Friday 13 February 2015

AKTIVITI-AKTIVITI YANG LEBIH PRODUKTIF DARIPADA MENONTON TV


Kita semua tahu kebaikan TV dalam kehidupan kita. TV akan membantu kita supaya tidak ketinggalan zaman dan mengelakkan kita dari kena kutuk dengan kawan-kawan "Wei, ko ni duk dalam gua eh? Apsal ko tak tau pasal ni ha?"..hehe. Itu contoh ayat sarcastic kawan-kawan yang kejam dan tak berhati perut. Tapi bukan nak cakap apa, akhir-akhir ni, kalau korang perasan la, TV ni banyak merapu je, lagi-lagi TV "tuttt...". Asyik-asyik berita liwat. Tak cukup liwat I, ada pulak liwat II. Ish3..wartawan takdak informasi gred A lain ka? Apa isu liwat "high profile" ni bawak untung kat rakyat ka? Sudah-sudah la bukak aib orang aih..nanti Allah bukak hangpa punya aib kat Mahsyar nanti, hangpa buleh tutup dgn daun kangkung ka? Dah la daun kangkung kuruih-kuruih belaka..(gurau ja). Belum campur dengan rancangan realiti tv korea yang penuh keplastikan tuh. Meluat..

Jadi, oleh sebab TV sekarang dah jadi satu medium yang banyak buang masa daripada mendatangkan faedah, mari kita bentangkan beberapa aktiviti yang jauh lagi produktif dari menonton tv. Haha, marah tokey kedai perabot & elektrik kat hujung simpang nun, tak laku TV dia. Takde sapa nak langgan ASTRO dah. Menipu ja duk ulang cerita sama. Bila hujan terus biru, apa pun tak boleh. Satgi depa dok report aku ni bawah Akta Hasutan 1001 kang, naya.


1. Baca Bahan Bacaan Ilmiah
Baca la sumber bacaan yang korang minat. Baca buku-buku ilmiah dunia dan akhirat yang dapat menambah ilmu pengetahuan korang. Surat khabar pon banyak cerita politik, ada jugak isu liwat I, liwat II, owang muda sihat walafiat diliwat dek owang tua sakit belakang (tak masuk akal langsung), sama macam kat TV cuma bezanya surat khabar ni kurang sikit lekanya berbanding TV. Tak tau la..ini pendapat aku..korang plak aku tak tau la kan.

Tapi kan, surat khabar pon banyak merapu, sama an TV. Jadi, aku simpulkan tak payah beli surat khabar, membazir!! Haha, nak baca surat khabar, baca online ja. 


2. Telefon Kawan
Daripada tengok TV, baik telefon kawan. Tapi bagi aku, telefon kawan pon dah tak releven la sekarang. Daripada telefon sebab nak tanya khabar, baik guna whatsapp lagi senang. Haha, zaman sekarang ni, kita telefon orang bila kita tau orang tu tak guna whatsapp, tak pandai sms dengan erti kata lain pangkat nenek-nenek la. Tapi sekarang ramai nenek muda dan celik IT, pakai smartphone lagi, hihi.

Tapi kawan yang baik adalah yang sentiasa "update" dan ambil tahu pasal keadaan kawannya tapi bukan kaki sibuk ye. Ambil tahu dengan jaga tepi kain tu dua perkara berbeza, jadi tolong maklum. Jangan sampai jadi penyemak dalam hidup kawan, hehe.


3. Susun Atur Semula Dalaman Rumah
Haha, Feng Shui mari...Daripada nak elak korang daripada melekap kat TV, baik korang susun atur semula susunan dalaman rumah korang. "Besar tu ruang, satu rumah!". Okla...kalau satu rumah besar, korang pegi la ubah susunan dalam bilik korang. Kalau bilik pon besar, pegi susun atur semula susunan dalam laci. Nak lagi kecik lagi? Pegi ubah susun atur dalam kotak mancis! Puas hati korang?

Kalau korang perasan la, bila kita ubah kedudukan satu-satu barang dalam rumah kan, kita akan ada satu perasaan, satu aura baru, macam semangat baru, entah lah, yang pasti kita macam seronok. Betul tak? Korang ada perasaan macam tu tak? Takde? Huh, kita bukan sekufu la tuh, ahaks!

Tapi aktiviti ni jauh lebih baik dari tengok TV, sekurangnya rumah nampak lagi bersih, ceria dan menarik. Ini tak, dok hadap TV tengok Running Man, masak tak, basuh baju tak, mandi tak, ape la nak jadi. Pastu, bila dah produktif macam tu, boleh la pecat orang gaji kat rumah korang. Bukan produktif je, malah menjimatkan, hikshikshiks.


