Tuesday 24 February 2015

PERGANTUNGAN SEPENUHNYA DENGAN ALLAH


Bismillahirrahmanirrahim.
Selamat kembali bekerja buat semua sahabat. Sentiasa niatkan dalam hati bahawa pekerjaan kita adalah salah satu ibadah, selagi ianya halal dan semoga kita semua di bawah lindunganNya dan sentiasa dilimpahi rezeki yang tidak putus-putus, Insyaallah.

Ada sedikit perkongsian buat sahabat-sahabat. Wahai sahabat, andai kalian diuji, maka bergembiralah kalian dan ketahuilah kalian bahawa Allah sangat menyayangi kalian dan oleh itu kita diuji agar sentiasa ingat padaNYa kerana lumrah seorang manusia kadang-kadang lalai dan leka. Oleh itu, Allah uji sedikit mereka agar mereka sentiasa kembali merintih dan meminta padaNya kerana sesungguhNya Allah suka bila kita meminta dariNya.

Jadi, jangan pernah kesal dan terus berdukacita. Teruskan perjuangan hidup untuk saham akhirat kelak. Jatuh bangun adalah adat dan lumrah hidup. Cekalkan hati dan kuatkan iman agar terus diberi kekuatan untuk mencari redha Allah.

Tak perlu kita bersusah payah untuk puaskan hati semua orang, kerana kita tidak akan mampu untuk berbuat demikian. Ianya adalah suatu yang sia-sia. Lebih baik kita berusaha untuk mendapat kasih dari Allah, kerana kita tahu bahawa suatu hari nanti, kita pasti akan kembali padaNya. Carilah redha Allah, itu jauh lebih baik.

Jangan pernah kecewa apabila anda tersisih oleh manusia, kerana bukan manusia yang mendatangkan rezeki dan nikmat, tapi Allah. Ingatlah, seberat mana ujian dan dugaan dari manusia sekeliling kita, kita takkan pernah keseorangan kerana kita masih punya Allah. Pergantungan sepenuhnya hanya dengan Allah.

Semoga terus bersemangat dan istiqamah dalam mencari redhaNya! Assalamualaikum. 

Khadijah binti Maskam
Pengurus Online
Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR)
Tel : 017-3441486 (sms/WhatsApp)
Email : khadijahmaskam@gmail.com

No comments:

Post a Comment