Thursday 27 November 2014

MENJADI SEBAHAGIAN DARI WARGA ABDR

Bismillahirrahmanirrahim.
Syukur pada Allah kerana masih diberi kesempatan menulis. Alhamdulillah, masih dikurniakan kesihatan dan rezeki yang tidak pernah putus dan moga ia berkekalan hingga akhir. Hari ini rasa terpanggil untuk bercerita mengenai pengalaman dan perubahan setelah bergelar salah seorang warga Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR). 


Saya mula menyertai ABDR pada hujung September dengan Pakej Kelas Asas Blog, Fanpage & Dropship melalui Pn. Kasih Eliz dan ditemukan dengan Guru Online saya Pn. Anys Idayu serta Pn. Masayu selaku pengasas ABDR. Bertatih dari awal saat membuat blog, satu persatu ilmu yang diturunkan dan berkat bimbingan rakan-rakan seperjuangan serta sokongan ahli keluarga, kini saya mampu memiliki kedai online sendiri. Alhamdulillah dan terima kasih pada Allah kerana kita hanya merancang dan hanya Allah yang menentukan. Kini sudah hampir 2 bulan berada di dalam keluarga ABDR, pelbagai perubahan yang saya alami.

Setiap sesuatu impian bukan mudah untuk dicapai, kadangkala rasa putus asa memang datang, tapi berkat sokongan dan perkongsian semangat dari kawan-kawan saya bangun tiap kali rebah atau tersungkur. Dunia perniagaan ada pasang surutnya, tambahan pula saya masih baru dan hijau dalam bidang perniagaan online ini, disebabkan itu seringkali timbul rasa sedih dan kecewa tetapi orang disekeliling sentiasa mengingatkan agar sabar dan sentiasa bersangka baik dengan Allah, maka jadilah saya seorang insan yang terus tabah dan kuat semangat untuk menempuhi dugaan dan cabaran mendatang.



Sumber kekuatan utama adalah anak saya Zafeera. Tiap kali saya rasa buntu dan hilang harapan, saya akan ingat masa depan anak jika saya terus lemah dan mengaku kalah. Bagaimana si kecil itu mahu jadi seorang yang kuat jika ibunya sendiri tidak kuat. Bagaimana sang puteri itu mampu berjaya dengan cemerlang jika sang ibu awal-awal sudah mengaku kalah. Apa yang saya lakukan adalah, set di minda bahawa saya adalah role model untuk Zafeera, gagalnya saya maka gagal juga Zafeera. Dengan itu, saya akan terus terinspirasi untuk terus berjuang walau penuh halangan perlu ditempuh.


Pembaca diluar sana yang masih belum menyertai ABDR pasti merasakan rugi dengan yuran pendaftaran RM 200. Mungkin anggapan mereka sekadar belajar asas blog, mengendalikan Facebook, Fanpage, promosi produk dan lain-lain lagi adalah tidak berbaloi. Walhal mereka tidak tahu bahawa pengalaman dan ilmu yang dikongsi dikalangan keluarga ABDR banyak membantu bagi mereka yang berjiwa usahawan. Peluang-peluang bisnes dan pendapatan sampingan dan tidak lupa santapan-santapan rohani berdasarkan pengalaman sebenar ahli banyak mematangkan saya yang baru 2 bulan memasuki keluarga ABDR  ini.

Teringat kata-kata Pn. Kasih Eliz, perlu rajin dan jangan mudah patah semangat. Memang betul, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Rezeki tidak datang bergolek. Ada beberapa orang sahabat dan saudara mara bertanya adakah saya sudah berhenti kerja. Saya katakan tidak, belum sampai masanya lagi. Mereka fikir setelah saya bergelar Pengurus Online, secara automatik saya berhenti kerja. Tidak, di ABDR tidak semestinya kita berhenti kerja kerana konsep ABDR adalah fleksibel. Boleh sahaja secara sampingan, bila sudah betul-betul stabil baru jalankan sepenuh masa. Yang penting usaha.

Jadi, kepada sahabat-sahabat diluar sana yang masih tertanya-tanya apa yang Jaja buat sekarang dan mahu belajar bagaimana mahu jadi seperti saya, boleh terus menghubungi saya. Saya akan bawa kalian ke keluarga ABDR dan alami sendiri perubahannya, InsyaAllah. Sekian dulu dari saya, Assalamualaikum.

Khadijah binti Maskam
Pengurus Online
Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR)
Tel : 010-5398798 (sms/WhatsApp)
Email : khadijahmaskam@gmail.com
Kedai Online : KOLEKSI FESYEN JAJA

No comments:

Post a Comment