Thursday 28 May 2015

NALURI SANG IBU

Pagi ni, terserempak dengan seorang ibu, menggendong bayinya yang sedang tidur di dalam wrap (ambil udara pagi mungkin). Secara automatik, aku jadi sayu dan syahdu dengan pemandangan itu. Terasa bergenang air mata tapi ku tahan jua dan ku hadiahkan sebuah senyuman buat si ibu itu. Alhamdulillah, berbalas. Moga beliau dan bayinya sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah.

"You're a warrior, warriors don't give up and they don't back down. Pick up your sword and shield and fight."

Naluri seorang ibu membuatkan aku mudah tersentuh sejak akhir-akhir ini. Tengok orang dukung anak, tengok anak-anak kecil mengaji, tengok budak-budak di playground, sudah cukup untuk buat mata aku bergenang air mata, tapi cepat-cepat suara hati ini berbisik, "Ini semua ujian Allah, Allah sayang kau, maka Dia uji kau. Jangan tunjuk sedih itu, ajar diri sendiri untuk pujuk hati, Insyaallah..nanti kau boleh balik duduk dengan Zafeera sekali." Jadinya, kelip-kelipkan mata, cepat-cepat senyum, dan semua seperti tiada apa-apa, Al-Fatihah sekali buat anakanda dan bonda tercinta di kampung, moga sentiasa dalam lindungan Allah, noktah. 

Begitulah saban waktu dan hari, bagaimana aku menempuh hari-hari tanpa orang tersayang di sisi. Syukur pada Allah kerana mengurniakan beberapa sahabat buat penghibur. Adik-adik serumah yang ceria. Terima kasih Allah, kerana sentiasa menghadirkan insan-insan yang istimewa di sekelilingku. Terima kasih jua keran Kau sentiasa ada setiap kali aku memerlukan.

"Terkadang Allah hadirkan insan-insan yang baik di sekeliling kita, mungkin kerana mereka, wasilah buat diri kita, untuk terus tetap dalam kebaikan..terima kasih sahabat."  

Khadijah binti Maskam
Pengurus Online
Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR)
Tel : 017-3441486 (sms/WhatsApp)
Email : khadijahmaskam@gmail.com


No comments:

Post a Comment