan perut anak-anak kami terisi. Dalam pada waktu itu, harga tepung dan gula sudah berapa kali meningkat akibat kekurangan subsidi katanya.

Walaupun pahit, tetap kami telan jua kerana apalah sangat suara kami ini. Mungkin pak-pak menteri tidak melalui kesusahan kami mengisi petrol ke tangki motor kereta setiap hari, membayar tol ke tempat kerja kerana pak-pak menteri semua ada elaun dan kad petrol masing-masing. Setiap langkah kaki kami, nilai RM mengalir keluar sederas air banjir di pantai timur kini.

Tiada lagi nilai 50sen di dalam dompet itu. Jangan kata 50sen, RM50 juga hanya mampu dipegang sehari, untung kalau cukup sehari. Susu anak 1 tin bersamaan 800gm sahaja sudah RM42.90 dan hanya bertahan untuk satu minggu. Masih ada baki RM7.10. Itulah duit makan, duit petrol, duit sakit pening dan lain-lain lagi.

Pandai pak-pak menteri cakap untuk berjimat, kami memang sudah lama berjimat, kurangkan dan lupuskan segala perbelanjaan yang kurang perlu, duit hiburan bersama keluarga kami kurangkan, banyakkan aktiviti di rumah, makan ulam-ulam untuk jaga kesihatan hatta sardin yang dulunya makanan mampu milik pun telah diklasifikasi sebagai makanan ekspress yang mahal, dan kami potong senarai sardin dalam senarai barang dapur kami. Kami ganti sumber protein kami dengan pergi memancing di hujung minggu.

Tidak cukup lagi, pergi memancing di tasik-tasik pinggiran kota yang mana ikannya berpuluh ribu ekor di dalam pun kena saman. Hai la nasib....Andai luahan hati ini mampu menusuk sanubari sang pemimpin, alangkah bahagianya aku. Kami bermatian menyahut seruan kamu untuk berjimat dan mencari peluang untuk menambah pendapatan sampingan.

Ini suara kami yang bekerja atau ada pendapatan bulanan. Bayangkan bagi mereka yang kerja kampung, menoreh getah, musim-musim hujan begini bagaimana mahu keluar menoreh kalau batang getah basah? Ada yang masih gigih, batang getah di lap dengan kain, kemudian baru ditoreh. Berhujan dalam hening subuh tatkala jam pukul 3 pagi, 2 pagi.  

Dimana pak-pak menteri ketika itu? Enak dibuai mimpi diselimuti comforter tebal, hangat suasana, indah belaka mimpi yang datang. Jauhnya perbezaan kasta itu kan? Kami bukan merungut, kami redha dengan ketentuan dan perancangan Allah, cuma kami mohon tolong jangan buat sesuatu tanpa fikir masih ada insan yang kurang bernasib baik dari anda.

Doa kami, moga kami terus kuat melangkah ke hadapan walau apa jua cabaran mendatang kerana kami yakin dan pasti dengan janji Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa ada dengan orang-orang yang sabar. Rezeki kami di tangan Allah, bukan di tangan pemimpin yang alpa. Semoga Allah sentiasa melindungi insan-insan yang gigih berjuang demi dunia dan akhirat. InsyaAllah.

Sekian dulu untuk kali ini. Buat sahabat-sahabat di kawasan banjir, semoga tabah dan cekal mengharungi ujian Allah dan jagalah keselamatan diri dan keluarga. Moga ada sinar dan pelangi menanti di hadapan. Bagi yang mahu belajar dan jadi sebahagian warga ABDR boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut. Assalamualaikum.


Khadijah binti Maskam
Pengurus Online
Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR)
Tel : 010-5398798 (sms/WhatsApp)
Email : khadijahmaskam@gmail.com
Kedai Online : KOLEKSI FESYEN JAJA




Monday 22 December 2014

2015 : KURANG DARI 2 MINGGU

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, dengan izinNya, blog ini berjaya dikemaskini, hahaha. Bulan Disember menyaksikan bulan paling "tough" sepanjang tahun akibat wabak demam, selesema dan batuk yang melanda Jaja dua beranak. Mak sakit "momantai", yang pengsan bila anak dara comel di kampung demam, memang tak tidur malam dibuatnya.


Gejala demam malam Zafeera berlarutan hampir 2 minggu. Tiga kali juga Jaja dan mak berulang ke klinik untuk dapatkan nasihat pembantu perubatan dan juga doktor. Risaunya siang dan malam, memandangkan Zafeera masih kecil dan bawah 2 tahun, apa sahaja ubat yang boleh dipreskripsikan. Bila pihak klinik tanya umur dan berat, lama mereka fikir untuk tulis ubat yang sesuai. Kesian Zafeera, selesema dan batuk yang paling tidak menyelesakan. Jaja usaha untuk pump keluar hingus dia. Susah dia nak tidur malam sebab "clogging". Jaja usaha untuk tidurkan Zafeera dalam posisi meniarap dan sapu vicks di ada dan belakang.


Pada awalnya klinik memang hanya bekalkan paracetamol syrup dan salbutamol tetapi bila demam berlarutan akhirnya MA terpaksa bagi ampicilin sebagai antibiotik. Hanya doa dan tawakal mampu mummy iringi dengan usaha mummy untuk kebahkan demam Zafeera. Kesian dekat wan jugak sebab turut sama tak tidur malam jaga Zafeera. Bila malam tiba, suhu mula meningkat, mummy dan wan usaha untuk lap satu badan Zafeera dengan tuala basah. Kesian bila baby demam panas, alangkan kita yang dewasa pun tak tahan kalau demam, inikan baby.

Asalnya demam Zafeera hanya 3 hari, tapi selang 2 hari, demam datang semula sehingga berlarutan hampir 2 minggu. Bulan Disember sahaja, Mummy ambil 5 hari cuti kecemasan. Belum campur "Medical Leave" sebab mummy pun demam sampai suspek denggi. Allah uji mummy dengan hebat sekali. Mummy sentiasa doa moga Zafeera cepat sembuh dan biar Mummy yang jadi gantinya. 

Alhamdulillah, Zafeera telah pulih seperti sedia kala. Terima kasih buat teman-teman yang sentiasa mendoakan kesejahteraan Zafeera. Buat wan, terima kasih yang tidak terhingga kerana berkorban segalanya untuk cucunda Zafeera tersayang.

