Monday 9 February 2015

6 AMALAN ORANG BIJAK PANDAI SEBELUM MEREKA MASUK TIDUR

Bismillahirrahmanirrahim.
Sedikit perkongsian untuk hari ini berkenaan amalan yang sering dilakukan oleh orang bijak pandai sebelum mereka masuk tidur.

Ihsan : Google

1. Membaca Untuk Sejam
Jutawan Microsoft Bill Gates adalah seorang yang cukup suka membaca tidak kira genre politik hingga ke isu dan keadaan semasa. 

Kajian menunjukkan yang membaca bukan sahaja mampu menambah ilmu pengetahuan seseorang malah mapu mengurangkan stress dan memperkuatkan lagi daya ingatan. Kajian dari Universiti Essex telah membongkar yang membaca untuk minima 6 minit dapat mengurangkan stress sebanyak 68%. Bayangkan kalau kita membaca untuk 1 jam. Boleh hilang segala stress. 

Selain dari itu, membaca sebelum tidur dapat memperbaiki kesihatan jangka panjang untuk otak. Setiap kali kita membaca, ia ibarat satu latihan untuk minda. Satu kajian telah dijalankan di Britain di mana ia menunjukkan orang yang merangsang minda mereka melalui aktiviti membaca, dapat mengurangkan penurunan kognitif secara purata sebanyak 32% apabila umur mereka semakin meningkat.

Kognitif bermaksud kebolehan seseorang untuk meneliti, membuat pengiraan, menyelesaikan masalah, membuat kesimpulan dalam kehidupan. Semakin meningkat usia seseorang, semakin menurun kemahiran kognitifnya. Sebab itu kebanyakan warga emas, mengalami ketidakupayaan untuk mengingat, mengenalpasti dan cenderung lupa walaupun untuk jangka masa yang pendek.


2. Bebaskan Diri Dari Gajet.
Selepas seharian berhempas pulas memeras otak dan keringat di tempat kerja dan rumah, tiba masa untuk kita menjauhkan diri dari gajet. Gajet merangkumi televisyen, radio dan yang paling penting adalah telefon. Pastikan sebelum tidur, letakkan gajet terutama telefon jauh dari katil. 

Satu kajian telah dibuat oleh Dr. Charles Czeisler di Universiti Harvard yang mana menunjukkan cahaya cerah dari telefon mengganggu rutin tidur kita dan sebenarnya ia telah "menipu" badan kita supaya kita fikir ianya adalah hari siang. Sebab itu kita susah mahu melelapkan mata. Cahaya tersebut menghatar signal kepada otak kita yang menghalang sejenis bahan kimia untuk dihasilkan oleh badan, dan mengakibatkan mata kita susah untuk tidur. 

Jadi jika anda mahukan waktu tidur yang baik dan efisyen, jauhkan diri dari telefon dan sebarang gajet.


3. Berjalan Kaki
Sebelum tidur, gunakan sedikit masa untuk keluar berjalan kaki menghirup udara segar di kawasan kejiranan, hilangkan segala stress sepanjang hari, longgarkan segala yang tegang dan  lupakan segala yang mengganggu fikiran.

Satu kajian di Stanford menunjukkan berjalan dapat meningkatkan kreativiti. Ini kerana, pada waktu tersebut, minda dan fikiran kita tidak sama seperti semasa kita bekerja. Semasa kita bekerja, otak dan fikiran kita sedang bekerja bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah, mengejar "dateline" dan sebagainya. Semasa kita berjalan dalam keadaan tenang, otak dan fikiran kerja dalam keadaan tenang dan dalam keadaan ini pelbagai idea boleh datang.

Sebab itulah, apabila kita terlampau stress dan tertekan, kita seringkali dinasihatkan untuk bertenang dan kadang-kadang bos kita sendiri akan menasihati kita untuk mengambil cuti sehari atau dua untuk menenangkan fikiran. Supaya kita dapat berfikir dengan baik dan membuat keputusan pun dalam keadaan baik.

Tetapi harus diingatkan, ciri-ciri keselamatan harus diambil kira ketika aktiviti berjalan ni. Jangan berjalan di kawasan yang gelap, sunyi dan jauh dari orang ramai. Bimbang berlaku jenayah yang tidak diingini. Patutnya dapat menyelesaikan masalah, tetapi mendatangkan masalah pula.


4. Bermeditasi
Meditasi megikut kefahaman Jaja adalah apabila kita duduk dalam satu keadaan di tempat yang tenang, kosongkan fikiran dan minda dan yang wujud hanya kita dan Allah sahaja.

Idea meditasi ini berbeza mengikut fahaman dan agama. Bagi agama selain Islam, mereka bermeditasi dengan cara mereka dan bagi yang beragama Islam, mengikut pandangan peribadi Jaja adalah tidak lain dan tidak bukan dengan mendekat diri dengan Allah. Kita diajar untuk meminta dan bergantung hanya pada Allah. Lakukanlah solat sunat seperti taubat dan hajat sebelum tidur. Mana tahu, mungkin itu solat terakhir kita dan mungkin itu suhud terakhir kita.

Semoga kita sentiasa dimatikan dalam keadaan Islam dan beriman.


5. Jadi Kreatif
Vera Wang, seorang pereka fesyen terkenal dunia menyatakan setiap malam sebelum dia tidur telah menjadi rutin untuk dia mencari idea untuk rekaannya. Kesunyian malam menjadikan ia adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan idea dan menjadi seorang yang kreatif.

Ini kerana kajian menunjukkan pada waktu malam dan sebelum kita tidur, tahap dan level stress adalah sangat rendah dan ini membolehkan idea datang mencurah-curah. Jadi, cuba untuk jadi kreatif sebelum anda tidur supaya anda boleh rancang dan selesaikan masalah untuk hari esok.


6. Rancang Hari Esok Anda
Sebagai seorang muslim, tidur itu adalah mati, ya..mati sementara. Andai kita masih diberi peluang untuk bernafas esok, rancanglah hari esok supaya apabila kita bangun tidur nanti, kita sudah punya target dan matlamat untuk dikejar.

Ini lebih baik daripada kita bangun, dengan air liur basi, dan bila sampai pejabat, barulah kita nak tanya diri sendiri "Apa aku nak buat arini ye?". Dah pukul 8 pagi baru nak tanya nak buat apa. Haha..mula lah nak garu sana, garu sini. Hari itu akan jadi tidak produktif lagi. 

Orang yang berjaya adalah orang yang sudah merancang hari ini sebelum dia masuk tidur. ini memang berkait rapat dengan pengurusan masa seseorang. Orang yangmempunyai pengurusan masa yang baik adalah lebih cenderung untuk lebih berjaya dari orang yang tidak mempunyai pengurusan masa yang baik. 

Jadi, untuk lebih berjaya, susun dan atur masa dan kehidupan anda sebaiknya.

"Plan your life like you will live forever, and live your life like you will die the next day."

Khadijah binti Maskam
Pengurus Online
Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR)
Tel : 017-3441486 (sms/WhatsApp)
Email : khadijahmaskam@gmail.com



No comments:

Post a Comment