Wednesday 28 January 2015

AKU YANG TERLALU BANYAK BERFIKIR

Bismillahirrahmanirrahim.


Hari ni memang sibuk, sebab semalam Jaja MC. Sakit belakang, senggugut dan berjuta lagi masalah. Amboi, kronik betul kan? Apa pun jua, hidup perlu diteruskan. Saban hari, kita ni duduk la bertungkus lumus membanting tulang mencari rezeki halal untuk keluarga, untuk diri sendiri, tapi ada juga lagi yang menyimpan prejudis dan bersangka negatif pada diri ini.

Bila tuan badan dapat tahu, Allah je yang tahu betapa kecewanya hati ini. Luruh segala kekuatan dan semangat bila orang rupa-rupanya tak percaya pada kita. Yang paling terkilan, senyap-senyap buat sesuatu di belakang kita, lepas tu tarik muka pulak dengan kita. Yang tuan punya badan ni terpinga-pinga fikir apa yang aku dah silap buat? Aku salah cakap ke? 

Paling tak adil bila semua kesalahan atas bahu kita. Kita yang jadi punca. Kita yang tak serik-serik. APA NI? Kemudian tuan punya badan mula lah bercakap dalam hati, fikir, termenung jauh-jauh mengalahkan orang jatuh cinta mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang. Akhirnya jatuh sakit....

Apa yang Jaja tulis ni berdasarkan pengalaman diri sendiri. Makcik, pakcik, atok, nenek, kakak, abang, adik-adik...dengar sini. Dalam kehidupan seharian, kita tiada hak untuk tentukan kehidupan orang lain. Jangan buat sesuatu yang melibatkan orang lain tanpa berbincang dengan orang tersebut. Kalau anda enggan berbincang dengan orang tersebut, tolong jangan tunjuk reaksi negatif pada orang itu. Dalam keadaan si fulan ni tak tau apa duduk cerita sebenar..tiba-tiba orang macam melarikan diri dari dia. Kalau anda di tempat si fulan, anda pasti benci dengan situasi itu.

Kat sini nak tekankan kaedah berbincang dan berterus terang. Jangan suka amalkan sikap renung dan buat andaian membabi buta. Setiap orang berhak untuk bahagia, jangan kita jadi penghalang untuk kebahagiaan orang. Memang kita mahukan yang terbaik untuk anak-anak, keluarga..tapi jangan sampai cara kita tu melampau. 

Apa-apa tolong bawa bebrbincang. Duduk depan-depan, mesyuarat sekejap, cakap perkara sebenar. Ini tidak, buat sorok-sorok, lepas tu dapat maklumat tak betul, tak sohih, terus nak hukum, tanpa dengar cerita dari tuan punya badan. Tuan punya badan ni bila tau dari mulut orang lain, memangla hangin. Apa yang dia tak buat, orang cakap buat. Kecewanya lah dia.

Kita perlu terima qada' dan qadar Allah. Apa yang lepas adalah lepas. Tak perlu hidup dalam dendam yang tak beri apa manfaat pada diri kita. Buka buku baru, maafkan semua orang dan apa yang kita silap sebelum itu jadikan sempadan. Itu yang Jaja cuba buat. Tapi orang sekeliling masih ada yang tak faham, dan bila mereka tak faham sebenarnya mereka menyukarkan proses Jaja untuk bangkit semula. 

Kita tak boleh nak ubah orang, dalam erti kata lain, kita hanya perlu bersabar lebih dari biasa dan perlu pandai dan belajar ilmu tutup mata dan tutup telinga. Senyum lah selagi boleh. Yakin yang Allah itu ada. Pergantungan hanya dengan Allah.

Jaja tak tahu apa yang Jaja tulis ni berbentuk positif atau negatif. Tak tau kalau ia memberi panduan atau inspirasi pada orang lain. Cuma sekadar luahan perasaan. Jaja duduk seorang kat  bumi Nilai ni, jauh dari keluarga. Yang ada cuma rakan serumah dan sekerja. Bukan semua orang faham kalau bercerita dan bukan semua orang kita boleh cerita. Kadang kita fikir, tak perlu nak bebankan orang lain dengan cerita kita yang menyesakkan.

Mengadulah dengan Allah. Tulislah kat mana-mana. Asalkan jangan simpan dalam hati sebab kelak merana diri. Haha, macam ayat Awie!! Kelakar pulak. Akhir-akhir ni Jaja selalu cakap dengan diri sendiri, mungkin Allah duga dan uji Jaja macam ni, supaya suatu hari nanti Jaja tak buat kat anak dan adik-adik macam ni. Allah nak jadikan Jaja Mummy dan kakak yang terbaik untuk Zafeera dan adik-adik.

Sentiasa fikir positif. Jangan jadi macam kes Zamani Slam, ambil Morphine kemudian salahkan Dato' Siti, haha. Zamani tak cakap macam tu, tapi kawan-kawan pulak yang bagi kenyataan macam tu. Yang lepas adalah lepas. Itu salah satu contoh. Orang sekeliling tolong jangan bagi keruhkan lagi keadaan. Fikir bagaimana untuk bantu, bukan bagi beban lagi pada mangsa. Haha...

Berhenti salahkan orang lain, berhenti salahkan diri sendiri juga. Fokus fikir untuk hari esok. Jangan terlalu melihat kebelakang, sebab nanti kita tidak kemana. Jangan sampai tak tengok belakang langsung sebab pengalaman sebelum tu yang banyak bagi pengajaran dan mematangkan kita. Sabarlah kerana Allah Maha Tahu.  

Khadijah binti Maskam
Pengurus Online
Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR)
Tel : 017-3441486 (sms/WhatsApp)
Email : khadijahmaskam@gmail.com

No comments:

Post a Comment