Sepanjang bulan Disember menyaksikan kemerosotan aktiviti ber"blog" dan FB juga tidak sempat mahu tulis apa-apa. Hanya mampu jadi "silent reader" dan "like" sahaja post rakan-rakan. Segala fokus telah terganggu dan momentum jatuh merundum. Dalam kepala terlalu banyak yang difikirkan. Balik dari pejabat, tengok jam sudah melepasi pukul 10 malam. Sampai bila Ya Allah...sampai bila harus berjauhan dari anak...sampai bila Ya Allah? Mungkin ini adalah kifarah untukku dan aku belajar untuk terus redha dan kuatkan kaki untuk terus melangkah ke hadapan demi mencipta cerita indah hari esok.

Maaf buat sahabat-sahabat yang tertanya-tanya dan tercari-cari kemana hilangnya diri ini. Sesungguhnya, diri ini baru sembuh dari ujian Allah yang Maha Hebat. InsyaAllah, teruskan titipkan doa buat diri ini agar sentiasa dan terus kuat berjuang demi kepentingan dunia dan akhirat. Sekian untuk kali ini, Assalamualaikum.

Khadijah binti Maskam
Pengurus Online
Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR)
Tel : 010-5398798 (sms/WhatsApp)
Email : khadijahmaskam@gmail.com
Kedai Online : KOLEKSI FESYEN JAJA

Thursday 18 December 2014

PERNIAGAAN OFFLINE VS ONLINE

Bismillahirrahmanirrahim.
Dahulu kita hanya tahu perniagaan hanya secara fizikal. Perlukan modal dan tapak. Ada juga perniagaan yang tidak memerlukan anda membina struktur khas atau kedai, cuma perlu angkat barang kesana kemari. Ketuk pintu rumah orang, jalan dari satu rumah ke satu rumah, itu kita namakan pula jualan langsung.

Perniagaan online dan offline ini kedua-duanya mempunyai pro dan kontra yang tersendiri. Perniagaan offline memerlukan banyak komitmen dari anda dari penyediaan modal, pengurusan stok, penghantaran, urusan pembayaran dan khidmat pelanggan sekiranya terdapat aduan mengenai produk.

Berbeza dengan perniagaan online. Perniagaan online ada beberapa bahagian. Jika anda adalah pembekal, anda masih perlu modal dan komitmen anda sama seperti peniaga offline. Jika anda seorang agen dropship pula, anda tidak perlukan modal untuk beli stok, modal anda hanya dari peringkat marketing, talian internet dan telefon sahaja, yang selebihnya ankan diuruskan oleh pembekal anda. Masih memerlukan modal dan bukan semata-mata percuma. Setelah barang atau produk telah berjaya dibeli oleh pelanggan, kita perlu bersedia menerima sebarang komen atau "feedback" dari pelanggan mengenai produk yang mereka beli. Jika nereka berpuas hati maka ianya tidak menjadi sebarang masalah, tetapi jika terdapat sebarang isu mengenai produk, maka anda seharusnya bersedia untuk memenuhi keperluan dan kriteria kehendak pelanggan. 

Bila tiba ke peringkat ini, kemahiran khidmat pelanggan amat diperlukan kerana di sini titik bermulanya kepercayaan pelanggan terhadap produk dan bisnes anda. Jika mereka tidak berpuas hati dengan cara anda menangani masalah, sudah tentu mereka tidak akn berurusan jual beli dengan anda lagi.Kemahiran khidmat pelanggan amat penting dalam dunia perniagaan online mahupun offline. Tanpa cara yang betul anda mungkin kehilangan pelanggan di masa hadapan.

Tidak banyak beza antara online dan offline. Keduanya lebih kurang sahaja. Cuma kelebihan perniagaan online adalah kerana ianya fleksibel dari segi masa dan tempat kerana perniagaan seperti ini boleh dijalankan di mana-mana sahaja yang ada kemudahan internet dan bila-bila masa tidak kira pagi, petang, malam mahupun tengah malam. Tidak perlu kos sewa atau beli tapak dan tidak perlu waktu perniagaan yang terhad, ianya dijalankan 24jam.

Bagi yang berminat mahu belajar bagaimana mahu jana wang dari rumah melalui blog dan media sosial, boleh hubungi saya. Saya akan tunjukkan beberapa pakej yang bersesuaian. Sekian untuk kali ini, Assalamualaikum.

Khadijah binti Maskam
Pengurus Online
Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR)
Tel : 010-5398798 (sms/WhatsApp)
Email : khadijahmaskam@gmail.com
Kedai Online : KOLEKSI FESYEN JAJA

Thursday 27 November 2014

MENJADI SEBAHAGIAN DARI WARGA ABDR

Bismillahirrahmanirrahim.
Syukur pada Allah kerana masih diberi kesempatan menulis. Alhamdulillah, masih dikurniakan kesihatan dan rezeki yang tidak pernah putus dan moga ia berkekalan hingga akhir. Hari ini rasa terpanggil untuk bercerita mengenai pengalaman dan perubahan setelah bergelar salah seorang warga Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR). 


Saya mula menyertai ABDR pada hujung September dengan Pakej Kelas Asas Blog, Fanpage & Dropship melalui Pn. Kasih Eliz dan ditemukan dengan Guru Online saya Pn. Anys Idayu serta Pn. Masayu selaku pengasas ABDR. Bertatih dari awal saat membuat blog, satu persatu ilmu yang diturunkan dan berkat bimbingan rakan-rakan seperjuangan serta sokongan ahli keluarga, kini saya mampu memiliki kedai online sendiri. Alhamdulillah dan terima kasih pada Allah kerana kita hanya merancang dan hanya Allah yang menentukan. Kini sudah hampir 2 bulan berada di dalam keluarga ABDR, pelbagai perubahan yang saya alami.

Setiap sesuatu impian bukan mudah untuk dicapai, kadangkala rasa putus asa memang datang, tapi berkat sokongan dan perkongsian semangat dari kawan-kawan saya bangun tiap kali rebah atau tersungkur. Dunia perniagaan ada pasang surutnya, tambahan pula saya masih baru dan hijau dalam bidang perniagaan online ini, disebabkan itu seringkali timbul rasa sedih dan kecewa tetapi orang disekeliling sentiasa mengingatkan agar sabar dan sentiasa bersangka baik dengan Allah, maka jadilah saya seorang insan yang terus tabah dan kuat semangat untuk menempuhi dugaan dan cabaran mendatang.



