Friday 3 October 2014

BERSALIN KAEDAH CAESAREAN SECTION

Cesarian the moment of birth3.jpg
Ihsan : Wikipedia

Bismillahirrahmanirrahim.

Melahirkan anak adalah tidak mudah dan disebabkan itu pahala ganjarannya setaraf dengan pahala jihad. Bertarung nyawa demi melahirkan satu nyawa yang suci. Namun begitu terdapat perbezaan antara bersalin secara normal dengan kaedah ceasarean (c-section). Kedua-duanya ada pro dan kontra masing-masing.
Saya bukan mahu mengulas tentang kedua-dua kaedah ini tetapi berkongsi tips dan pengalaman sebagai salah seorang ibu yang mengalami kedua-dua luka episiotomy dan juga c-section.

Ya, saya mengalami keduanya sekali. Saya menganggapnya sebagai ujian dari Allah supaya saya dapat mengenang kembali jasa emak saya betapa susahnya melahirkan saya. Alhamdulillah, saya tergolong di dalam kelompok yang mengalami "fast healing period". Bagaimana saya boleh melaluinya? Apa kaedah rawatan yang saya gunakan?

Saya tidak mengamalkan jamu kerana anak saya dilahirkan dengan komplikasi di kepala akibat kesan dari kaedah vacuum yang dilakukan oleh pihak hospital, maka anak saya mengalami jaundice agak lama. Jururawat di klinik kesihatan di kampung melarang sebarang pengambilan makanan yang bersifat "panas".
Tipsnya adalah, saya hanya amalkan meminum air gamat keluaran Orang Kampung.

 

Ibu dan kakak saya juga melalui c-section ketika bersalin, tetapi proses penyembuhan mereka jauh lebih lama dari saya. Seorang sahabat saya di tempat kerja yang mengesyorkan saya untuk mengamalkan air gamat asli ini. Kakak sulung saya mengambil masa 2 bulan untuk sembuh. Beliau dan emak saya amat terkejut melihat saya berjalan dan membuat kerja-kerja harian seperti biasa setelah 2 minggu bersalin. Untuk luka episiotomy, saya hanya bergantung pada yellow lotion atau bahasa pasarnya ubat kuning. Cuma sekali, ibu saudara saya membantu untuk mengasah manjakani untuk disapu pada luka episiotomy dan ia memang berkesan!!

Jadi, untuk para ibu yang sedang membuat persediaan  bersalin, bolehlah cuba petua yang saya cerita di atas. Selain dari tips di atas, ibu yang sedang berpantang perlu kuat semangat, lebih-lebih lagi yang pertama kali menjadi ibu. Hidup anda akan berubah 100%, masa tidur jauh lebih kurang, pergerakan yang terbatas, pemakanan juga terbatas,haha. Namun, yang paling indah adalah apabila menatap wajah suci sang anak. 

Selamat menjadi ibu!! Pada sesiapa yang berminat untuk belajar bagaimana untuk menjana pendapatan dari rumah, mahu bergelar seorang WAHM dan mahu tahu apa itu SOHO dan SAHM, boleh rujuk blog sifu saya PN. ANYS dan PN. MASAYU. Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment