Showing posts with label Info Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Info Kesihatan. Show all posts

Wednesday, 4 March 2015

Hypoxic Ischemic Encephalopathy (HIE) - Part 2




Sumber Gambar : Google

Bismillahirrahmanirrahim.
Kita sambung cerita semalam, berkenaan Hypoxic Ischemic Encephalopathy (HIE). HIE adalah masalah kerosakan saraf pada bayi akibat oksigen tidak cukup. Menurut birthinjury.org, HIE berlaku pada setiap 20 daripada 1000 kelahiran dan HIE juga boleh menyebabkan kematian bergantung pada HIE tahap berapa.

APA SIMPTOM ATAU TANDA HIE?
1. Air ketuban bercampur najis (meconium-stained amniotic fluid)
2. Low heart rate
3. Poor muscle tone
4. Pernafasan yang lemah/tiada langsung
5. Warna kulit pucat/kebiruan

APA UJIAN UNTUK PENGESAHAN HIE?
1. CT Scan
2. MRI
3. Echocardiography
4. Ultrasound
5. Electrocardiogram (EKG)
6. Electroencephalogram (EEG)
Biasanya pesakit akan diuji sama ada mereka berada ditahap I (mild), II (moderate) atau III (severe). 

KESAN-KESAN HIE
1. Lewat dari segi perkembangan termasuk:
- perkembangan motor skills
- perkembangan neuro/otak
2. Masalah kognitif
3. Epilepsy (sawan)
Tahap keterukan HIE sebenarnya tidak dapat ditentukan betul-betul sehingga bayi berumur 3 ke 4 tahun.

PUNCA-PUNCA HIE
Punca-puna HIE terbahagi kepada 3 bahagian iaitu sebelum (antepartum), semasa (intrapartum) dan selepas (postpartum) kelahiran.

Antepartum:
Punca semasa proses kehamilan.
1. Ibu mengidap maternal diabetes
2. Mempunyai masalah kitaran darah kepada placenta
3. Preeclampsia (keadaan dimana tiba-tiba blood pressure meningkat)
4. Lung malformation
5. Severe fetal anemia
6. Congenital infections of the fetus
7. Cardiac disease

Intrapartum:
Punca semasa proses kelahiran berlaku.
1. Pendarahan teruk pada placenta
2. Tekanan darah ibu yang sangat rendah
3. Terbelit tali pusat
4. Proses kelahiran yang terlalu panjang
5. Kedudukan bayi yang tidak normal (songsang, senget)
6. Rupture of placenta/uterus

Postpartum
Punca selepas proses kelahiran.
1. Severe pulmonary/cardiac disease
2. Jangkitan, sepsis/meningitis
3. Severe prematurity (24-26 minggu)
4. Tekanan darah bayi yang terlalu rendah
5. Trauma pada bahagian otak atau tengkorak (Zafeera di sini puncanya)

Demikian serba sedikit mengenai HIE yang Jaja dapat dari birthinjury.org. Maaf sebab ada sesetengah term yang Jaja tak dapat nak terjemahkan, nanti kalau Jaja terjemahkan jadi lain pulak maksudnya. Nanti korang google sendiri ya. 

Macam Zafeera, dia dapat HIE selepas proses kelahiran iaitu postpartum dimana dia mengalami trauma pada otak dan tengkorak kesan dari doktor gagal vacuum sebanyak tiga kali. Cuba google pasal Caput Succedaneum. Ianya adalah salah satu kecederaan akibat trauma ketika kelahiran disebabkan oleh poor handling of medical instrument. Zafeera went through it.

Dan buat pengetahuan semua, bayi yang mengalami birth trauma mempunyai risiko untuk mengidap Cerebral Parsy dan mempunyai masalah dalam perkembangannya dan juga dalam proses pembelajaran mereka. Kita hanya mampu berdoa agar Allah beri segala kemudahan dalam setiap perjalanan anak-anak yang jadi mangsa akibat kecuaian hospital.

Insyaallah, nanti Jaja akan sambung lagi kisah ni jika ada kelapangan. 

