Monday 26 January 2015

SAAT MENANGGUNG KIFARAH

Bismillahirrahmanirrahim.

Untuk tahun 2015, masuk entri yang ini, baru ada dua entri. Kali terakhir pos entri adalah pada 7 Januari 2015. Fuh, lama betul cari ilham. Marah cikgu Anys. Sepatutnya perlu "update" setiap hari, namun apakan daya, tuntutan kerja, kesihatan dan masalah masa serta peribadi yang memberi 10 juta cabaran untuk saya "update". Haha, kadang-kadang terdetik juga di hati, itu cuma alasan, tapi kita perlu terima bahawa kita cuma insan biasa yang tidak boleh lari dari buat silap.

Bercakap mengenai insan biasa, diri sendiri sebagai contoh (sebab kita lagi kenal diri kita sendiri lebih dari orang lain), kita tidak mampu lari dari dugaan dan cabaran yang melanda hidup ini. Dugaan dan cabaran ini menjadikan kita lebih matang dalam hidup kerana pasti ada sesuatu atau hikmah disebaliknya. Bergantung pada bagaimana kita tanganinya.

Dalam menempuh dugaan dan cabaran, kita pasti kadang kala rasa ibarat tersungkur, jatuh, terduduk dan kotor diselaputi debu dan lecak di sepanjang perjalanan. Keputusan di tangan kita sama ada untuk terus duduk dan tersungkur di situ, diselaputi kotoran atau untuk bangun dan bangkit kembali, berjalan dan berusaha untuk mencuci pakaian dan diri kita yang kotor itu untuk kembali bersih. "Regardless of what brand of detergent will you use for to remove the stain, as long as the result is CLEAN".

Tidak kira apa jua yang berlaku, hidup perlu diteruskan. Dugaan dan cabaran sentiasa datang, silih berganti. Kata Along beberapa hari yang lepas, "..sabar..memang tengah kifarah ni dugaan besar..Allah akan ganti dengan yang lebih baik..yakinlah..sekarang ni kuat semangat dan serah pada Allah".

Kadang rasa memang berat, rasa sendirian menempuh onak dan duri, tapi cepat-cepat fikir, Allah ada. Aku tidak pernah sendirian, cuma kita sebagai manusia biasa ni selalu ingat Allah di saat akhir..tidak pernah meletakkan Allah di tangga teratas, "Above All Things"

Walau apa pun, jangan pernah putus asa untuk bertaubat pada Allah, kembali pada jalan yang diredhaiNya. Jangan pernah putus asa, sesungguhnya kita hanya seorang insan yang lemah. Allah Maha Tahu. InsyaAllah.

Khadijah binti Maskam
Pengurus Online
Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR)
Tel : 010-5398798 (sms/WhatsApp)
Email : khadijahmaskam@gmail.com

No comments:

Post a Comment