Thursday 11 February 2016

YEAY! MUMMY SUDAH RESIGN

Bismillahirrahmanirrahim.

Yeay!! Mummy sudah resign. Macam tajuk ebook ABDR kan? Yea, saya sudah resign, dengan izin Allah, saya kini bergelar WAHM sepenuhnya. Tanggal 22 Januari 2016 menjadi hari terakhir saya bergelar wanita berkerjaya dan makan gaji. Seronok kedengaran bunyinya. Realiti? Masih terlalu awal untuk dinilai.

Walaubagaimana jua, saya bersyukur kerana dipermudahkan segala urusan. Di usia 28 tahun 5 bulan, saya telah melepaskan jawatan sebagai Production Assistant di Technomeiji Rubber Sdn. Bhd. dengan harapan dapat memberikan tumpuan sepenuhnya buat anak tunggal saya Zafeera di samping dapat membantu ibu di kampung menguruskan adik-adik yang masi bersekolah.

Pada hari ini, iaitu hari ke-14 semenjak saya resign, saya bersyukur dapat melihat anak saya membesar di hadapan mata dengan begitu banyak perkembangan positif. Rasa bertuah dapat berbakti kepada ibu dan keluarga sendiri. Siapa kata mudah bergelar suri dan ibu sepenuh masa? Jauh beza dari kehhidupan berkerjaya. Namun, tiap saat amat berharga dan tak ternilai dek kerana dapat bersama anak dan ibu tercinta sentiasa.


Berbekalkan semangat dan tawakal serta usaha yang tidak pernah putus, saya berazam akan terus melangkah kehadapan demi anak dan keluarga. Semoga para sahabat dapat mendoakan saya agar terus tabah dan dikurniakan kekuatan untuk menempuh hari esok. Insya Allah..

Khadijah binti Maskam
Pengurus Online
Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR)
Tel : 011-1998 6449 (sms/WhatsApp)
Email : khadijahmaskam@gmail.com 

Monday 11 January 2016

A WALK TO REMEMBER


Bismillahirrahmanirrahim.
Yeay!! Akhirnya Zafeera dah mula berjalan. Tanggal 29 November 2015 jadi detik bahagia, gembira sebab mummy dapat saksikan sendiri Zafeera mulakan langkah. Terima kasih dan syukur tidak terhingga pada Allah atas segala anugerah yang diberi. Untuk para ibu bapa di luar sana yang mempunyai anak HIE stage 1, mohon jangan berhenti berharap.

Ikut pengalaman saya hantar Zafeera ke terapi (fisio/ot), masalah delay tu biasa. Kita sebagai ibu ayah jangan pernah rasa putus asa untuk ransang dan bagi semangat pada anak. Kena sentiasa ingat yang masa ni lah kita nak "spend" masa dengan anak sebelum mereka meningkat dewasa, masuk sekolah berasrama, masuk universiti, berkerjaya, berdikari tanpa bantuan kita lagi.

Ada 1 kes, parent ni cerita pada saya, anak dia memang tak berjalan langsung, tak bangun dan berpaut pada perabut, dinding dan sebagainya sampai la umurnya mencecah 2 tahun. bila masuk umur 2 tahun, tiba-tiba si anak bangun dan berjalan sendiri. Saya yang dengar cerita parent tu macam "wow!!" sekejap. Nganga dibuatnya. Kemudian, barulah saya terfikir, beruntung saya sebab Zafeera hanya HIE stage 1, orang lain yang anaknya stage 2 atau 3, malah yang Cerebral Palsy(CP), berat lagi ujian mereka berbanding saya.

Jadi, kesimpulannya, jangan pernah putus asa. Doa ibu ayah tu mustajab. Mintak Allah bagi kita kekuatan untuk menempuh jerih payah membesarkan anak-anak syurga ini. Dugaan dan pandangan skeptikal manusia sekeliling memang kita tak dapat nak elak, tapi kata-kata negatif mereka, jadikan ia sebagai 1 cabaran untuk kita maju kedepan. Insya Allah, Allah sentiasa bersama mereka yang sabar.


  
Sekarang si Zafeera belum jalan laju lagi, jatuh bangun jatuh bangun lagi. Tapi semakin hari semakin baik. Syukur sangat. Jangan pernah "under estimate" anak kita. Untuk anak2 HIE, kita kena bantu mereka explore dunia sekeliling mereka. Kurangkan sikap overprotective, kena bantu anak untuk bina keyakinan dalam diri dia. Insya Allah, Allah sentiasa ada untuk bantu kita.

Saya pun berazam untuk terus menulis mengenai perkembangan Zafeera, tak kira lah walau jarak antara setiap post tu makan sebulan, haha. Bukan apa, saya mula terima pm di messenger bertanya mengenai Zafeera, bagaimana saya membesarkan anak HIE, bagaimana saya bahagi masa antara kerjaya dan anak, apa cabaran saya membesarkan Zafeera. Rata-rata mereka semua mempunyai anak HIE. Bila saya tanya di mana dapat info mengenai saya? Mereka jawab, saya dapat dari blog puan. Oh, dalam hati saya cakap "ada rupanya orang yang baca blog aku selain cikgu Anys, hehe." Power of blogging. 