Sumber kekuatan utama adalah anak saya Zafeera. Tiap kali saya rasa buntu dan hilang harapan, saya akan ingat masa depan anak jika saya terus lemah dan mengaku kalah. Bagaimana si kecil itu mahu jadi seorang yang kuat jika ibunya sendiri tidak kuat. Bagaimana sang puteri itu mampu berjaya dengan cemerlang jika sang ibu awal-awal sudah mengaku kalah. Apa yang saya lakukan adalah, set di minda bahawa saya adalah role model untuk Zafeera, gagalnya saya maka gagal juga Zafeera. Dengan itu, saya akan terus terinspirasi untuk terus berjuang walau penuh halangan perlu ditempuh.


Pembaca diluar sana yang masih belum menyertai ABDR pasti merasakan rugi dengan yuran pendaftaran RM 200. Mungkin anggapan mereka sekadar belajar asas blog, mengendalikan Facebook, Fanpage, promosi produk dan lain-lain lagi adalah tidak berbaloi. Walhal mereka tidak tahu bahawa pengalaman dan ilmu yang dikongsi dikalangan keluarga ABDR banyak membantu bagi mereka yang berjiwa usahawan. Peluang-peluang bisnes dan pendapatan sampingan dan tidak lupa santapan-santapan rohani berdasarkan pengalaman sebenar ahli banyak mematangkan saya yang baru 2 bulan memasuki keluarga ABDR  ini.

Teringat kata-kata Pn. Kasih Eliz, perlu rajin dan jangan mudah patah semangat. Memang betul, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Rezeki tidak datang bergolek. Ada beberapa orang sahabat dan saudara mara bertanya adakah saya sudah berhenti kerja. Saya katakan tidak, belum sampai masanya lagi. Mereka fikir setelah saya bergelar Pengurus Online, secara automatik saya berhenti kerja. Tidak, di ABDR tidak semestinya kita berhenti kerja kerana konsep ABDR adalah fleksibel. Boleh sahaja secara sampingan, bila sudah betul-betul stabil baru jalankan sepenuh masa. Yang penting usaha.

Jadi, kepada sahabat-sahabat diluar sana yang masih tertanya-tanya apa yang Jaja buat sekarang dan mahu belajar bagaimana mahu jadi seperti saya, boleh terus menghubungi saya. Saya akan bawa kalian ke keluarga ABDR dan alami sendiri perubahannya, InsyaAllah. Sekian dulu dari saya, Assalamualaikum.

Khadijah binti Maskam
Pengurus Online
Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR)
Tel : 010-5398798 (sms/WhatsApp)
Email : khadijahmaskam@gmail.com
Kedai Online : KOLEKSI FESYEN JAJA

Friday 21 November 2014

UPDATE KEDAI ONLINE

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, baru selesai update kedai online saya. Setelah berapa minggu tidak dikemaskini, akhirnya selesai jua. Pada sahabat-sahabat di luar sana bolehlah berkunjung dan menjenguk ke kedai dropship Jaja. Cuci mata sahaja pun tidak mengapa, yang penting bahagia.


Alhamdulillah, demam sudah beransur pulih, tinggal selesema dan sedikit batuk sahaja lagi. Tidak mengapa, sakit itu penghapus dosa dan sebagai peringatan buat Jaja juga. Terima kasih buat sahabat-sahabat ABDR yang banyak berkongsi semangat dan tip-tip perniagaan, ianya adalah salah satu perkara indah bila bergabung dengan ABDR.

Semoga kita terus kuat dan bersemangat untuk meneruskan perjuangan demi hari esok dan semoga kita semua beroleh kemenangan, insyaAllah. Sekian, sehingga berjumpa di lain entri. Assalamualaikum.

Khadijah binti Maskam
Pengurus Online
Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR)
Tel : 010-5398798 (sms/WhatsApp)
Email : khadijahmaskam@gmail.com
Kedai Online : KOLEKSI FESYEN JAJA

TAWARAN BERIKLAN DI SOHO DIRECTORY



Assalamualaikum, tawaran dari pihak ABDR :

Bagi usahawan yang berminat mahu beriklan pada pautan 800 blog ABDR, boleh hubungi saya atau mana-mana pengurus online, pihak kami akan menghubungi kalian. Logo iklan SOHO ini membawa pengiklan yang mahu mempromosi produk. 800 blog yang dibina bersama kami membawa pautan logo maksudnya iklan kalian dibawa bersama. Bagi yang benar-benar berminat sahaja. Kami buka untuk 50 pengiklan sahaja dahulu.


Khadijah binti Maskam
Pengurus Online
Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR)
Tel : 010-5398798 (sms/WhatsApp)
Email : khadijahmaskam@gmail.com
Kedai Online : KOLEKSI FESYEN JAJA

Tuesday 18 November 2014

KEJADIAN HARI INI

Bismillahirrahmanirrahim.
Lagi kurang lebih 20 minit sebelum pukul 6 petang. Macam-macam hal sepanjang Monday Blues hari ni. Hari ni selesai order semua barang yang melibatkan "fluctuate price". Hari ni juga terpaksa menaip sambil tangan terketar-ketar, kalah pengidap Parkinson dah (tak tau nape). Sebenarnya Jaja dah seminggu demam, batuk dan selesema. Pergh, azabnya hanya tuhan je yang tahu. Selesema dan batuk yang sakit hati tu. Pergi la korang jejauh...aku tak larat dah....

KEJADIAN DI KLINIK LEE
Sampai klinik terus daftar. Berikut perbualan antara Jaja dan adik nurse a.k.a amoi.

Amoi Comel : Nak jumpa doktor ya?
Jaja Cool : A'ah.
Amoi Comel : Ada lagi 17 orang waiting list puan.
Jaja Cool : Hai meh? Takpe, I tunggu.
Amoi Comel : Ermmm, tapi kita da nak close pukul 5.
Jaja Cool : (Jeling tengok jam, pukul 4.15pm) Buka semula pukul berapa?
Amoi Cool : Pukul 7pm sampai 9pm.
Jaja Cool : Ok, takpe. I datang semula lepas 7pm.
Amoi Cool : Ok

Klinik Lee, Taman Semarak adalah klinik panel terbaik yang Technomeiji ade, sampaikan bila aku pergi klinik panel lagi satu, ubat dia dah tak ada effect pada aku, sebab tu selesema dan batuk ni tak surut-surut. Nak juga jumpa Dr. Lee. Apela nasib. Klinik Lee ni pulak bukan macam klinik, dah macam kedai jual goreng pisang panas dan kadang-kadang pesakitnya terlampau ramai mengalahkan orang beratur panjang nak beli keropok lekor Bukit Tok Beng tuh, hohoho. Klinik panel lagi satu tu, da macam pekan mati pun ye jugak, sunyi je..seronok je doktor dia, takde patient. Hari-hari boleh fb, whatsapp 24 jam.

KEJADIAN DI MODISH BEAUTY NILAI
Sebab alang-alang dah keluar, terus singgah sini. Ambik barang customer. Ramai orang jugak. Arini memang hari "Orang Ramai Sedunia" agaknya. Daripada 4 kaunter, hanya 2 kaunter yang available. Ada sorang kakak ni, datang dengan anak perempuan dia, punya la lama place order...sampai dalam hati aku cakap "Tolonglah kak, ramai lagi orang queue kat belakang awak ni, tolong jangan tanya soalan yang merapu-rapu kat adik kaunter tu. Kesianla kat kami yang queue sampai ke pintu ni". Nah kau, dapatla dosa lagi Jaja. Sebab tu aku kalau boleh malas nak keluar sangat, sebab hati aku ni memang suka berkata-kata, hahaha. Dalam pada aku tengaH queue, tiba-tiba telinga aku menangkap perbualan 2 orang kanak-kanak, aku rasa budak perempuan (aku agak je, sebab aku tak pandang pun kat budak tu, cuma pasang telinga).

Budak A : Eh, awak. Beg ni comel kan?
Budak B : A'ah, comel lah. Kita suka.
Budak A : Kita pun suka, hihi.
Budak B : Eh awak, boleh tak kita cakap guna Bahasa Inggeris?
Budak A : Erm..ala...

Sampai tu je perbualan diorang, aku tak pasti sama ada diorang da keluar dari kedai ataupun salah sorang da tak berminat nak teruskan perbualan, hahaha. Bagus jugak Budak B tu. Ada usaha memperkasakan Bahasa Inggeris. Kalau aku jadi Budak A, mesti aku cakap, "Ala, poyo la kau nak cakap omputih sangat, ko tetap makan nasik putih gak hari-hari, tak makan spaghetti pon...". Adik-adik sila contohi adik B ye. Jangan ikut acik Jaja. Awie cakap "takde wawasan!!", ngahngahngah.

GERAI PISANG GORENG SHELL
Kenapa nama dia Gerai Goreng Pisang Shell? Aku yang bagi nama tu, bukan pemilik gerai tu. Senang je, sebab...lokasi dia kat depan pam minyak Shell. Betapa mabuk ubatnya aku, sampai tak boleh nak bagi soalan yang lagi mencabar kat korang, haha. Brader merangkap pengurus gerai tu sapa aku "Ye puan, nak beli apa?". Aku senyum malu-malu sikit sebab dia sampai bahasakan aku puan pulak, aku segan la. Aku terus cakap "Bagi pisang goreng sepuluh ringgit tapi bungkus asing tiga ringgit dan tujuh ringgit". Pastu brader tu suh anak dia bungkuskan. Aku dengar dia pesan kat anak dia, " Tujuh kali tiga, dua puluh satu. Bagi free 1 kat akak tu". Lepas tu aku cakap "Oh, bagusnya dapat free, Alhamdulillah...". Terus brader tu cakap dengan anak dia, "Takpe la, bagi terus dua puluh empat kat akak tu". Aku pun terus Alhamdulillah...dalam hati aku cakap, sebut Alhamdulillah rezeki dapat free 3 biji pisang goreng, kalau aku lengkapkan terus tahmid, takbir, tahlil, mau satu gerai goreng pisang tu brader tu bagi free. Moralnya, basahkan lah lidah dengan zikrullah, kita tak tahu rezeki kita di mana. Mudah-mudahan InsyaAllah.




Wednesday 12 November 2014

REZEKI DARI ALLAH

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk bernafas di muka bumi milik Allah ini. Bercerita mengenai rezeki seringkali kita tersilap mengenai definisi rezeki. Ramai yang berfahaman konsep rezeki hanya merangkumi dari aspek kewangan. Saban hari berdoa memohon dari Allah "Murahkan rezeki kami Ya Allah" dan apabila masih terasa kesempitan wang, ada yang berputus asa kerana seolah-olah Allah tidak memakbulkan doanya. Jangan bersedih wahai sahabat, kerana sebenarnya rezeki Allah itu amat luas dan bukanlah tertumpu pada kewangan sahaja. Tahukah anda bahawa kesihatan itu adalah sebahagian dari rezeki, anak yang soleh dan solehah itu juga rezeki, kebahagiaan itu juga rezeki, berlapang dada itu rezeki peluang untuk menghirup udara segar itu juga adalah rezeki. Pendek kata apa jua yang memberi manfaat kepada kita adalah rezeki. Janganlah kalian berhenti berharap dengan Allah dan sentiasa bersangka baik denganNya.



Allah mungkin tidak beri apa yang kita mahu, tetapi harus sentiasa ingat bahawa Allah akan beri apa yang kita perlu. Sama dengan konsep harian dalam berbelanja, beli apa yang perlu jangan beli apa yang kita mahu, maka perbelanjaan itu akan jadi berhemah. Mintalah pada Allah, hanya pada Allah kerana pergantungan dengan Allah adalah yang terbaik. Namun, pernah atau tidak terlintas di hati kita sebagai insan biasa ini, "Aku dah puas berdoa tapi Allah belum bagi apa yang aku minta, walhal aku minta perkara yang baik-baik sahaja...". Wahai sahabat Allah akan perkenankan doa kita, bezanya adalah cepat atau lambat kerana Allah mahu lihat sejauh mana iman kita terhadapNya dan sejauh mana sabarnya kita mengharap pertolonganNya. 


Tahukah sahabatku apa yang menghalang doa dari dimakbulkan? Jawapannya adalah dosa masa lalu kita. Dosa semalam. Kita hanya insan biasa yang tidak terlepas dari melakukan dosa kerana kita bukan maksum. Ada yang berkata, "Eh, saya tak pernah pun buat salah, tak pernah sakitkan hati orang...". Jangan terlalu yakin wahai sahabat, kerana hati kita juga melakukan dosa, dengki dengan kelebihan orang lain, cukup terdetik dalam hati pun sudah dikira berdosa. Tidak perlu dizahirkan. Tapi Allah maha pengampun. Sebab itu kita disuruh banyak beristighfar dan bertaubat kerana siapalah kita di hadapan Allah, tidak pernah lepas dari melakukan dosa.