4. Sertai Kelas
Nak masuk kelas apa Jaja? Eh, sekarang ada macam-macam kelas tau. Kelas yang paling glemer sekarang ni Kelas Offline Urus Akaun yang ABDR buat, haha. Ada banyak lagi ABDR punya kelas, online ada, offline ada, pilih je pakej yang berkenan. Boleh hubungi mana-mana barisan pengurus online yang ada, ngehngehngeh (sempat lagi iklan)

Masuk la kelas "baking" ke, untung-untung nanti boleh buka bakery house sendiri. Masuk kelas seni mempertahankan diri sebab sekarang ni banyak penjenayah kat Malaysia ni, bukan setakat mencuri, siap nak rogol, nak toreh muka bagai. Jadi ilmu mempertahankan diri tu penting. Dari korang tengok TV tu siang malam pagi petang, sampai tak sedar penyamun punggah barang kat belakang, kan naya tu. 

 

5. Mengajar
Banyak sekarang fenomena ayah-ayah kat rumah, malam-malam bila anak sibuk buat keje sekolah, dia tengok TV (tengok berita semasa kt TV"tutt" kisah pemuda berbibir merah angkat sumpah), tiba-tiba datang anak nak tanya soalan yang dia tak faham pasal kerja sekolah tu, pastu ayah dia cakap, "pergila tanya ibu..jangan kacau ayah nak tengok berita ni..". Haha, kau memang tak produktif la ayah. Sebab nak tengok berita tak bermanfaat tu, kau ketepikan anak yang gigih menimba ilmu tu. Padahal awak ijazah, PHD melangit. Bila anak tanya soalan, pi tolak kat orang rumah pulak. Rugi ja ada ayah macam awak. Sian kat orang rumah tu, penat memasak, mencuci, jaga anak, kepit sana kepit sini, malam suami balik kerja, tolak lagi tugas kat ibu, adoi.

Ada la baiknya, golongan ayah-ayah ni bantu tuk ajar anak, abang kakak ajar adik dan seterusnya. Dari hadap TV yang tunjuk berita tak berfaedah, cuba kongsi ilmu di dada tu dengan orang lain. Tiap orang kan ada kebolehan, jangan la rasa diri tu tak layak nak ajar orang lain pulak. Sharing is caring kan.


6. Berkebun
Dari ngadap TV tu, duk sokong Parti A, Parti B yang tak boleh bagi beras tuk kita masak hari-hari tu, baik kita pegi angkat cangkul, skop tanah, dan seangkatan dengannya, jom pi berkebun. Untuk korang yang duk umah flat, kondo atau dalam erti kata lain umah yang takdak tanah untuk berkebun, boleh pilih antara 5 aktiviti kat atas nun. Aktiviti nombor 6 ni dikecualikan tuk korang ye, hehehe. Jangan marah tau. Korang kalau nak berkebun pun, boleh..tapi guna teknik hydroponik la...tak pakai tanah punya..kan? Tapi tak banyak mana la buleh tanam sebab kawasan terhad kan? Hehe..

Nanti Mak Jemah jawab, "Mak Jemah sokong Parti A diorang bagi beras la". Mak Jemah memang gitu pemikiran sesudunya memang tak boleh nak disangkal. Mak Jemah oi...Parti A memang la ada bagi beras..tapi 5 tahun sekali yo..itupun yang 5kg punya pek, beras cap A plak tu, masak pagi ni, tengahari dah penuh air, basi...hmm...bukan tak bersyukur...tapi rakyat dah buat habis baik, tapi masih lagi rasa macam duk kat negara asing, dianak tirikan...yang kat atas nun kaya raya, tidur lena diulit mimpi..(apa melalut bab politik ni??)

Jadi kat sini dah nampak kan, banyak lagi aktiviti lain yang lebih produktif daripada mengadap TV. Sebenarnya menonton TV tu takda masalah, untuk menghilangkan stress lepas seharian berserabut kepala dengan kerja. Berita pun, bukan 100% cerita orang pasal pemuda berbibir merah tu, banyak lagi berita penting macam banjir, isu kenaikan harga barang, dan banyak lagi benda penting yang disampaikan melalui TV. Yang jadi masalah adalah yang kemaruk nak tengok realiti TV, drama Korea tak habis-habis, itu yang masalah. Jadi pandai-pandai la kita bezakan mana yang baik dan mana yang buruk, sekian.


Khadijah binti Maskam
Pengurus Online
Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR)
Tel : 017-3441486 (sms/WhatsApp)
Email : khadijahmaskam@gmail.com



1 comment: