Thursday 16 October 2014

KEROPOK IKAN

Ihsan : Google
Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini Jaja rasa macam mahu bercerita mengenai keropok, salah satu makanan kegemaran Jaja. Tujuan entri keropok ni untuk selingan sahaja sebab sekejap lagi Jaja mahu promosikan keropok keping dari ABDR, haha. Ada udang di sebalik mi goreng. Jaja kalau dapat makan keropok ikan, tidak kira apa jenis, keropok segera, keropok lekor, keropok crispy, keropok keping, semua Jaja layan. Agaknya kalau Jaja berpeluang pergi ke Terengganu lagi, Jaja akan sediakan banyak ice box untuk simpan keropok lekor, bawa balik ke Pelangai, haha.


Ha, gambar di atas Jaja google sahaja. Tengok, watermark masih ada lagi. Kredit pada blog inaku79.blogspot.com. "Hok jenih ni memey ambo paling suko deh". Seharian makan keropok lekor bagi Jaja pun ok, tiada masalah langsung, tidak perlu makan nasi (Punya la suka nya kan). Jaja kalau bab keropok, selalu kirim dari sahabat, orang Terengganu. Nasib beliau sanggup tolong.


Keropok segera, mudah untuk dicari di mana mana. Cuma, mahu dapatkan yang betul-betul berkualiti dan harga pukal yang berpatutan, harus rajin buat survey. Kalau pergi ke gudang, sudah tentu dapat dengan harga murah. Sekarang, siapa yang mahu beli keropok keping sudah boleh terus tempah di borang tempahan sebab ABDR ada menjual keropok keping ikan. Boleh pergi ke Gedung Makanan dan buat tempahan di borang yang disediakan di sini.

No comments:

Post a Comment