Tuesday 23 September 2014

AMALAN KITA SEHARIAN SEBAGAI HAMBA ALLAH

Ihsan dari Google.
Teks : Khadijah Maskam

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, dengan izin Allah s.w.t. kita masih diberi peluang untuk bernafas dan berjalan di atas bumi milikNya. Oleh itu, jangan pernah lupa dan lalai untuk mengucapkan syukur kepadaNya.

Amalan seharian kita juga merupakan salah satu cara untuk menunjukkan bagaimana kita sebagai hambaNya bersyukur atas nikmat-nikmat yang diberikanNya.


Segala amalan yang diniatkan Lillahi Taala, pasti akan diberikan ganjaran yang besar oleh Sang Pencipta. Terlalu banyak amalan yang boleh kita amalkan agar hidup kita sentiasa berada di landasan yang benar. Iman perlu sentiasa dibaja kerana ia ibarat sepohon pokok, tanpa baja ia mungkin merendang tapi tak berbuah.


Ihsan dari Google
Semoga kita sentiasa istiqamah dalam menjalankan tanggungjawab terhadap sang Khalik dalam menunaikan tanggungjawab samada Fardhu atau Sunat. Semoga kita tidak akan pernah berputus asa dalam mencari redha Allah. 

Mungkin kita yang dahulu adalah seteruk teruk manusia, tapi jangan pernah lupa bahawa setiap insan mempunyai sejarah silam. Allah Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang dan Maha Pengampun. Sebanyak mana pun dosa kita hatta sebanyak buih di lautan, yakinlah bahawa Allah sentiasa ada. Pulanglah ke pangkal jalan dan berusaha untuk mencari redhaNya.

Di samping ibadah-ibadah wajib, perbanyakkanlah istighfar, solat-solat sunat, majlis-majlis ilmu dan dekatkan diri dengan orang-orang soleh agar kita sentiasa berada di dalam lingkaran rahmatNya, InsyaAllah.

Saya cuma berkongsi pengalaman sendiri yang tidak seberapa dengan harapan ianya dijadikan sebagai pengajaran bukan sahaja untuk sahabat-sahabat tetapi untuk diri sendiri. Saya hanya seorang insan kerdil yang lemah yang sering tersungkur, tetapi dengan perkongsian begini dapat membangkitkan semula semangat saya untuk meneruskan kehidupan ini. Sekian.

No comments:

Post a Comment