Firman Allah menceritakan nasihat Nabi Nuh a.s. kepada kaumnya: (maksudnya)

“Sehingga aku berkata (kepada mereka): “Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, Sesungguhnya Dia Maha Pengampun. (sekiranya kamu berbuat demikian) Dia akan menghantarkan langit yang mencurah-curah (hujan) kepada kamu. Dan Dia akan memberi kepada kamu banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; Dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai” (Surah Nuh: 9-12).

Selagi pintu taubat masih terbuka, jangan pernah berhenti memohon pengampunan dari Allah. Masih ada masa. Hati yang bersih dan jiwa yang tenang, sedikit demi sedikit kita akan merasai perubahan dan mulai merasai nikmat yang selama ini mungkin kita tidak rasakan. Setiap orang berbeza, rezeki masing-masing. Berbaik sangka dengan Allah, mohon hanya dengan Allah, Istighfar dan taubat, InsyaAllah kita berada di landasan yang betul menuju pengakhiran yang indah.

Rezeki kurniaan Allah jangan lupa untuk diinfakkan kerana sebahagian dari rezeki yang kita terima bukan semua untuk kita, sebahagiannya untuk orang lain. Belajar untuk bersedekah, usah tunggu kelebihan rezeki, belajar untuk memberi walau sedikit kerana dengan sedikit pemberian itu Allah akan ganti dengan yang lebih baik. Yang penting adalah IKHLAS. 

Sehingga di sini dahulu. Peringatan ini adalah untuk diri saya sendiri juga buat sahabat-sahabat di luar sana kerana di akhirat kelak saya berimpian untuk memasuki syurga bersama keluarga dan sahabat-sahabat tercinta. Pengakhiran yang indah dan abadi untuk kita semua, InsyaAllah. Assalamualaikum.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan di 010-5398798 (sms/whatsApp). Mahu jadi Pengurus Online macam saya? Mahu belajar asas bina blog? Mahu belajar bagaimana mahu jana wang dari rumah? Mahu, mahu, mahu dan mahu. Boleh ajukan pertanyaan anda, saya sedia membantu.


Khadijah binti Maskam
Pengurus Online
Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR)
Tel : 010-5398798 (sms/WhatsApp)
Email : khadijahmaskam@gmail.com
Kedai Online : KOLEKSI FESYEN JAJA

Tuesday 11 November 2014

KEMBALI MENUJU JALANNYA

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, segala puji untukMu Ya Allah kerana aku masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini. Diberi peluang untuk meminta dan memohon segala kebaikan dan kesejahteraan dariMu. Alangkah indah bila pergantungan kita hanya dengan Allah, tiada yang lain. Sesungguhnya kita harus sentiasa bersangka baik dengan Allah.


Bukan mudah untuk terus berjalan di landasan yang benar kerana di sekeliling, kiri dan kanan bahkan depan dan belakang kita sentiasa dibelenggu syaitan dan nafsu yang tidak pernah jemu memainkan peranan menyesatkan manusia. Cabaran dunia masa kini, tanpa kehadiran Rasulullah S.A.W, kita hanya berpandukan Al-Quran & Sunnah dalam mencari redha ilahi. Oleh kerana itu, kecintaan Nabi S.A.W terhadap manusia akhir zaman amat tinggi kerana kita mampu berselawat keatasnya dan menjadikan baginda ikon serta mengamalkan sunnahnya tanpa melihat wajahnya.

Diri ini masih tercari cari diri sendiri, masih berusaha untuk membersihkan hati yang sudah lama berkarat dek dosa-dosa lalu. Sesungguhnya diri ini lalai dan hanyut dalam permainan dunia yang penuh dengan onak dan duri. Alhamdulillah, hati ini masih terbit rasa sesal, masih ada rasa takut pada murka Allah, kerana tatkala hati tidak mempunyai apa rasa takut ketika melakukan dosa, waspadalah kerana sesungguhnya hati kita terlalu hitam hingga amat susah dijejak oleh hidayah Allah.

Alhamdulillah atas segala ujian yang Allah berikan pada diri ini, kerana jika tidak mana mungkin terbit di hati ini untuk bertaubat dan kembali ke jalan Allah. Jika tidak, mungkin juga diri ini masih hanyut dalam syurga dunia yang tidak menjanjikan apa-apa. Diri ini sedang belajar menerima qada' dan qadar ketentuan Allah, belajar bahawa pergantungan hidup itu hanya dengan Allah, belajar berusaha, berdoa dan bertawakal sepenuhnya dengan Allah dan belajar untuk bersangka baik dengan Allah. InsyaAllah, berkat doa mak, keluarga dan sahabat, diri ini pasti mampu bertemu dengan pengakhiran yang indah.


Ada sahabat yang bertanya, mana hilangnya kamu? Dah lama tidak dengar berita. Diri ini masih ada, cuma lebih selesa jadi pemerhati dan masih mengikuti perkembangan sahabat-sahabat lain. Masa seperti tidak cukup sejak akhir-akhir  ini. Adakah sudah tiba masa untukku? Bukan mahu melawan ajal, tetapi aku bermohon padaMu Ya Allah, beri aku peluang untuk membesarkan dan mendidik satu-satunya cahaya mataku menjadi seorang yang solehah dan membahagiakan hati kedua orang tuanya, beri aku peluang untuk berbakti pada ibuku serta adik-adikku terlebih dahulu. Sesungguhnya aku sudah banyak dalam kerugian. Oleh itu, aku mohon agar diberi kemudahan dalam setiap urusanku, murahkan rezekiku dan istiqamahkan aku dalam mencari redhaMu, Amin.



Thursday 6 November 2014

SHAWL BUTTERFLY INSTANT

Bismillahirrahmanirrahim.

Buat sahabat-sahabat di luar sana yang sangat suka dengan shawl tetapi mahu shawl yang mudah dan kemas dipakai, tidak memerlukan masa yang lama untuk melilit, haha. Saya ada jual Shawl Butterfly Instant. Boleh melawat kedai online saya di sini dan jika anda sudah jatuh hati, boleh terus buat tempahan di sini. Ada banyak lagi pilihan warna dan design untuk Shawl Butterfly Instant di KOLEKSI FESYEN JAJA.







Shawl Butterfly Instant adalah material exclusive dengan Hard Awning.
Harga : RM45 + 6 (kos penghantaran).

Sebarang pertanyaan boleh diajukan di 010-5398798 (sms/whatsApp). Mahu jadi Pengurus Online macam saya? Mahu belajar asas bina blog? Mahu belajar bagaimana mahu jana wang dari rumah? Mahu, mahu, mahu dan mahu. Boleh ajukan pertanyaan anda, saya sedia membantu.

Khadijah binti Maskam
Pengurus Online
Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR)
Tel : 010-5398798 (sms/WhatsApp)
Email : khadijahmaskam@gmail.com
Kedai Online : KOLEKSI FESYEN JAJA

CUTI PANJANG (Bahagian 1)

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, hari ni dapat juga Jaja "update" blog, setelah sekian lama. Untuk pengetahuan semua, Jaja mula bercuti dari Jumaat lepas hingga Isnin. Selasa masuk kerja, macam biasa la, tugasan menggunung sudah menanti dengan penuh senyuman kasih sayangnya. Haha, entahlah sampai bila nak menghadap semua ni tapi mak Jaja selalu cakap, "kerja ni takkan pernah habis, kalau tak mahu buat kerja, tunggu sampai kau duduk kat pangkal leban (sila baca masuk kubur), ha baru lah takde kerja dah, masa tu mungkin kau pulak yang akan dikerjakan)..hihi, sangat bermakna ayat mak itu. Tapi memang betul, tiada istilah senang pun dalam hidup ni, tidak kira yang berkerjaya mahupun yang bergelar surirumah tangga. Sebab tu Jaja geram kalau orang cakap "Ha,taknak kerja kan? Nak sangat duduk rumah mengangkang je..". Maaf siapa yang pernah keluarkan kata-kata sebegini, sila tarik semula ayat itu sebab anda tidak tahu yang duduk di rumah itu lebih besar tanggungjawabnya. 

Balik semula ke topik asal cuti panjang Jaja. Hari Sabtu kami ke Raub melawat pakcu Zafeera, adik Jaja yang bongsu di SEMESTA. Pagi kami bertolak dari Pelangai, dalam 7.30 pagi. Sepatutnya kami ke Kuantan, tapi jodoh dengan Kuantan tu tiada, maka kami tukar haluan ke Raub. Pakcu pun ok, baik baik sahaja. Cakap dengan pakcu, lagi 3 minggu sebelum cuti akhir tahun, bertahanlah. Pakcu Zafeera terkena "kudis buta", tapi sudah beransur pulih hasil petua nenek moyang dulu-dulu, haha. Dalam pukul 12.30 tengahari, kami bergerak dari Raub, tiada hala tuju. Akhirnya, kami buat keputusan drastik untuk ke Cameron Highland.





Untuk pengetahuan kepada yang tidak tahu, selain Tapah terdapat satu lagi route alternatif untuk ke CH iaitu melalui Sungai Koyan dan Pos Betau. Perjalanan mengambil masa hanya 2 jam dari Pekan Raub. Jalannya memang tidak sibuk dan sangat lancar tetapi dinasihatkan untuk memastikan keadaan kereta di tahap optima sebab jalan sangat sunyi dan jarak pekan sangat jauh. Kalau mahu dapatkan bantuan memang susah. Pos Betau ada kemudahan R&R tetapi tiada kemudahan air kerana tidak diselenggara dengan baik. Mahu dijadikan cerita, kami tiba di Bertam Valley hampir pukul 3.00 petang dan singgah di Masjid An-Nur Ringlet untuk berhenti solat. Hujan turun dengan lebat sekali sampai wan Zafeera cakap "Jangan turun-turun dari kereto,kito tengok-tengok yo, sian Zafeera kang domam..". Makanya trip ke CH tu memang betul-betul trip untuk "sight-seeing" sahaja, haha. Jaja memandu sehingga ke Brinchang, jalan agak padat kerana cuti hujung minggu memang ramai orang, kemudian turun semula ke Bertam Valley dan wan Zafeera terus cakap "kito toghuih balik yola, tido kek umah.." haha. Pukul 5.00 petang dari Bertam Valley, pukul 6.00 petang sudah sampai Sungai Koyan. Penat tak payah cerita, walaupun tak jalan jauh, rasa bengkok belakang.

Sampai di Bentong pukul 7 lebih, kami singgah solat dan mandi di Bentong, Zafeera tukar baju tidur dan mummy tukar posisi dengan wan. Wan jadi driver sampai Pelangai. Sampai rumah, tidurkan Zafeera, dapat makan nasi goreng kampung, letak kepala kat bantal, terus off. Pergh...penat tau. Hari Ahad hanya luangkan masa dengan Zafeera sampai la Isnin. 

Zafeera sekarang da tumbuh gigi bawah 2 batang, Alhamdulillah. Merangkak belum lagi, tapi berguling, berpusing sudah lancar. Sudah pandai pilih orang, agak-agak tak pernah jumpa, menangis lah. Moga Zafeera membesar jadi anak solehah yang dapat membahagiakan hati mummy dan wan. Harapan mummy untuk tengok Zafeera terus kuat dan semangat untuk teruskan hidup dan majukan diri. Hari Isnin petang, Jaja gerak untuk balik Nilai, memang sayu hati tak terkira tapi ku tahan jua seperti selalu. Cepatlah bulan Mac 2015. Ada perancangan di situ.

Mula kerja dari selasa hingga ke hari ini, jadual sangat pack. Nak update blog pun tak sempat. Barang-barang dropship banyak yang tak muatnaik lagi. Maaf semua, Jaja terpaksa demi tugas. Jaja sedang berusaha untuk siapkan semua tapi faham sahaja lah, tangan ada dua sahaja. InsyaAllah, doakan urusan Jaja dunia dan akhirat sentiasa dipermudahkan. Terima kasih sahabat-sahabat ABDR, guru-guru yang banyak bantu beri semangat. Sekian, Assalamualaikum.