Khadijah binti Maskam
Pengurus Online
Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR)
Tel : 017-3441486 (sms/WhatsApp)
Email : khadijahmaskam@gmail.com




Tuesday, 3 March 2015

Hypoxic Ischemic Encephalopathy (HIE) - Part 1

Bismillahirrahmanirrahim.
Kenapa Jaja menulis tentang HIE? Buat pengetahuan semua, rentetan dari TCA di Paediatrik Hospial Tuanku Ja'afar Seremban pada 16 Februari yang lalu, doktor telah merujuk Zafeera kepada Jabatan Fisioterapi (PT) dan Pemulihan Cara Kerja/Occupational Therapy (OT) untuk bantu Zafeera kejar perkembangan beliau yang sepatutnya.

Seperti apa yang Jaja cerita pada entri sebelumnya, Jaja terima dengan hati terbuka apa jua yang doktor cakap dan beritahu pada Jaja dan kami sekeluarga yakin Zafeera akan membesar dengan sihat dan baik dan seterusnya menjadi anak yang solehah. Tarikh 27 Februari 2015 adalah TCA temujanji dengan PT dan OT.

Mengikut pemerhatian awal oleh PT, Zafeera perlukan banyak rangsangan untuk menguatkan lutut supaya Zafeera mampu bangun dari posisi merangkak ke duduk dan seterusnya melutut untuk bangun dengan sokongan. Zafeera perlu berlatih "kneeling". Masih perlukan masa.

Pemerhatian oleh OT pula, Zafeera bukan tahap "teruk". Entah lah, orang hospital ni selalu main agak-agak je. Sebab tu masa nak buat keputusan dalam labour room pun main agak-agak je, sampai salah vacuum anak orang sampai sebabkan ICB. Memang la, diorang pun diagnose je, diorang bukan tuhan yang Maha Tahu kan. Jadi kita ni dengar je apa diagnosis dia. Masa ni la baru Jaja perasan dalam referral letter dari Paediatrik ada nyatakan Zafeera HIE Stage 1. 

Kemudian balik ke Nilai, banyak Jaja google pasal HIE. Nak tahu juga apa maksud HIE, apa penyebabnya, apa kesannya dan apa yang boleh kita bantu untuk anak yang ada HIE Stage 1. Jaja taknak buat entri panjang-panjang, nanti ada yang bosan nak baca. Nanti Jaja sambung Part 2. 

Sekarang ni, kalau ada sesiapa yang terbaca entri ni dan ada kenal dengan sesiapa yang senasib dengan Jaja, ada anak yang HIE tak kira lah Stage 1, 2 atau 3, boleh tolong recommend sebab Jaja nak join komuniti ibu-ibu yang senasib sebab Jaja nak belajar dengan ibu-ibu kat luar sana macam mana nak bantu anak-anak HIE. Terima kasih.


Khadijah binti Maskam
Pengurus Online
Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR)
Tel : 017-3441486 (sms/WhatsApp)
Email : khadijahmaskam@gmail.com



Monday, 2 March 2015

PEMULIHAN CARA KERJA/OCCUPATIONAL THERAPY



Bismillahirrahmanirrahim.
Sejak berjumpa dengan doktor 2 minggu lepas di Klinik Paediatrik Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban, Jaja curi-curi masa untuk melakukan sedikit pembacaan dan mencari maklumat tentang terapi pemulihan cara kerja. Bila search di google, tak banyak yang jumpa dan bila buka Google Image, keluar gambar-gambar kanak-kanak istimewa sedang melakukan terapi.

Kenapa Jaja cari maklumat tentang Occupational Therapy? Sebab Zafeera telah dirujuk ke Jabatan Pemulihan Cara Kerja di HTJ kerana setelah diperiksa oleh doktor, perkembangan Zafeera "agak" lambat sedikit berbanding bayi lain. Pada umur 10 bulan, Zafeera masih takut-takut untuk duduk tanpa bantuan.

Ikut pada pandangan kami, memang kami akui Zafeera agak lambat perkembangannya tetapi kami percaya ianya bukan disebabkan kekurangan dari segi apa, cuma kami percaya Zafeera jadi begitu kerana dia teramatlah manja dengan kami, berkepit sepanjang masa. Walaupun jauh dari mummy, Zafeera dapat kasih sayang melimpah ruah dari wan, pakcik dan makcik dia. 

Tambah pula Zafeera lahir dengan trauma di bahagian kepala akibat proses vacuum dan kecuaian pihak hospital menyebabkan dia mengalami cerebral eodema. Tapi selepas discharge dari hospital kami sekeluarga tidak putus-putus berdoa agar pembengkakan tersebut hanya bersifat sementara dan tidak berpanjangan. Alhamdulillah, ukur lilit kepala setiap kali pemeriksaan adalah normal.

Oleh sebab Zafeera mengalami trauma semasa lahir, maka kami sangat-sangat berhati-hati bila mngendalikan Zafeera. Mungkin dari sebab keadaan kami yang over-protective, Zafeera memang manja dan banyak berkepit dengan setiap yang mengasuhnya. Haha, takpela, bagi peluang. Jaja sudah maklumkan pada pihak klinik dan hospital supaya bagi Zafeera masa untuk kejar milestone dia. Ya, kami faham dengan perkembangannya yang agak lambat, tapi kami juga cuba untuk galakkan dia berlatih setiap hari. 

Jadi bila doktor rujuk Zafeera ke unit fisioterapi dan pemulihan cara kerja, Jaja terima dengan hati terbuka. Pandang dari sudut positif, mungkin ada banyak yang Jaja boleh belajar dari physiotherapist di hospital. Masa di hospital, nak dapatkan tarikh untuk terapi, Jaja ada jumpa banyak kanak-kanak yang jauh sangat beza dari Zafeera. Terbaring, air liur menitik di bibir, tak bergerak langsung!! Jadi Jaja set dalam kepala, ramai lagi yang berat ujiannya dari Jaja. Jadi fikir positif.

Bila tiba di kaunter, staf di kaunter agak pelik bila tengok Jaja. Jaja pegang Zafeera masa tu. Zafeera biasa la, excited jumpa orang, melonjak-lonjak,sengih-sengih. Gembira sebab ramai kawan.Staf kat situ tiba-tiba tanya, "siapa yang nak buat terapi ni?". Jaja jawab, "Bukan saya cik, ni si kecik ni."Jaja gelak-gelak je. Berkerut dahi staf tu. "Kenapa dengan si kecik ni? OK je tengok. Sihat aktif je..". Jaja gelak dengar staf tu cakap. "Tak tau la cik, doktor risau sebab dia macam tak confident nak duduk, dah 10 bulan umur. Lambat sikit ni, manja." Jaja jawab camtu jela. Pastu staf tu pun buat muka macam tak boleh terima sebab dia sendiri tengok cara Zafeera melonjak-lonjak, boleh berdiri tegak kalau pegang tangan. 

Ada seorang ibu kat situ yang hantar anak pegi fisio, dia pun cakap, mungkin Zafeera nak berjalan terus agaknya..takpa katanya, Insyaallah, takde apa2..Semoga doa kalian akan terus menguatkan semangat kami dua beranak untuk terus kejar impian kami. Insyaallah.

Khadijah binti Maskam
Pengurus Online
Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR)
Tel : 017-3441486 (sms/WhatsApp)
Email : khadijahmaskam@gmail.com

Thursday, 12 February 2015

ULASAN EBOOK 44 RESEPI PANTANG TRADISI MELAYU


Teks : Khadijah Maskam

Alhamdulillah, saya berjaya khatam Ebook 44 Resepi Pantang Tradisi Melayu. Selain dari resepi yang menarik dan mudah untuk dicuba, elemen yang paling penting yang saya perolehi dari ebook ini adalah kepentingan makanan yang sihat sepanjang proses berpantang.

Ebook 44 Resepi Pantang Tradisi Melayu ini bukan sahaja memaparkan resepi-resepi berpantang malah penulis turut berkongsi tentang persediaan sebelum bersalin, iaitu ketika tempoh kehamilan, persediaan sebelum ke hospital dan juga selepas bersalin iaitu rawatan sepanjang berpantang dan serba sedikit tips untuk pengurusan masa dan penyesuaian diri untuk “first-time-mommy”. Banyak tips dan informasi yang dikongsikan untuk membantu bukan sahaja ibu dalam berpantang malah sesuai untuk suami, ibu atau ibu mertua yang bertanggungjawab membantu sepanjang proses berpantang.

