Monday 13 October 2014

SENYUMLAH WALAU SEDANG KECEWA

Bismillahirrahmanirrahim.
Macam biasa la, kalu Isnin je mesti Monday Blues tapi aku bukan sebab Monday Blues, tapi sebab da mula rasa rindu pada Zafeera. Energy aku akan merundum jatuh bila tiba hari Rabu. Hari Rabu paling kritikal dan hari paling bahagia adalah hari Jumaat sebab Jumaat abes je waktu keje pukul 6, aku terus cabut balik kampung jumpa anak, weehuu!!

Aku ni memang orang yang sempoi sebenarnya dan aku sepatutnya tulis dalam tatabahasa yang betul tapi aku memang kene santai baru aku boleh bercerita. Orang macam aku memang susah orang nak nampak bermasalahnya sebab aku nampak happy jer manjang. Orang hanya akan tau aku sedih bile baca status di FB aku je. Kalau depan depan, memang orang takkan tau, sebab aku dengan diri aku yang gila gila bahasa, sempoi, wat lawak manjang, gelak besar besar,hahaha.

Pernah orang tanya aku, tak sedih ke lepas berpisah? Aku cakap tak langsung, malah aku bahagia sebab Allah makbulkan permintaan aku, beri aku jalan keluar. Dah bertahun aku selitkan doa agar Allah buka pintu jalan keluar dari kemelut penjara ciptaan dia, akhirnya setelah 4 tahun aku bebas. Hidup perlu diteruskan. Ada mulut yang perlu disuap nasi dan ada nyawa yang perlu didikan rohani dan aku perlu teruskan perjuangan hidup ini, terus kuat dan tabah melangkah ke hadapan supaya aku bisa jadi contoh terbaik pada insan bergelar anak.

Alhamdulillah, sejak dua bulan ni, aku rasa lapang dan puas dapat berbakti pada keluarga terutama mak yang sentiasa menerima aku seadanya. Dapat sentiasa bersama-sama adik-adik, walau dalam susah mahupun senang. Memang penat berulang alik setiap minggu balik kampung, tapi demi anak, aku da terbiasa. Semangat untuk teruskan hidup mengajar aku erti lasak dan tabah. Aku selalu cakap dengan diri aku sendiri, "susah ni takkan kekal, Allah akan gantikan dengan kesenangan suatu hari nanti". Malah, sekarang pun aku da tak rasa susah pun. Aku dah berlapang dada sebab aku tau Zafeera selamat dengan wan dia dan aku tak lagi hidup dalam cengkaman manusia yang tak tau menghargai. Cuma satu je kesusahan aku adalah jauh dari anak. Itu je satu-satunya masalah aku. Harap-harap impian aku nak balik kampung dan kerja dari rumah tercapai. 

Bukan senang bila bermain dengan emosi. Bila semangat tu hilang, kita ibarat patung tak bernyawa, serba tak kena. Apa yang aku selalu buat adalah zikir. Subhanallah, Alhamdulillah, Laailahaillallah. Basahkanlah lidah dengan zikrullah. Sesungguhnya, Allah timpakan ujian buat kita kerana dia rindu kita memuji-muji namaNya. Bersedih itu biasa, fitrah kita sebagai manusia tetapi cara kita menangani emosi negatif itu yang membezakannya. Solat sunat dan doa tidak dilupakan. Isilah masa terluang untuk berbicara dengan Allah. Bicaralah tatkala sujud tunduk menyembahNya dan tatkala tangan ditadah, luahkan segala yang terbuku di dada. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Buat sahabat sahabat di luar sana, jika ada yang kurang bernasib baik, usahlah bersedih kerana yang pasti Allah itu ada. Mohon dan rayulah padaNya, kerana dia Maha Tahu dan Dialah sebaik-baik perancang. Allah ambil sesuatu dari kita untuk gantikan dengan yang lebih baik. Sentiasa bersangka baik dengan Allah, maka kita akan terus kuat dan tabah menempuhi dugaan dan cabaran hari esok.

Sekian cerita untuk hari ni. Doakan kaki ini sentiasa kuat dan tabah untuk terus melangkah meneruskan perjuangan esok hari. Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment