Wednesday 15 October 2014

WISHLIST


Bismillahirrahmanirrahim.
Jaja perlu bagi kredit pada Kak Sariah Awang Senik kerana Jaja dapat idea untuk entri kali ini daripada blog beliau. Setiap kali beliau post entri baru, di akhir post beliau akan sertakan wishlist, dari situ Jaja dapat idea untuk entri wishlist ini. Semua orang ada impian, ada cita-cita, ada harapan termasuk Jaja. Dulu, banyak wish yang Jaja pendam kerana mahu beri laluan pada orang lain. Tapi sejak sebulan dua ni, banyak wish Jaja yang tercapai,hihi.(sebut Alhamdulillah la Jaja...)

Antara Wishlist Jaja adalah :


1. MENJADI SEORANG PENTERNAK MODEN 
Bagaimana Jaja boleh terinspirasi untuk menjadi seorang penternak moden? Alkisahnya, wan Zafeera ada ternak arnab, merpati dan ayam kampung. Kuantiti memang tidak banyak sebab mak Jaja pelihara hanya sekadar sebagai hobi. Jaja pula, setiap kali nampak binatang-binatang tersebut, timbul satu idea untuk mengembangkan populasi mereka,muahaha. Bukan arnab, merpati dan ayam sahaja yang berpotensi untuk Jaja kembangkan malah kucing kucing si Zafeera pun Jaja boleh biakkan,haha. Tapi simpan dulu impian tersebut, sebab bukan prioriti.

2.  MENJADI MARKETING EXECUTIVE PADA MAK (HUHU)
Menjadi seorang eksekutif pemasaran kepada Puan Wan Juriah memang impian Jaja dari dahulu. Memandangkan arwah abah sudah tiada, maka tinggal mak seorang untuk uruskan adik-adik. Mak Jaja sememangnya mempunyai perusahaan kraftangan khusus pada produk berasaskan daun getah dan surat khabar. Maaf kerana Jaja tidak mempunyai gambar untuk dijadikan contoh dan mak adalah di bawah bimbingan pihak RISDA. Tapi sejak mak Jaja mula jaga Zafeera semenjak bulan Ogos lalu, maka aktiviti kraftangan terpaksa dibekukan demi memberi sepenuh tumpuan buat cucunda tersayang. Oleh kerana itu, Jaja berusaha belajar asas buat blog, supaya nanti Jaja ada tapak untuk pasarkan produk-produk mak.

3.  MENJADI SEORANG TUKANG JAHIT
Mak Jaja suatu ketika dahulu memang mengambil upah menjahit tetapi sudah lama beliau tinggalkan bidang tersebut kerana beliau menceburkan diri dalam bidang makanan pula. Jadi, mak Jaja memang mempunyai mesin jahit. Pada mulanya, beliau ada mesin jahit biasa jenama "Singer" sahaja, tetapi sejak mak menawarkan perkhidmatan "alter" pakaian, beliau telah mengambil keputusan untuk membeli mesin jahit tepi. Dari situ lah bermulanya timbul niat di hati untuk belajar menjahit dalam diri Jaja. Tapi Jaja belum mempunyai kesempatan untuk menghadiri kelas menjahit lagi. Jadi simpan dahulu dalam senarai wishlist,hihi.

Semua impian Jaja di atas adalah berdasarkan peluang-peluang yang ada di rumah mak yang mana Jaja rasa ada potensi untuk Jaja ambil dan guna pakai untuk kepentingan kami. Impian Jaja mahu pulang ke kampung bukanlah semata-mata mahu dekat dengan Zafeera tapi untuk bantu mak uruskan keluarga juga. Banyak lagi peluang yang ada, cuma Jaja perlu ada pendapatan stabil dahulu sebelum berhenti kerja. Sekian, coretan untuk kali ini. Assalamualaikum.

****************************************************
Mahu memiliki EBOOK RAHSIA KHIDMAT PELANGGAN ONLINE? Mahu jadi seorang WAHM? Mahu belajar bagaimana mahu jana pendapatan dari rumah? Hubungi saya di 010-5398798 (sms/whatsapp) atau email di khadijahmaskam@gmail.com

No comments:

Post a Comment