 Khadijah binti Maskam
Pengurus Online
Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR)
Tel : 010-5398798 (sms/WhatsApp)
Email : khadijahmaskam@gmail.com
Kedai Online : KOLEKSI FESYEN JAJA

Wednesday 29 October 2014

FIRNENA KUCING

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini Jaja nak review sikit pasal satu produk kesihatan kucing ni. Bukan ubat kurus ye,hihi. Jaja nak cerita pasal pengalaman merawat kucing. Produk ni nama dia Firnena. Jaja dapat tahu pasal ubat ni melalui blog Kakak Shomey Shayang. Masa Jaja beli produk ni, tujuan untuk rawat anak kucing yang Jaja pelihara masa tinggal di Mantin. Masa itu, Jaja duduk rumah jenis apartment, tingkat 4. Jaja sempat bagi sekali sahaja Firnena pada Awan (nama anak kucing tu la), esok nya Awan dah tiada, jatuh ke tingkat bawah, Jaja lupa tutup sliding door. Sedih tak tahu nak cakap. Lepas tu Jaja tidak mahu lagi pelihara kucing di rumah atas.

Alkisahnya, baru-baru ni, kucing Zafeera si Tam Tam kena cacing, jadi dia asyik muntah dan badan jadi kurus dan tidak aktif. Kemudian, baru Jaja teringat kembali pada Firnena yang Jaja beri pada Awan dulu. Cari punya cari, jumpa juga kat dapur. Jaja bagi 3 kali je selama 2 hari, nampak perubahan pada selera makan si Tam Tam, badan pun dah tak kurus lagi. Kesimpulannya, produk Firnena ni memang berkesan lah. Firnena ni kena beli online, rasanya tiada dijual di kedai-kedai haiwan, tapi tak tau lah kalau ada pulak.

Kalau sahabat-sahabat pencinta haiwan di luar sana berminat mahu beli Firnena ni, boleh pergi ke website Firnena di sini. Tidak perlu tunggu kucing anda sakit baru nak beri minum, masa sihat pun sudah boleh beri minum Firnena sebab ianya bukan sahaja penawar tetapi makanan tambahan. Mengikut pengalaman Jaja membuat pembelian secara online dengan pihak Firnena, jangkamasa penghantaran adalah sangat lama. Jaja tunggu seminggu lebih, terpaksa follow up delivery melalui sms. Jaja pun tidak tahu,apa masalahnya. Tapi Alhamdulillah, walaupun lambat tetapi barang masih diterima, maksudnya mereka bukan penipu, cuma lambat dari segi penghantaran. Memang perlu banyak sabar.

Sekian untuk kali ini. Bertemu lagi di post akan datang. Nanti Jaja letak gambar Tam Tam sekali, hihi. Assalamualaikum.

Khadijah binti Maskam
Pengurus Online
Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR)
Tel : 010-5398798 (sms/WhatsApp)
Email : khadijahmaskam@gmail.com
Kedai Online : KOLEKSI FESYEN JAJA


A HECTIC WEEK


Bismillahirrahmanirrahim.
Lama menyepi sejak cuti Deepavali, almaklumlah sibuk buat maruku,hihi. Minggu ni baru dapat tulis mengenai "hectic week". Bagi Jaja, setiap minggu hectic. Sejak akhir-akhir ni, setiap ruang adalah terisi, rasa nak pergi tandas pun tak sempat. Kalau jam belum tunjuk pukul 11.00 malam, memang takkan balik rumah. Menimbun kerja kat office yang perlu disiapkan. Sabarlah wahai hati, tabahlah wahai diri. Banyak tanggungjawab di bahu yang digalas. Fikir positif, untuk kemajuan diri sendiri.

Kadang-kadang mulut ni da menguap berjuta kali, tapi apa boleh buat, banyak deadline yang mahu dikejar. Allah, berilah aku kekuatan untuk menempuhi hari-hari mendatang. Post ni pun ambil masa beberapa hari, banyak kali Jaja simpan di draft sebelum betul-betul siap. Dengan urusan ke mahkamah, berurusan dengan pihak insurans lagi, panggilan telefon, KPI bulanan, fuhh berpeluh nak tangani satu-satu masalah. Sampai rakan serumah pun pelik, apa la jawatan si Jaja ni, sampai balik dekat tengah malam, ke pergi dating? Maaf ya adik-adik, Kak Jaja tiada masa dating-dating ni. Nak sangat dating, tapi dengan Allah. 

Tengok gambar kat atas nun, lebih kurang macam itu la keadaan Jaja (tapi takde la bersepah macam tu..). Bukan apa, sebab Jaja selalu cuti untuk uruskan pelbagai urusan peribadi, kadang-kadang faktor kesihatan, sebab tu kalau masuk kerja, terus kena pulun habis-habisan.


Tapi, walau bagaimanapun penghujung minggu Sabtu dan Ahad adalah yang paling membahagiakan. Macam biasalah, pengisian masa dengan keluarga. Memang Sabtu & Ahad Jaja tak fikir pasal kerja langsung sebab mahu beri ruang pada mak dan isi masa-masa berkualiti dengan anak. Mudah-mudahan impian Jaja jadi kenyataan.

Dalam hidup ni, kalau asyik fikir nasib dan masalah, memang boleh jadi gila. Selesai satu masalah, timbul pula satu masalah baru. Apa yang penting adalah, kita perlu fikir cara dan jalan untuk keluar dari masalah itu. Kalau asyik mengenang nasib memang takkan kemana. Setiap orang buat silap. Bangun dan bangkit dari kesilapan itu, teruskan perjuangan demi mencari masa hadapan. Dunia sudah akhir zaman, kejarlah dunia dan akhirat, biar seimbang. InsyaAllah, moga kita semua sentiasa dalam lindungan Allah. Sekian untuk kali ini, Assalamualaikum.

***************************************************************************
Sertai Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR) hari ini dan pilih pakej pilihan hati anda. Tiada paksaan. Bila anda sudah bersedia boleh hubungi saya segera.


Tiada caj penghantaran untuk buku-buku ini kerana semuanya adalah konsep ebook dan hanya dihantar melalui email. Jimat dan berbaloi-baloi. Pelbagai tips dan ilmu yang dikongsi oleh barisan penulis yang terdiri dari pengasas akademi, Puan Masayu Ahmad dan guru-guru online yang berpengalaman dalam bidang ini.


Ketahui "Rahsia Khidmat Pelanggan, Usahawan Online". Hanya tinggal 35 pembeli pertama sahaja. dengan harga RM30 dapat ebook Rahsia Khidmat Pelanggan dan satu ebook pilihan. Berbaloi-baloi. Hubungi saya dan dapatkan segera pilihan hati anda.


