Monday 2 March 2015

PEMULIHAN CARA KERJA/OCCUPATIONAL THERAPY



Bismillahirrahmanirrahim.
Sejak berjumpa dengan doktor 2 minggu lepas di Klinik Paediatrik Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban, Jaja curi-curi masa untuk melakukan sedikit pembacaan dan mencari maklumat tentang terapi pemulihan cara kerja. Bila search di google, tak banyak yang jumpa dan bila buka Google Image, keluar gambar-gambar kanak-kanak istimewa sedang melakukan terapi.

Kenapa Jaja cari maklumat tentang Occupational Therapy? Sebab Zafeera telah dirujuk ke Jabatan Pemulihan Cara Kerja di HTJ kerana setelah diperiksa oleh doktor, perkembangan Zafeera "agak" lambat sedikit berbanding bayi lain. Pada umur 10 bulan, Zafeera masih takut-takut untuk duduk tanpa bantuan.

Ikut pada pandangan kami, memang kami akui Zafeera agak lambat perkembangannya tetapi kami percaya ianya bukan disebabkan kekurangan dari segi apa, cuma kami percaya Zafeera jadi begitu kerana dia teramatlah manja dengan kami, berkepit sepanjang masa. Walaupun jauh dari mummy, Zafeera dapat kasih sayang melimpah ruah dari wan, pakcik dan makcik dia. 

Tambah pula Zafeera lahir dengan trauma di bahagian kepala akibat proses vacuum dan kecuaian pihak hospital menyebabkan dia mengalami cerebral eodema. Tapi selepas discharge dari hospital kami sekeluarga tidak putus-putus berdoa agar pembengkakan tersebut hanya bersifat sementara dan tidak berpanjangan. Alhamdulillah, ukur lilit kepala setiap kali pemeriksaan adalah normal.

Oleh sebab Zafeera mengalami trauma semasa lahir, maka kami sangat-sangat berhati-hati bila mngendalikan Zafeera. Mungkin dari sebab keadaan kami yang over-protective, Zafeera memang manja dan banyak berkepit dengan setiap yang mengasuhnya. Haha, takpela, bagi peluang. Jaja sudah maklumkan pada pihak klinik dan hospital supaya bagi Zafeera masa untuk kejar milestone dia. Ya, kami faham dengan perkembangannya yang agak lambat, tapi kami juga cuba untuk galakkan dia berlatih setiap hari. 

Jadi bila doktor rujuk Zafeera ke unit fisioterapi dan pemulihan cara kerja, Jaja terima dengan hati terbuka. Pandang dari sudut positif, mungkin ada banyak yang Jaja boleh belajar dari physiotherapist di hospital. Masa di hospital, nak dapatkan tarikh untuk terapi, Jaja ada jumpa banyak kanak-kanak yang jauh sangat beza dari Zafeera. Terbaring, air liur menitik di bibir, tak bergerak langsung!! Jadi Jaja set dalam kepala, ramai lagi yang berat ujiannya dari Jaja. Jadi fikir positif.

Bila tiba di kaunter, staf di kaunter agak pelik bila tengok Jaja. Jaja pegang Zafeera masa tu. Zafeera biasa la, excited jumpa orang, melonjak-lonjak,sengih-sengih. Gembira sebab ramai kawan.Staf kat situ tiba-tiba tanya, "siapa yang nak buat terapi ni?". Jaja jawab, "Bukan saya cik, ni si kecik ni."Jaja gelak-gelak je. Berkerut dahi staf tu. "Kenapa dengan si kecik ni? OK je tengok. Sihat aktif je..". Jaja gelak dengar staf tu cakap. "Tak tau la cik, doktor risau sebab dia macam tak confident nak duduk, dah 10 bulan umur. Lambat sikit ni, manja." Jaja jawab camtu jela. Pastu staf tu pun buat muka macam tak boleh terima sebab dia sendiri tengok cara Zafeera melonjak-lonjak, boleh berdiri tegak kalau pegang tangan. 

Ada seorang ibu kat situ yang hantar anak pegi fisio, dia pun cakap, mungkin Zafeera nak berjalan terus agaknya..takpa katanya, Insyaallah, takde apa2..Semoga doa kalian akan terus menguatkan semangat kami dua beranak untuk terus kejar impian kami. Insyaallah.

Khadijah binti Maskam
Pengurus Online
Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR)
Tel : 017-3441486 (sms/WhatsApp)
Email : khadijahmaskam@gmail.com

No comments:

Post a Comment