Kebiasaannya kita acapkali dihidangkan dengan mitos-mitos dari ibu atau nenek kita tentang betapa ketatnya dan bosannya berpantang akibat menu yang terhad. Seringkali dihidangkan dengan menu yang sama ketika berpantang 44 hari dengan alasan untuk cepat sembuh dan sihat, walhal kaedah berpantang yang terlalu ketat boleh mengakibatkan ibu-ibu dalam berpantang mengalami keletihan dan kelesuan akibat kekurangan nutrisi dalam makanan.

Resepi yang terdiri dari pelbagai sumber hidangan termasuk daging dan ikan mampu memikat selera ibu berpantang di samping membekalkan khasiat yang cukup untuk mempercepatkan proses pemulihan tenaga luaran dan dalaman ibu dalam tempoh berpantang.

Khasiat yang dibekalkan oleh makanan herba dan rempah ratus seperti halia muda yang umum tahu akan kebolehan dan khasiatnya dalam membuang angin dalam badan, kunyit dan pegaga yang berfungsi sebagai agen pengecutan dan penyembuhan luka, serta lada hitam yang berfungsi untuk memanaskan badan dan mampu menyingkirkan lemak berlebihan akibat proses kehamilan selama 9 bulan.

Ebook 44 Resepi Pantang Tradisi Melayu memaparkan pengolahan resepi menggunakan herba dan rempah yang sangat penting untuk ibu berpantang serta memberikan idea-idea hebat dalam penyediaan menu berpantang. Kini, ibu-ibu di luar sana tidak perlu risau dan ragu lagi menu apa yang perlu disajikan untuk ibu-ibu berpantang kerana ebook ini telah memberikan panduan yang lengkap cukup untuk sepanjang tempoh berpantang.

Saya syorkan sahabat di luar sana terutama yang bakal bersalin tidak lama lagi untuk segera mendapatkan ebook ini kerana banyak informasi dan tips berguna untuk persediaan berpantang anda. Bagi mereka yang dalam fasa menurunkan berat badan, anda juga dialu-alukan untuk mendapatkan ebook ini kerana resepi-resepi ini kesemuanya terdiri dari menu rendah lemak dan kolestrol tetapi apa yang penting dapat membekalkan tenaga yang diperlukan badan kita seharian.

Terima kasih kepada pihak ABDR kerana memperkenalkan ebook yang sangat menarik dan bermanfaat.



 Khadijah binti Maskam
Pengurus Online
Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR)
Tel : 017-3441486 (sms/WhatsApp)
Email : khadijahmaskam@gmail.com

Friday, 10 October 2014

KEHIDUPAN SELEPAS BERSALIN

Bismillahirrahmanirrahim..

Saat melahirkan cahaya mata adalah saat paling "extreme", tapi bila semuanya selesai, timbul satu kepuasan lebih-lebih lagi saat menatap wajah si comel intan payung, pengarang jantung, buah hati, buah nangka, buah cempedak bagai, hahaha. Dia la segalanya. Umum, semua tahu bila lahirnya anak (khususnya anak sulung, yang dah banyak experience memang orang Cina cakap "momantai"), banyak yang berubah dalam kehidupan kita. Tak cukup tidur, makan berpantang, pergerakan terbatas, kesihatan terjejas dan banyak lagi. Masa tu ibu-ibu semua rasa diri masing-masing macam zombie termasuklah aku. Terus terang cakap, aku memang trauma nak bersalin lagi. Biarlah masa yang menentukan (kalau trauma aku boleh hilang).



Makanan Gatal

Walaupun dah habis pantang 44 hari, pemakanan masih kena kawal. Berpantang ni subjektif, berbeza ikut orang. Ada sesetengah orang memang berpantang ketat dan extreme. Ada orang biasa-biasa sahaja. Ikut kemampuan dan ketahanan badan. Ikut pengalaman aku yang ada luka episiotomy dan czer ni, pantang makanan yang gatal-gatal kadang-kadang langgar jugak. Maksud aku macam ayam. Orang pantang makan ikan bilis je, tapi aku makan ayam. Ok je, luka pun cepat kering. Telur? Orang kata nanti bernanah, tapi aku sebat je, siap goreng lagi. Kicap? Bedal je. Setakat ni, condition luka czer dan epi aku memang ace. Orang kata ayam kampung boleh makan dan tak gatal, tak macam ayam bandar, tapi aku terbalik, makan ayam kampung terus gatal kat luka czer, pastu terus berhenti makan ayam kampung. Sebab tu aku cakap berpantang ni subjektif, ikut orang. Dalam pantang memang sahabat sejati aku air gamat asli Orang Kampung je. Tapi seeloknya ikut la amalan berpantang tu, elok untuk kesihatan.



