Tuesday 10 February 2015

AMALAN YANG BAIK DI AWAL PAGI

Bismillahirrahmanirrahim.
Sebelum ini, Jaja ada kongsikan amalan sebelum tidur orang-orang yang berjaya di dunia. Hari ni Jaja kongsikan pula apa yang kebanyakan orang yang berjaya lakukan di pagi hari. Tak salah meniru dan mencontohi perkara yang baik bukan?

1. Bangun Awal
Tolong set jam loceng anda seawal 5.00 pagi. Hehe, Kak Long Jaja seorang guru merangkap warden di Sekolah Menengah Agama Al-Ulum Addinian, Dong Raub. Di asrama pelajar mereka ada siren. Kak Long Jaja iaitu Cikgu Zuraihah dengan "slumber" telah meng"set"kan siren untuk bangun pagi pada seawal 4.30 pagi. 

Hihi, bunyinya kejam bukan? Tapi manfaatnya Allah sahaja yang tahu. Berpagi-pagian sesungguhnya banyak mendatangkan manfaat. Kebanyakan orang yang berjaya bangun seawal pagi dengan harapan agar mereka mempunyai lebih masa untuk menyiapkan segala tugasan mereka. Bukan itu sahaja, dengan bangun awal, mereka tidak akan lewat untuk ke temujanji atau interview atau apa sahaja acara untuk hari tersebut. Dengan erti kata lain, mereka punya banyak masa untuk pengurusan diri.

2. Meditasi/Solat
Lagi sekali pendekatan dan penghayatan bersama Allah. Amalan bersolat amat penting dalam memulakan hari dan pengakhiran hari. Sebelum tidur ingat Allah, bangun tidur juga ingat Allah. Nanti, ada yang kata. "Ala, Subuh masuk waktu pukul 6.05 pagi sekarang, kenapa mesti nak bangun awal sangat?" Ambil masa untuk solat sunat, berzikir, dan membaca Al-Quran sebelum masuk waktu Subuh. Sesungguhnya ianya adalah makanan rohani supaya kita bersedia dan berjaya menempuh hari yang penuh mencabar.

Mula dengan seawal 5 minit, kemudian esok tambah lagi 5 minit dan seterusnya. Gunakan waktu hening pagi untuk kita fokus, minta dari Allah, lapangkan dada, bersihkan hati dan permudahkan segala urusan dunia dan akhirat pada hari tersebut. Insyaallah, kita pasti akan berasa lebih bersemangat untuk menempuh hari yang mencabar itu.

3. Cari Inspirasi & Motivasi Untuk Diri 
Cuba cari sumber inspirasi yang dapat menaikkan semangat kita seawal pagi. Sekarang tidak sukar untuk mencari sumber inspirasi, zaman canggih dan moden. Buka sahaja televisyen, bersepah rancangan motivasi yang disiarkan. 

Buka radio IKIM, banyak motivasi yang dikongsikan. Buka Youtube, pasti banyak ceramah yang berguna. Baca buku-buku yang berunsur motivasi dan apa sahaja yang boleh mendatangkan unsur dan aura positif pada kita seawal pagi supaya rohani kita terisi dengan perkara positif dan terinspirasi untuk lebih berjaya.

4. Sarapan
Ianya adalah sangat penting untuk kita mengambil sarapan pagi dengan makanan berkhasiat. Ada yang berpendapat salad buah-buahan dan "muesli" (sejenis campuran rolled oats, buah-buahan, kekacang, bijirin dan susu) adalah sarapan yang paling berkhasiat. Tetapi Nabi Muhammad tidak menggalakkan pengambilan buah dan susu. Jadi mungkin boleh kecualikan buah-buahan dari Muesli.

Makanan yang berkhasiat semasa sarapan dapat membekalkan tenaga dan mempersiapkan badan dan minda kita untuk hari tersebut.

5. Aktifkan Diri
Kepentingan untuk jadi aktif iaitu bersenam di awal pagi adalah bertujuan agar kita mendapat oksigen yang cukup untuk badan dan yang penting OTAK. Ya..otak...(macam filem Zombi Kampung Pisang pulak). Otak yang kekurangan oksigen tidak dapat berfungsi secara optimum dan mengakibatkan mengantuk, lesu dan yang paling sadis, murung, hihihi.

"Saya bukan ahli gym". Tidak perlu ke gym untuk bersenam. Cukup buat lompat bintang 10 kali, guna tangga untuk ke tempat kerja, elakkan escalator, itu juga dikira bersenam. Jadi tiada alasan lagi untuk bersenam di awal pagi.

6. Berkomunikasi dengan Pasukan Anda secara "Face-to-Face"
Steve Job, jutawan Apple selalu mengadakan mesyuarat pada Hari Isnin dengan staff beliau. Beliau percaya bahawa di zaman digital ini, adalah sangat penting untuk kita berjumpa dan bersemuka dengan ahli pasukan kita, walaupun kita tahu yang kita boleh berhubung dengan mereka melalui atas talian sahaja. 

Sumber : Lifehacks.com



Khadijah binti Maskam
Pengurus Online
Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR)
Tel : 017-3441486 (sms/WhatsApp)
Email : khadijahmaskam@gmail.com

 
  

No comments:

Post a Comment