Thursday 8 January 2015

ENTRI PEMBUKA 2015

Bismillahhirrahmanirrahim.
Assalamualaikum semua. Hari ni Jaja pergi kerja awal. Berbeza dengan hari sebelum, hari ni segar dan bersedia. Sebab apa? Sebab semalam balik kerja awal, tepat pukul 6.00pm terus buat finger print untuk check out. Kalau hari-hari dapat balik awal macam semalam, alangkah indahnya kan.

2015 memang mencabar, dengan macam-macam requirement baru dari pihak atasan. Fuh, tapi diri ini masih berdiri di sini, saban hari berjuang luaran dan dalaman demi mencari secebis rezeki demi sebuah keluarga. Hari-hari buat muka steady, kadang-kadang keluar juga muka cencorot, tapi cepat-cepat neutralkan kembali supaya tidak terbawa-bawa, hihi.

Minggu depan bermulalah sesi persekolahan bagi sesi 2015/2016, setelah tertangguh seminggu dek kerana fenomena banjir di kebanyakan negeri-negeri di Malaysia. Ini bermakna pakcu dan uncle Adam sudah mula bersekolah minggu depan. Semoga kalian terus berusaha untuk menjadi insan berguna kelak. Terima kasih kerana sentiasa berdiri di belakang Alang dan Zafeera selama ini dan tidak putus-putus memberi sokongan.

Mak Etty sudah mula cuti semester. Patah tumbuh hilang berganti kata orang. Zafeera tak pernah sunyi, pakcu balik asrama, ada pula Mak Etty jadi peneman. Mummy? Mummy macam ini sahaja, ulang alik setiap minggu Pelangai-Nilai. Mummy akan cuba bertahan selagi mampu. InsyaAllah.

Kehidupan makin sibuk, tetapi Allah beri ketenangan hati. Apa jua masalahnya, kembali semula pada Sang Pencipta. Harapan untuk berhijrah ke kampung masih membara. Moga Allah buka peluang rezeki di sana tidak lama lagi.

Ada sinar mentari pagi ini. Semalam hujan lebat. Semoga Allah beri kekuatan dan ketabahan buat semua mangsa banjir di seluruh negara. Hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan mereka. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi mereka sebab itu mereka diduga sebegini hebat. Andai aku ditempat mereka, belum tentu aku mampu mengharungi hari-hari itu. Sesungguhnya Allah menguji seseorang itu mengikut kemampuan mereka. 

Mungkin Allah mahu beri sesuatu yang jauh lebih indah. InsyaAllah. Azam 2015?  Rahsia...hihi. Assalamualaikum.. 

No comments:

Post a Comment