Ais dan sejuk
Bagi aku yang paling kene jaga masa lepas bersalin adalah suhu. Suhu yang kene elak adalah sejuk. Sebab tu orang baru lepas bersalin kene pakai baju sejuk, stokin tebal, makan jamu yang panas panas. Semua tu untuk kekalkan suhu badan supaya warm (bukan panas nak demam lak). Sejuk tu bisa. Rahim susah nak kecut dan kalau sejuk memang banyak implikasinya di kemudian hari. Pernah dengar orang cakap pasal "rahim kembang" tak? Rahim kembang adalah situasi yang memang tak seronok. Kita akan rasa tak selesa, gangguan menstrual dan boleh menyebabkan meroyan. Meroyan ni puncanya angin jahat la. Badan tak cukup warm, angin masuk dalam badan, pastu ganggu tahap kesihatan ibu berpantang, akhirnya meroyan. Susah nak ubat meroyan ni, so tolong elak. Makanan sejuk macam ais, memang aku pantang lama. Tunggu 1 tahun. Kalau aku nak sangat air yang ade ais tu, aku ambik air je, pastu aku tambah air kosong sampai suhu die sejuk sejuk kuku (bukan suam suam kuku,hihi). Korang mesti cakap, "eh serupa je kalau minum air takde ais kalau camtu." Memangla, aku psiko diri sendiri ibarat macam aku minum ais jugak, walaupun aku da neutralkan suhu die, hahaha. Aku tak tau tindakan aku tu bijak ke tak. Yang penting tak sejuk, hihi.Setakat ni Alhamdulillah, aku ok.


Air Kelapa
Ha, yang gambar atas ni serius aku cakap, memang aku kempunan. Mak aku pesan kene pantang setahun menda nih. Aku tak tau napa tapi bisa katanya. Aku sekarang memang taat dengan mak aku, impian nak jadi anak solehah tu menebal, makanya aku pun memang pejam mata jela,hihihi. Takpe, Allah bagi pahala sebab ikut cakap mak lagi sedap dari air kelapa tu..(psiko diri sendiri).
Losyen Panas
Yang ni memang bagus. Sapu la kat perut korang, aman je rasa. Aku dulu masa pantang pakai yang superhot punya. Memang best la. Korang jangan berani berani nak terus cuba yang panas maksimum cam aku, aku takpe sebab lemak tebal, so memang boleh tahan la. Aku takut korang kene duduk depan kipas 24-7 pulak nanti akibat kepanasan yang menggigit tuh,haha. Lagi best pakai dengan bengkung, tapi yang czer tu jangan gatal sangat nak pakai bengkung, luka dalam tu ingat sikit. Aku pun tak pakai bengkung sebab takut effect kat dalam. Sabar jela dulu.


Manjakani & Kacip Fatimah
Ini penting untuk kesihatan dalaman wanita. Benda ni bukan je untuk merapat dan mengecutkan rahim tapi untuk menyahbau miss V jugak. Turut membantu dalam melancarkan haid dan menghilangkan senggugut. Cubalah, anda pasti berpuas hati, haha. Macam iklan penaja kan?

Benda benda kat atas ni adalah mengikut pengalaman aku jadi mungkin tak sama dengan orang lain. Jadi mana yang baik boleh ikut, mana yang rasa bercanggah tolong abaikan. Buang yang keruh, ambillah yang jernih (ape la kaitannya kan??).


............................................................................................................

Jemput datang singgah ke Gedung Makanan saya di sini. Kalau berminat, cepat-cepat PM saya ye. Siapa yang nak dapatkan Pakej ebook ABDR boleh melawat di sini.


