Tuesday 18 November 2014

KEJADIAN HARI INI

Bismillahirrahmanirrahim.
Lagi kurang lebih 20 minit sebelum pukul 6 petang. Macam-macam hal sepanjang Monday Blues hari ni. Hari ni selesai order semua barang yang melibatkan "fluctuate price". Hari ni juga terpaksa menaip sambil tangan terketar-ketar, kalah pengidap Parkinson dah (tak tau nape). Sebenarnya Jaja dah seminggu demam, batuk dan selesema. Pergh, azabnya hanya tuhan je yang tahu. Selesema dan batuk yang sakit hati tu. Pergi la korang jejauh...aku tak larat dah....

KEJADIAN DI KLINIK LEE
Sampai klinik terus daftar. Berikut perbualan antara Jaja dan adik nurse a.k.a amoi.

Amoi Comel : Nak jumpa doktor ya?
Jaja Cool : A'ah.
Amoi Comel : Ada lagi 17 orang waiting list puan.
Jaja Cool : Hai meh? Takpe, I tunggu.
Amoi Comel : Ermmm, tapi kita da nak close pukul 5.
Jaja Cool : (Jeling tengok jam, pukul 4.15pm) Buka semula pukul berapa?
Amoi Cool : Pukul 7pm sampai 9pm.
Jaja Cool : Ok, takpe. I datang semula lepas 7pm.
Amoi Cool : Ok

Klinik Lee, Taman Semarak adalah klinik panel terbaik yang Technomeiji ade, sampaikan bila aku pergi klinik panel lagi satu, ubat dia dah tak ada effect pada aku, sebab tu selesema dan batuk ni tak surut-surut. Nak juga jumpa Dr. Lee. Apela nasib. Klinik Lee ni pulak bukan macam klinik, dah macam kedai jual goreng pisang panas dan kadang-kadang pesakitnya terlampau ramai mengalahkan orang beratur panjang nak beli keropok lekor Bukit Tok Beng tuh, hohoho. Klinik panel lagi satu tu, da macam pekan mati pun ye jugak, sunyi je..seronok je doktor dia, takde patient. Hari-hari boleh fb, whatsapp 24 jam.

KEJADIAN DI MODISH BEAUTY NILAI
Sebab alang-alang dah keluar, terus singgah sini. Ambik barang customer. Ramai orang jugak. Arini memang hari "Orang Ramai Sedunia" agaknya. Daripada 4 kaunter, hanya 2 kaunter yang available. Ada sorang kakak ni, datang dengan anak perempuan dia, punya la lama place order...sampai dalam hati aku cakap "Tolonglah kak, ramai lagi orang queue kat belakang awak ni, tolong jangan tanya soalan yang merapu-rapu kat adik kaunter tu. Kesianla kat kami yang queue sampai ke pintu ni". Nah kau, dapatla dosa lagi Jaja. Sebab tu aku kalau boleh malas nak keluar sangat, sebab hati aku ni memang suka berkata-kata, hahaha. Dalam pada aku tengaH queue, tiba-tiba telinga aku menangkap perbualan 2 orang kanak-kanak, aku rasa budak perempuan (aku agak je, sebab aku tak pandang pun kat budak tu, cuma pasang telinga).

Budak A : Eh, awak. Beg ni comel kan?
Budak B : A'ah, comel lah. Kita suka.
Budak A : Kita pun suka, hihi.
Budak B : Eh awak, boleh tak kita cakap guna Bahasa Inggeris?
Budak A : Erm..ala...

Sampai tu je perbualan diorang, aku tak pasti sama ada diorang da keluar dari kedai ataupun salah sorang da tak berminat nak teruskan perbualan, hahaha. Bagus jugak Budak B tu. Ada usaha memperkasakan Bahasa Inggeris. Kalau aku jadi Budak A, mesti aku cakap, "Ala, poyo la kau nak cakap omputih sangat, ko tetap makan nasik putih gak hari-hari, tak makan spaghetti pon...". Adik-adik sila contohi adik B ye. Jangan ikut acik Jaja. Awie cakap "takde wawasan!!", ngahngahngah.

GERAI PISANG GORENG SHELL
Kenapa nama dia Gerai Goreng Pisang Shell? Aku yang bagi nama tu, bukan pemilik gerai tu. Senang je, sebab...lokasi dia kat depan pam minyak Shell. Betapa mabuk ubatnya aku, sampai tak boleh nak bagi soalan yang lagi mencabar kat korang, haha. Brader merangkap pengurus gerai tu sapa aku "Ye puan, nak beli apa?". Aku senyum malu-malu sikit sebab dia sampai bahasakan aku puan pulak, aku segan la. Aku terus cakap "Bagi pisang goreng sepuluh ringgit tapi bungkus asing tiga ringgit dan tujuh ringgit". Pastu brader tu suh anak dia bungkuskan. Aku dengar dia pesan kat anak dia, " Tujuh kali tiga, dua puluh satu. Bagi free 1 kat akak tu". Lepas tu aku cakap "Oh, bagusnya dapat free, Alhamdulillah...". Terus brader tu cakap dengan anak dia, "Takpe la, bagi terus dua puluh empat kat akak tu". Aku pun terus Alhamdulillah...dalam hati aku cakap, sebut Alhamdulillah rezeki dapat free 3 biji pisang goreng, kalau aku lengkapkan terus tahmid, takbir, tahlil, mau satu gerai goreng pisang tu brader tu bagi free. Moralnya, basahkan lah lidah dengan zikrullah, kita tak tahu rezeki kita di mana. Mudah-mudahan InsyaAllah.




No comments:

Post a Comment