Wednesday 28 January 2015

BERCERAI HIDUP VS. BERCERAI MATI

Bismillahirrahmanirrahim

Sila tengok tajuk. Ada dua jenis perpisahan bagi orang yang sudah berumah tangga ni. Satu bercerai hidup dan lagi satu bercerai mati. Bercerai hidup macam yang kita tahu, jodoh tak panjang, tiada keserasian, tiada persefahaman, maka berpisahlah dua insan tatkala keduanya masih bernyawa. Bercerai mati pula bila salah seorang hayatnya berakhir dahulu, dijemput menghadap ilahi.

Secara sekali lalu, kita nampak tiada beza antara dua perpisahan tu, namun bagi yang mengalami pasti akan kata ADA BEZA. Haha.."capital letter" semua huruf tu. Cara nak bagi penekanan, haha.. Sebab apa, ada orang cakap "Den paham perasaan kau tu..den ni pon bercerai jugak, lagi la bercerai mati..".

BERCERAI HIDUP
Ha..kak nak bagitau sikit la ni..kadang-kadang bercerai mati lebih senang daripada bercerai hidup. Sebab apa ye adik-adik? Bila bercerai hidup ni, halangannya bila kedua pihak masih menyimpan dendam. Jangan pernah kau buat begitu ye adik-adik. Apa yang berlaku ada hikmahnya. Segala yang terjadi Allah dah tentukan. Jangan kau nak salahkan sesiapa. Tiada siapa dalam dunia ni pasang niat nikah hari ni, "ok, esok aku nak cerai" ataupun "ok la, dapat anak sorang aku mintak cerai". Kau dah gila? Teruskan hidup dan pasang niat dalam hati untuk jadi insan yang lebih baik, demi diri sendiri dan anak-anak.

Yang lebih penting, ahli keluarga dan orang sekeliling tolong jangan masuk campur bagi arahan macam-macam. Tolong nasihat boleh, tolong masuk campur lebih-lebih memang tak boleh. Sebab apa? Sebab ini akan mengganggu proses untuk mangsa penceraian untuk bina hidup baru. Kita sebagai ahli keluarga atau teman rapat adalah penting untuk kita bagi bantuan sokongan dari segi moral, kewangan tapi bukan buat keputusan.

Nasihat adalah berbeza dengan kata dua. Jangan pernah bagi kata dua pada mangsa sebab tindakan awak tu akan buat mangsa ni lagi tersepit nak buat keputusan. Kita kena faham, bukan mudah untuk bangkit semula bila dah tersungkur. Banyak yang kita kena "regain" dan "heal", jadi tolong bagi masa pada mangsa.

Sangat faham bila ahli keluarga kata "kami cuma nak yang TERBAIK untuk dia, sebab tu kami buat macam ni...". Janganlah Mak Jah oi..tindakan awak tu akan musnahkan anak awak lebih lagi. Banyak cara untuk buat yang terbaik untuk mangsa. Pertama yang paling afdhal adalah DOA. Doa seorang ibu memang mustajab, tolong panjatkan doa untuk anak Mak Jah.   " Ya Allah, jadikan anakku orang yang kuat dan tabah dalam menempuh dugaan dan ujianMu Ya Allah. Usahlah kau uji dia dengan ujian yang tidak mampu ditanggungnya dan Kau tunjuki dia jalan yang terbaik untuk dirinya dan anaknya. Kau kurniakan dia sinar baru dan kurniakan dia kebahagiaan dunia dan akhirat. Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk dirinya dan anaknya." 

Itu sebagai contoh. Jangan lah suka nak keluar ayat "Ha, kau bagi dia amek anak kau? Jangan bagi lama-lama!! Dia bukan pandai jaga anak. Dulu taknak bertanggungjawab, sekarang nak terhegeh-hegeh!!" Ha, cukup dekat da contoh ayat tu. Kalau ada yang perasan, mau aku kena saman nanti, haha (belagak cool aku ni ha). Bila keluar ayat camtu, si mangsa ni dah cuba sehabis baik untuk redha, terima qada' dan qadar, hakikat yang anak itu milik ibu dan ayah dia walaupun keduanya dah berpisah, tapi bila dengar ayat Mak Jah tadi, dia akan jadi ragu-ragu dan sangsi, daripada dia redha terus jadi tak redha dan yang paling penting sangat susah untuk dia buka buku baru.

