Friday 3 October 2014

HIDUP SIHAT DENGAN CARA SEMULAJADI

Kevin Zahri
Sumber : Google

Bismillahirrahmanirrahim.

Fuh, bukan mudah mahu siapkan 44 entri, tapi demi masa depan dan impian, terpaksa ku tempuh jua. Hehe, hampir tiap saat memikirkan idea apa yang mahu dikongsi bersama pembaca di luar sana. Sekali datang idea, terus-terus mahu tulis di blog. Sebelum idea yang ada hilang, terus luahkan di sini. Berserta gambar Kevin Zahri di atas sebagai orang kuat dan juga sumber inspirasi kepada mereka yang mempunyai impian untuk kurus dengan cara sihat dan semulajadi, ingin saya huraikan serba sedikit kenapa kita perlu katakan tidak pada ubat kurus.

Lambakan Ubat Kurus di Pasaran
Pada masa kini, kita boleh lihat ratusan jenama ubat kurus di pasaran. Di media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain, kita dapat lihat pelbagai tawaran untuk kurus dengan jaminan kurus dalam masa yang singkat. Percaya atau tidak, ada yang memberi jaminan seawal 1 hari untuk nampak perubahannya. Saya nasihatkan agar anda berhati-hati sebelum terpedaya dengan jaminan lambakan ubat kurus di pasaran. Bukan apa, ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri juga. Mudah terpedaya dengan janji-janji manis ubat kurus.

Kurus Dalam Masa 1 Minggu
Memang tidak dinafikan yang ubat kurus di pasaran sana boleh memberikan kesan. 1 minggu, 1 bulan, 1 tahun, bergantung pada disiplin anda tetapi sama ada anda sedar atau tidak, sebenarnya anda melatih diri untuk bergantung pada ubat. Bila anda berhenti dari memakan ubat kurus tersebut, berat anda tidak semena-mena akan kembali ke berat lama bahkan bertambah satu kali ganda. Ubat kurus sebenarnya mengandungi dadah yang mengawal rasa lapar anda. Ia menahan selera makan anda menyebabkan anda kurang berselera untuk makan. Sebab tu la boleh kurus. Keburukannya akan datang bila anda berhenti dari mengambil ubat tersebut. Anda tidak lagi boleh mengawal selera dan makan semahunya ataupun anda rasa sudah mengawal pemakanan tetapi bberat badan masih naik. Sakit hati bukan? Sampai bila mahu bergantung pada ubat? Semuanya kos tambah-tambah lagi bila harga petrol meningkat, terasa seperti pembaziran tahap kuda belang pun ada.

Kesan sampingan
Sudahlah impian kurus tidak menjadi, selain itu terdapat pula kesan sampingan setelah pengambilan ubat kurus. Antara kesan sampingan ubat kurus adalah jantung berdebar-debar atau berdegup laju. Ini adalah kesan dari ubat yang mengandungi dadah dan dos yang tidak bersesuaian dengan tubuh badan. Ada juga yang mengalami kerosakan buah pinggang sebagai kesan jangka panjang dan ada juga yang menemui ajal akibat pengambilan ubat kurus. Jadi, fikirlah berjuta kali sebelum anda beli ubat kurus, lebih baik anda ambil keputusan untuk berjoging ataupun paling kurang berjalan 10,000 langkah sehari. Jangan terus target 10,000, mulakan dengan 1 ribu dahulu.

Makan Ikut Keperluan Kalori
Setiap orang mempunyai keperluan kalori berbeza iaitu bergantung pada berat badan. Rumusan pengambilan makanan vs keperluan kalori adalah mudah. Jika pengambilan makanan adalah lebih dari keperluan kalori, maka itu yang menghasilkan pertambahan berat badan. Jika pengambilan makanan bersamaan keperluan kalori pula maka ia menghasilkan pengekalan berat badan dan jika pengambilan makanan adalah kurang dari keperluan kalori, maka ini yang menghasilkan penurunan berat badan. Oleh itu, jika anda dalam kategori berat badan berlebihan, adalah dinasihatkan untuk mengurangkan pengambilan makanan dari keperluan kalori tetapi pada masa sama anda perlu pastikan pengambilan makanan adalah diet seimbang.

Kepentingan Air Kosong
Salah satu amalan untuk cara hidup sihat adalah dengan mengamalkan minum 3L air kosong setiap hari. Berdasarkan pada pengalaman sendiri, ini memang terbukti tetapi dengan syarat anda perlu amalkan diet seimbang dan kawal pengambilan kalori.

Senaman Paling Kurang 3x Seminggu
Bila sebut senaman, ramai yang fikir dalam kepala, kasut sukan, taman rekriasi, pakaian sukan..."leceh la nak bersenam ni..". Itu yang sering kita dengar. Sebenarnya dalam rumah pun boleh bersenam, tidak perlu keluar rumah pun. Boleh lawat blog Kevin Zahri untuk panduan bersenam di rumah mahupun outdoor.

Ada banyak lagi kaedah untuk kurus dengan cara lebih sihat. Nanti saya akan sambung topik ini di enntri yang lain. Waktu membataskan saya untuk terus menulis. Sekian dari saya, Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment