Thursday 28 May 2015

NALURI SANG IBU

Pagi ni, terserempak dengan seorang ibu, menggendong bayinya yang sedang tidur di dalam wrap (ambil udara pagi mungkin). Secara automatik, aku jadi sayu dan syahdu dengan pemandangan itu. Terasa bergenang air mata tapi ku tahan jua dan ku hadiahkan sebuah senyuman buat si ibu itu. Alhamdulillah, berbalas. Moga beliau dan bayinya sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah.

"You're a warrior, warriors don't give up and they don't back down. Pick up your sword and shield and fight."

Naluri seorang ibu membuatkan aku mudah tersentuh sejak akhir-akhir ini. Tengok orang dukung anak, tengok anak-anak kecil mengaji, tengok budak-budak di playground, sudah cukup untuk buat mata aku bergenang air mata, tapi cepat-cepat suara hati ini berbisik, "Ini semua ujian Allah, Allah sayang kau, maka Dia uji kau. Jangan tunjuk sedih itu, ajar diri sendiri untuk pujuk hati, Insyaallah..nanti kau boleh balik duduk dengan Zafeera sekali." Jadinya, kelip-kelipkan mata, cepat-cepat senyum, dan semua seperti tiada apa-apa, Al-Fatihah sekali buat anakanda dan bonda tercinta di kampung, moga sentiasa dalam lindungan Allah, noktah. 

Begitulah saban waktu dan hari, bagaimana aku menempuh hari-hari tanpa orang tersayang di sisi. Syukur pada Allah kerana mengurniakan beberapa sahabat buat penghibur. Adik-adik serumah yang ceria. Terima kasih Allah, kerana sentiasa menghadirkan insan-insan yang istimewa di sekelilingku. Terima kasih jua keran Kau sentiasa ada setiap kali aku memerlukan.

"Terkadang Allah hadirkan insan-insan yang baik di sekeliling kita, mungkin kerana mereka, wasilah buat diri kita, untuk terus tetap dalam kebaikan..terima kasih sahabat."  

Khadijah binti Maskam
Pengurus Online
Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR)
Tel : 017-3441486 (sms/WhatsApp)
Email : khadijahmaskam@gmail.com


Tuesday 26 May 2015

KATA HATI


Teks : Khadijah Maskam
Sumber Gambar : Google

Setelah sekian lama, 2 bulan mencari kekuatan untuk menulis, detik ini juga menjadi pilihan. Sekian berperang dengan perasaan sendiri, perasaan mereka di sekeliling, tanggapan mereka di luar sana yang sentiasa memerhati, menunggu apa kesudahan diri ini. Bila saat jari ini mahu berkongsi apa jua yang ada di benak ini, ada suara halus yang berbisik "Tak perlu diluah pada manusia, kerana manusia sendiri sangat konflik, pelbagai tanggapan dan tafsiran, biar dahulu, tangguh dahulu...bimbang kau akan kecewa dengan respon mereka. Kau patut lebih dulukan Allah, kerana Dia Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang dan Dia sahaja yang tahu apa yang kau gusarkan. Mintalah dariNya, lupakan yang lain."

Maka berlaku episod pengasingan diri secara senyap. Hanya mampu "observe" mereka di sekeliling, mencelah sedikit, sekadar memberi tanda yang diri ini masih wujud di bumi milik Allah ini. Sesungguhnya tempoh itu amat perit untuk dilalui, tapi bila hati berusaha untuk bersangka baik pada Allah, alhamdulillah itu sahaja yang mampu diucap.

Kadang memang betul kata orang, bila terlalu terbeban dengan konsep "kita ini kuli, hamba pada manusia", maka kita lupa pada yang lebih berkuasa. Dia yang lebih berhak didahulukan, Dia yang tidak pernah berpaling pada kita yang sering leka. Maka Allah turunkan ujian supaya kita cepat-cepat sedar dan kembali ke "track" asal.

Aku kini cuba sedaya upaya untuk jadi insan yang lebih baik dari semalam, memenuhi tanggungjawab yang ada di bahu ini. Selebihnya, ku serahkan pada Allah untuk bantu. Soal anak, aku berjuang sepenuh jiwa ragaku untuknya, dan selebihnya yang di luar kemampuanku, aku serahkan tawakal ku 100% pada Allah, kerana Dia sebaik-baik pelindung.

Moga aku akan terus diberi kekuatan untuk melangkah dan jadi seorang manusia yang dapat memberi manfaat pada orang lain, InsyaAllah.

Khadijah binti Maskam
Pengurus Online
Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR)
Tel : 017-3441486 (sms/WhatsApp)
Email : khadijahmaskam@gmail.com