Friday, 3 October 2014

HIDUP SIHAT DENGAN CARA SEMULAJADI

Kevin Zahri
Sumber : Google

Bismillahirrahmanirrahim.

Fuh, bukan mudah mahu siapkan 44 entri, tapi demi masa depan dan impian, terpaksa ku tempuh jua. Hehe, hampir tiap saat memikirkan idea apa yang mahu dikongsi bersama pembaca di luar sana. Sekali datang idea, terus-terus mahu tulis di blog. Sebelum idea yang ada hilang, terus luahkan di sini. Berserta gambar Kevin Zahri di atas sebagai orang kuat dan juga sumber inspirasi kepada mereka yang mempunyai impian untuk kurus dengan cara sihat dan semulajadi, ingin saya huraikan serba sedikit kenapa kita perlu katakan tidak pada ubat kurus.

Lambakan Ubat Kurus di Pasaran
Pada masa kini, kita boleh lihat ratusan jenama ubat kurus di pasaran. Di media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain, kita dapat lihat pelbagai tawaran untuk kurus dengan jaminan kurus dalam masa yang singkat. Percaya atau tidak, ada yang memberi jaminan seawal 1 hari untuk nampak perubahannya. Saya nasihatkan agar anda berhati-hati sebelum terpedaya dengan jaminan lambakan ubat kurus di pasaran. Bukan apa, ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri juga. Mudah terpedaya dengan janji-janji manis ubat kurus.

Kurus Dalam Masa 1 Minggu
Memang tidak dinafikan yang ubat kurus di pasaran sana boleh memberikan kesan. 1 minggu, 1 bulan, 1 tahun, bergantung pada disiplin anda tetapi sama ada anda sedar atau tidak, sebenarnya anda melatih diri untuk bergantung pada ubat. Bila anda berhenti dari memakan ubat kurus tersebut, berat anda tidak semena-mena akan kembali ke berat lama bahkan bertambah satu kali ganda. Ubat kurus sebenarnya mengandungi dadah yang mengawal rasa lapar anda. Ia menahan selera makan anda menyebabkan anda kurang berselera untuk makan. Sebab tu la boleh kurus. Keburukannya akan datang bila anda berhenti dari mengambil ubat tersebut. Anda tidak lagi boleh mengawal selera dan makan semahunya ataupun anda rasa sudah mengawal pemakanan tetapi bberat badan masih naik. Sakit hati bukan? Sampai bila mahu bergantung pada ubat? Semuanya kos tambah-tambah lagi bila harga petrol meningkat, terasa seperti pembaziran tahap kuda belang pun ada.

Kesan sampingan
Sudahlah impian kurus tidak menjadi, selain itu terdapat pula kesan sampingan setelah pengambilan ubat kurus. Antara kesan sampingan ubat kurus adalah jantung berdebar-debar atau berdegup laju. Ini adalah kesan dari ubat yang mengandungi dadah dan dos yang tidak bersesuaian dengan tubuh badan. Ada juga yang mengalami kerosakan buah pinggang sebagai kesan jangka panjang dan ada juga yang menemui ajal akibat pengambilan ubat kurus. Jadi, fikirlah berjuta kali sebelum anda beli ubat kurus, lebih baik anda ambil keputusan untuk berjoging ataupun paling kurang berjalan 10,000 langkah sehari. Jangan terus target 10,000, mulakan dengan 1 ribu dahulu.

Makan Ikut Keperluan Kalori
Setiap orang mempunyai keperluan kalori berbeza iaitu bergantung pada berat badan. Rumusan pengambilan makanan vs keperluan kalori adalah mudah. Jika pengambilan makanan adalah lebih dari keperluan kalori, maka itu yang menghasilkan pertambahan berat badan. Jika pengambilan makanan bersamaan keperluan kalori pula maka ia menghasilkan pengekalan berat badan dan jika pengambilan makanan adalah kurang dari keperluan kalori, maka ini yang menghasilkan penurunan berat badan. Oleh itu, jika anda dalam kategori berat badan berlebihan, adalah dinasihatkan untuk mengurangkan pengambilan makanan dari keperluan kalori tetapi pada masa sama anda perlu pastikan pengambilan makanan adalah diet seimbang.