Di Malaysia susah nak cari info berkenaan HIE, saya pun masih mencari group atau page HIE supaya dapat belajar dan berkongsi ilmu pengalaman dengan mereka yang senasib. Saya tau masih ramai di luar sana yang mencari. Anda boleh sentiasa hubungi saya jika ada apa-apa pertanyaan mengenai Zafeera. Saya gembira dapat berkongsi pengalaman saya membesarkan Zafeera. Apa sahaja yang dapat membantu tuan puan, saya rasa puas hati. 



Khadijah binti Maskam
Pengurus Online
Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR)
Tel : 011-1998 6449 (sms/WhatsApp)
Email : khadijahmaskam@gmail.com 

Thursday 19 November 2015

KEMBALI BERSIARAN!!

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, akhirnya berjaya menggagahkan diri untuk update blog, hakhakhak. Last update adalah bulan May 2015, sekarang dah November 2015. Amek kaw, dekat setengah tahun tu bersawang. Mood tak mari, maka emosi negatif menguasai diri, haha.

Cerita terkini adalah Zafeera dah duduk sekali dengan Mummy since Ogos 2015. Maka itu pun salah satu faktor jugak payah nak update (alasannya) haha. Baru ku kenal erti sebenar bergelar ibu bekerjaya. Duduk opis busy dengan kerja, ragam manusia, cukup masa tepat pukul 6.00pm, automatik thumb print on time sekarang. Tiada lagi istilah "overtime". Lari pecut jemput Zafeera, balik rumah spend masa pengurusan diri & anak.

Dulu mungkin aku ada masalah kerinduan pada anak tu, maka terjejas kesihatan fizikal & mental, klinik panel pon bosan tengok muka aku je yang balik-balik checked in kat situ. Sekarang ni, boleh nampak perbezaan, jarang sakit, happy selalu, hati bahagia, sebab Zafeera si jantung hati dah ada kat sebelah, hihi.

Dan baru aku dapat alami pengalaman sebenar membesarkan anak dengan tangan sendiri, macam mana berjaga malam kalau anak sakit, macam mana nak layan kerenah anak yang makin membesar, kehulu kehilir attend appointment doctor dan terapi saban minggu, abiskan waktu hujung minggu bersama, tidur bersama, mengigau bersama, haha. Mencabar tu beb.

Namun, Alhamdulillah, itu lah nikmat menjadi seorang ibu yang aku dok tunggu-tunggu dari dulu. Banyak lagi yang akan kami lalui bersama. Moga Allah permudahkan jalan dan beri aku kekuatan dan kesabaran yang tinggi dalam mendidik Zafeera. Cukuplah seorang, kerana sesungguhnya aku mungkin tak mampu nak jadi ibu yang terbaik kalau ramai anak, hoho. Macam ada hidden message di situ, kihkihkih.


Nanti aku cerita lagi perkembangan kami. Zafeera sekarang dah 1 tahun 6 bulan, tapi masih belum berjalan. Masih berusaha dengan fisioterapi dan ot, disamping doa moga Allah permudahkan segalanya. Last appointment dengan doc, Zafeera ok, cuma masalah gross motor disebabkan kesan sampingan dari failed vacuum masa lahir aritu. Senang cakap, masalah saraf akibat dari proses vacuum. Yang lain ok. Nanti kita sambung cerita lagi. Bye!!!!!!!

Officially jadi co-pilot & PA mummy,hihi
  

Thursday 28 May 2015

NALURI SANG IBU

Pagi ni, terserempak dengan seorang ibu, menggendong bayinya yang sedang tidur di dalam wrap (ambil udara pagi mungkin). Secara automatik, aku jadi sayu dan syahdu dengan pemandangan itu. Terasa bergenang air mata tapi ku tahan jua dan ku hadiahkan sebuah senyuman buat si ibu itu. Alhamdulillah, berbalas. Moga beliau dan bayinya sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah.

"You're a warrior, warriors don't give up and they don't back down. Pick up your sword and shield and fight."

Naluri seorang ibu membuatkan aku mudah tersentuh sejak akhir-akhir ini. Tengok orang dukung anak, tengok anak-anak kecil mengaji, tengok budak-budak di playground, sudah cukup untuk buat mata aku bergenang air mata, tapi cepat-cepat suara hati ini berbisik, "Ini semua ujian Allah, Allah sayang kau, maka Dia uji kau. Jangan tunjuk sedih itu, ajar diri sendiri untuk pujuk hati, Insyaallah..nanti kau boleh balik duduk dengan Zafeera sekali." Jadinya, kelip-kelipkan mata, cepat-cepat senyum, dan semua seperti tiada apa-apa, Al-Fatihah sekali buat anakanda dan bonda tercinta di kampung, moga sentiasa dalam lindungan Allah, noktah. 