Selanjutnya, anak mangsa tadi akan jadi mangsa nombor 2, tak dapat kasih sayang dari sang ayah/ibu. Satu hari bila anak tu besar, dah boleh bercakap, lagi susah nak terangkan. Sekurang-kurangnya walaupun dia dapat jumpa ayah/ibu sekali sekala, kita masih boleh terangkan yang ini ketentuan Allah, Dia yang menentukan segalanya. Hubungan dengan ayah/ibu masih tak terhalang walaupun ayah dan ibu berpisah bawa haluan masing-masing. Kalau kita halang langsung, nanti nak jawab apa bila anak tanya ibu/ayah dia? Nak jawab dah mati ke? Ayah/Ibu dia ada ha tecongok hidup lagi. Nak menipu? Tak semudah itu. 

Itu masalah orang bercerai hidup ni. Bila ada pihak yang tak redha, memang masalah besar. Memang tak dinafikan kita trauma dengan apa yang jadi semalam. Parut luka tu akan terpahat dalam jiwa sampai bila-bila. Tapi pihak ketiga jangan dok suka nak gi hiris-hiris limau dan perah kat parut tu, memang la susah nak sembuh. Faham tak Mak Jah? Adik-adik? 

Kalau nampak mangsa macam lemah, kurang moral ataupun meroyan, tolong bantu dia dapatkan semula semangat dia. Itu perlu, tapi kalau nampak dia dah gembira, nampak usaha untuk hidup, jangan kau nak tambah derita dia. Tolong ya.

BERCERAI MATI
Bercerai mati ni takde melibatkan orang ketiga. Apa yang akak nampak, masalah orang bercerai mati ni orang asyik suruh dia kawen baru je. Hahaha...gurau je. Orang bercerai hidup pon sama, orang sekeliling akan cakap carilah pengganti. Suka-suka mak pak dia je. "Orang nak mengenang bahagia hidup an arwah, dio sibuk nak suh cari pengganti lak. Takdo sapo buley ganti arwah, arwah la yang pes n last..",hikhikhik.

Tapi orang bercerai mati takde masalah berebut anak. Dah tentu anak hak dia sorang. Korang tengok la Jimmy Shanley, Awie, Rita Rudaini. Berapa lama diorang duk turun naik mahkamah rebut anak, tuntut nafkah anak, oi pening la. Korang jangan ingat suka-suka naik turun mahkamah tu. Berapa banyak duit habis tu. Beribu korang tau tak. Baik simpan duit tuk masa depan anak-anak.

Bercerai mati ni asasnya lebih kepada cara untuk meneruskan hidup sebagai penjaga tunggal anak-anak. Susahnya bila penjaga tunggal tiada pendapatan, anak-anak pula masih belajar, insyaAllah ada jalan. Tapi bagi ibu tunggal yang dapat pencen suami dan memang sedia ada pendapatan iaitu memang dia bekerja, tiada masalah pun sebenarnya. Cuma cabaran membesar dan mendidik anak seorang diri, itu jela.

Cuba fikir orang yang bercerai hidup tu. Mana nak jaga hati semua orang, ,mana nak cari nafkah untuk diri sendiri, untuk anak. Baru nak jaga hubungan baik dengan bekas suami supaya urusan giliran jaga anak mudah, ada pulak pihak ketiga duk api-api ataupun duk fikir prejudis baik-baik dengan bekas menantu sebab nak rujuk balik. Tolonglah Mak Jah....tolonglah...penat tau. Memaafkan itu tidak semestinya kita menerima kembali orang tu dalam hidup kita. Memaafkan di sini bermaksud untuk tidak menghalang urusan kasih sayang untuk anak-anak tidak terhalang dek rasa dendam kesumat mak ayah tu.

Tapi macam biasa la, bila berada dalam keadaan itu, mangsa ni terpaksa telan semua. Sabar..belajar untuk lebih sabar...dan lebih lebih lebih sabar lagi. Si mangsa terpaksa bersedia mental & fizikal tu dalam keadaan maksima. Dugaan dan cabaran tu memang lah besar. Kalau diingat dan difikir selalu sampai boleh terjun lombong kau. Ha...jangan memain. Tapi, kena sentiasa ingat, kita masih ada agama dan iman. Kembali semula pada yang Satu. Doalah, kerana sesungguhnya doa itu senjata orang mukmin.  

Setiap perpisahan itu ada dugaannya yang tersendiri. Kita yang tak mengalami ni jangan mudah nak menghakimi dan bagi ayat yang kita tak tahu mungkin boleh menjatuhkan semangat mangsa. Kalau tak mampu tolong, tolong diam. Itu lebih baik. Baik doakan mereka terus tabah dan diberi sinar baru. Jangan buat sesuatu yang melampau, kerana ia akan memburukkan keadaan. Niat kita memang baik, tapi tindakan melampau akan jejas segalanya. 

Khadijah binti Maskam
Pengurus Online
Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR)
Tel : 017-3441486 (sms/WhatsApp)
Email : khadijahmaskam@gmail.com

No comments:

Post a Comment