Kepentingan Air Kosong
Salah satu amalan untuk cara hidup sihat adalah dengan mengamalkan minum 3L air kosong setiap hari. Berdasarkan pada pengalaman sendiri, ini memang terbukti tetapi dengan syarat anda perlu amalkan diet seimbang dan kawal pengambilan kalori.

Senaman Paling Kurang 3x Seminggu
Bila sebut senaman, ramai yang fikir dalam kepala, kasut sukan, taman rekriasi, pakaian sukan..."leceh la nak bersenam ni..". Itu yang sering kita dengar. Sebenarnya dalam rumah pun boleh bersenam, tidak perlu keluar rumah pun. Boleh lawat blog Kevin Zahri untuk panduan bersenam di rumah mahupun outdoor.

Ada banyak lagi kaedah untuk kurus dengan cara lebih sihat. Nanti saya akan sambung topik ini di enntri yang lain. Waktu membataskan saya untuk terus menulis. Sekian dari saya, Assalamualaikum.

BERSALIN KAEDAH CAESAREAN SECTION

Cesarian the moment of birth3.jpg
Ihsan : Wikipedia

Bismillahirrahmanirrahim.

Melahirkan anak adalah tidak mudah dan disebabkan itu pahala ganjarannya setaraf dengan pahala jihad. Bertarung nyawa demi melahirkan satu nyawa yang suci. Namun begitu terdapat perbezaan antara bersalin secara normal dengan kaedah ceasarean (c-section). Kedua-duanya ada pro dan kontra masing-masing.
Saya bukan mahu mengulas tentang kedua-dua kaedah ini tetapi berkongsi tips dan pengalaman sebagai salah seorang ibu yang mengalami kedua-dua luka episiotomy dan juga c-section.

Ya, saya mengalami keduanya sekali. Saya menganggapnya sebagai ujian dari Allah supaya saya dapat mengenang kembali jasa emak saya betapa susahnya melahirkan saya. Alhamdulillah, saya tergolong di dalam kelompok yang mengalami "fast healing period". Bagaimana saya boleh melaluinya? Apa kaedah rawatan yang saya gunakan?

Saya tidak mengamalkan jamu kerana anak saya dilahirkan dengan komplikasi di kepala akibat kesan dari kaedah vacuum yang dilakukan oleh pihak hospital, maka anak saya mengalami jaundice agak lama. Jururawat di klinik kesihatan di kampung melarang sebarang pengambilan makanan yang bersifat "panas".
Tipsnya adalah, saya hanya amalkan meminum air gamat keluaran Orang Kampung.

 

Ibu dan kakak saya juga melalui c-section ketika bersalin, tetapi proses penyembuhan mereka jauh lebih lama dari saya. Seorang sahabat saya di tempat kerja yang mengesyorkan saya untuk mengamalkan air gamat asli ini. Kakak sulung saya mengambil masa 2 bulan untuk sembuh. Beliau dan emak saya amat terkejut melihat saya berjalan dan membuat kerja-kerja harian seperti biasa setelah 2 minggu bersalin. Untuk luka episiotomy, saya hanya bergantung pada yellow lotion atau bahasa pasarnya ubat kuning. Cuma sekali, ibu saudara saya membantu untuk mengasah manjakani untuk disapu pada luka episiotomy dan ia memang berkesan!!

Jadi, untuk para ibu yang sedang membuat persediaan  bersalin, bolehlah cuba petua yang saya cerita di atas. Selain dari tips di atas, ibu yang sedang berpantang perlu kuat semangat, lebih-lebih lagi yang pertama kali menjadi ibu. Hidup anda akan berubah 100%, masa tidur jauh lebih kurang, pergerakan yang terbatas, pemakanan juga terbatas,haha. Namun, yang paling indah adalah apabila menatap wajah suci sang anak. 

Selamat menjadi ibu!! Pada sesiapa yang berminat untuk belajar bagaimana untuk menjana pendapatan dari rumah, mahu bergelar seorang WAHM dan mahu tahu apa itu SOHO dan SAHM, boleh rujuk blog sifu saya PN. ANYS dan PN. MASAYU. Assalamualaikum.