Begitulah saban waktu dan hari, bagaimana aku menempuh hari-hari tanpa orang tersayang di sisi. Syukur pada Allah kerana mengurniakan beberapa sahabat buat penghibur. Adik-adik serumah yang ceria. Terima kasih Allah, kerana sentiasa menghadirkan insan-insan yang istimewa di sekelilingku. Terima kasih jua keran Kau sentiasa ada setiap kali aku memerlukan.

"Terkadang Allah hadirkan insan-insan yang baik di sekeliling kita, mungkin kerana mereka, wasilah buat diri kita, untuk terus tetap dalam kebaikan..terima kasih sahabat."  

Khadijah binti Maskam
Pengurus Online
Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR)
Tel : 017-3441486 (sms/WhatsApp)
Email : khadijahmaskam@gmail.com


Tuesday 26 May 2015

KATA HATI


Teks : Khadijah Maskam
Sumber Gambar : Google

Setelah sekian lama, 2 bulan mencari kekuatan untuk menulis, detik ini juga menjadi pilihan. Sekian berperang dengan perasaan sendiri, perasaan mereka di sekeliling, tanggapan mereka di luar sana yang sentiasa memerhati, menunggu apa kesudahan diri ini. Bila saat jari ini mahu berkongsi apa jua yang ada di benak ini, ada suara halus yang berbisik "Tak perlu diluah pada manusia, kerana manusia sendiri sangat konflik, pelbagai tanggapan dan tafsiran, biar dahulu, tangguh dahulu...bimbang kau akan kecewa dengan respon mereka. Kau patut lebih dulukan Allah, kerana Dia Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang dan Dia sahaja yang tahu apa yang kau gusarkan. Mintalah dariNya, lupakan yang lain."

Maka berlaku episod pengasingan diri secara senyap. Hanya mampu "observe" mereka di sekeliling, mencelah sedikit, sekadar memberi tanda yang diri ini masih wujud di bumi milik Allah ini. Sesungguhnya tempoh itu amat perit untuk dilalui, tapi bila hati berusaha untuk bersangka baik pada Allah, alhamdulillah itu sahaja yang mampu diucap.

Kadang memang betul kata orang, bila terlalu terbeban dengan konsep "kita ini kuli, hamba pada manusia", maka kita lupa pada yang lebih berkuasa. Dia yang lebih berhak didahulukan, Dia yang tidak pernah berpaling pada kita yang sering leka. Maka Allah turunkan ujian supaya kita cepat-cepat sedar dan kembali ke "track" asal.

Aku kini cuba sedaya upaya untuk jadi insan yang lebih baik dari semalam, memenuhi tanggungjawab yang ada di bahu ini. Selebihnya, ku serahkan pada Allah untuk bantu. Soal anak, aku berjuang sepenuh jiwa ragaku untuknya, dan selebihnya yang di luar kemampuanku, aku serahkan tawakal ku 100% pada Allah, kerana Dia sebaik-baik pelindung.

Moga aku akan terus diberi kekuatan untuk melangkah dan jadi seorang manusia yang dapat memberi manfaat pada orang lain, InsyaAllah.

Khadijah binti Maskam
Pengurus Online
Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR)
Tel : 017-3441486 (sms/WhatsApp)
Email : khadijahmaskam@gmail.com

Saturday 21 March 2015

SOHO DIRECTORY : KENAPA PERLUNYA BERIKLAN DI SINI


Teks : Khadijah Maskam
Sumber Gambar : Team ABDR
Kredit : Facebook Anys Idayu Zakaria

SOHO directory adalah satu medium pemasaran oleh team Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR). Bagi mereka yang mempunyai perniagaan tetapi tidak tahu bagaimana mahu mengiklankan produk anda, maka bolehlah jadikan SOHO directory sebagai pilihan sebagai medium pemasaran anda. 

SOHO directory akan dibawa oleh hampir 1000 bloggers kelolaan ABDR. Setiap blogger mempunyai ribuan kawan & sahabat, maka jaringan networking di situ sudah boleh membuatkan produk dan perkhidmatan anda pergi lagi jauh. Itu baru 1 blogger, inikan pula 1000 bloggers.

ABDR menawarkan pakej pengiklanan di SOHO directory serendah RM50 sahaja iaitu:
  • 1 gambar 
  • link fan page
  • link blog 
  • Tempoh iklan adalah selama 6 bulan. 
  • Renew iklan RM 50 untuk 6 bulan.


Jika tuan/puan berminat, boleh berikan: 
  • maklumat lengkap produk.
  • 1 gambar utama produk.
  • link fan page dan link blog.
Pihak kami akan mempromosikan produk tuan/puan ke dalam SOHO directory.


Tuan/Puan boleh lihat contoh mereka yang telah beriklan dengan kami di sini

Khadijah binti Maskam
Pengurus Online
Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR)
Tel : 017-3441486 (sms/WhatsApp)
Email : khadijahmaskam@gmail.com