Khadijah Maskam
Pengurus Online
Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR)
Tel : 010-5398798 (sms/WhatsApp)
E-mail : khadijahmaskam@gmail.com
Kedai Online : KOLEKSI FESYEN JAJA



Friday 24 October 2014

AWAL MUHARRAM

Bismillahirrahmanirrahim.
Awal Muharram bakal menjengah, selamat tinggal 1435H. Moga tahun baru 1436H bakal menjanjikan kita satu nafas dan semangat baru dalam meneruskan perjuangan hidup ini. Selamat tinggal derita dan pahit masa lalu. Moga "hijrah" kali ini memberi seribu erti buat Jaja sekeluarga. Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana masih diberi peluang menghirup udara dan bertemu di tahun baru ini. Mari kita sama-sama bersyukur dengan segala nikmat pemberian dariNya yang tidak putus-putus kepada kita.


Marilah kita sama-sama menjalankan amalan-amalan sunat awal muharram. Jangan lupa untuk membaca doa khir tahun selepas waktu Asar hari terakhir bulan Zulhijjah (Allah akan ampunkan segala dosa-dosa yang lalu) dan doa awal tahun apabila masuk waktu Maghrib hari terakhir bulan Zulhijjah (Allah akan mengutuskan dua malaikat agar kita terpelihara dari melakukan maksiat). 1 sehingga 10 Muharram adalah disunatkan berpuasa.

16 perkara yang sunat dilakukan pada hari yang ke 10 Muharram iaitu selepas waktu Asar hari ke-9 Muharram adalah :

1. Ambil satu bekas yang berisi air dan dibacakan surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali (Apabila sampai bacaan kita pada ayat “Iyya kanak budu” kita berdoa di dalam hati tentang hajat kita – terutamanya untuk anak-anak. Kemudian air tersebut disapukan ke muka anak-anak ataupun diberi minum). 

2. Puasa sunat pada hari 9 Muharram (Tasua’) dan 10 Muharram (Asaura). Pahalanya adalah seperti 10 ribu kali mengerjakan haji dan 10 ribu kali mengerjakan umrah. 

3. Menyapu kepala anak yatim. Caranya ialah dari bahagian belakang kepala ke hadapan. Allah akan mengangkat darjat kita. 

4. Memberi makan kepada orang yang berpuasa. Pahalanya adalah sama seperti memberi makan kepada semua umat Muhammad.

5. Mandi sunat. Allah akan menghilangkan penyakit-penyakit/jauhkan dari penyakit. 

6. Menziarahi rumah orang alim. 

7. Menziarahi orang sakit. Sama seperti kita menziarahi seluruh anak Adam 

8. Melebihkan perbelanjaan dari hari biasa/Meluaskan nafkah keluarga. 

9. Bercelak mata – Boleh menghindarkan dari sakit mata 

10. Menziarahi kaum keluarga 

11. Mengerat kuku 

12. Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1 ribu kali. Allah akan memandang dengan belas kasihan. 

13. Sembahyang sunat 4 rakaat – 2 salam (2 rakaat x 2). (Sahaja aku sembahyang sunat mutlak 2 rakaat kerana Allah Taala) Baca surah Al-Ikhlas 15 kali bagi 1 rakaat. Allah akan mengampunkan dosa 50 tahun yang lalu

14. Banyakkan bersedekah. Allah akan menggandakan pahala 1 kepada 700. 

15. Beri makan/pakaian kepada fakir miskin. Allah akan beri balasan 70 kali ganda semasa di dalam syurga. 

16. Berzikir (Hasbi Allahu wanikmalwakil, nikmal maula wanikmalnasir) sebanyak 70 kali.

Semoga dapat memberi manfaat kepada semua. Sekian, Assalamualaikum.




Tuesday 21 October 2014

RUANGAN IKLAN ONLINE


RUANGAN IKLAN ONLINE

Teks : Anys Idayu Zakaria

Kami telah melancarkan Soho Directori, yang merupakan sebuah blog untuk memasarkan semua produk atau perkhidmatan para peniaga offline atau online. Soho Directori ini khas untuk mereka yang mahu memasarkan secara online.

Bagi yang sedang tercari-cari pengiklanan atas talian, dapatkan beberapa pakej iklan yang kami tawarkan, iaitu :

Pakej Iklan 1:

RM50- 1 gambar, link fan page, link blog
Tempoh 6 bulan
Renew iklan RM50 untuk 6 bulan


Pakej Iklan 2:

RM100
2 gambar, link fan page, link blog, keterangan produk, keterangan, 1 testimoni produk, ulasan blog pilihan
Tempoh 12 bulan
Renew iklan RM100 untuk setahun


Pakej Iklan 3:

RM250
2 gambar, link fan page, link blog, keterangan produk atau perkhidmatan, 1 testimoni, ulasan blog pilihan
Tempoh 12 bulan
-servis bonus 1: siapkan email dan blog (bagi yang tidak ada blog bisnes)
-percuma ebook super wahm super mom
Renew iklan hanya RM100 setahun


Pakej Iklan 4:

RM300
2 gambar, link fan page, link blog, keterangan produk atau perkhidmatan, 1 testimoni, ulasan blog pilihan
Tempoh 12 bulan
-Servis bonus 1: siapkan email dan blog
-Servis bonus 2: siapkan fan page bisnes, borang link produk
Percuma 1-ebook super wahm super mom (bernilai RM25)
Percuma 2: ebook asas blog (bernialai RM50)

Harga sebenar, RM375, bayar hanya RM300 sahaja.
Renew iklan hanya RM100 setahun.

Peluang terbuka kepada semua usahawan online mahupun offline yang ingin mempromosikan produk mereka kepada pelanggan melalui pemasaran internet.

Melalui Akademi Bekerja Di Rumah sudah ada hampir 100 blog yang sudah mendaftarkan diri dan akan berfungsi sebagai platform untuk menyiarkan iklan.

Cepat tempah ruang sekarang sebelum terlambat. Hubungi saya melalui :

Email : khadijahmaskam@gmail.comSms/whats app :010-5398798

Bagi mereka yang menyertai kelas asas blog & fanpage, yuran pengiklanan adalah PERCUMA!!!! DAFTAR KELAS UNTUK DAPAT PENGIKLANAN PERCUMA..