Tuesday 24 February 2015

PERGANTUNGAN SEPENUHNYA DENGAN ALLAH


Bismillahirrahmanirrahim.
Selamat kembali bekerja buat semua sahabat. Sentiasa niatkan dalam hati bahawa pekerjaan kita adalah salah satu ibadah, selagi ianya halal dan semoga kita semua di bawah lindunganNya dan sentiasa dilimpahi rezeki yang tidak putus-putus, Insyaallah.

Ada sedikit perkongsian buat sahabat-sahabat. Wahai sahabat, andai kalian diuji, maka bergembiralah kalian dan ketahuilah kalian bahawa Allah sangat menyayangi kalian dan oleh itu kita diuji agar sentiasa ingat padaNYa kerana lumrah seorang manusia kadang-kadang lalai dan leka. Oleh itu, Allah uji sedikit mereka agar mereka sentiasa kembali merintih dan meminta padaNya kerana sesungguhNya Allah suka bila kita meminta dariNya.

Jadi, jangan pernah kesal dan terus berdukacita. Teruskan perjuangan hidup untuk saham akhirat kelak. Jatuh bangun adalah adat dan lumrah hidup. Cekalkan hati dan kuatkan iman agar terus diberi kekuatan untuk mencari redha Allah.

Tak perlu kita bersusah payah untuk puaskan hati semua orang, kerana kita tidak akan mampu untuk berbuat demikian. Ianya adalah suatu yang sia-sia. Lebih baik kita berusaha untuk mendapat kasih dari Allah, kerana kita tahu bahawa suatu hari nanti, kita pasti akan kembali padaNya. Carilah redha Allah, itu jauh lebih baik.

Jangan pernah kecewa apabila anda tersisih oleh manusia, kerana bukan manusia yang mendatangkan rezeki dan nikmat, tapi Allah. Ingatlah, seberat mana ujian dan dugaan dari manusia sekeliling kita, kita takkan pernah keseorangan kerana kita masih punya Allah. Pergantungan sepenuhnya hanya dengan Allah.

Semoga terus bersemangat dan istiqamah dalam mencari redhaNya! Assalamualaikum. 

Khadijah binti Maskam
Pengurus Online
Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR)
Tel : 017-3441486 (sms/WhatsApp)
Email : khadijahmaskam@gmail.com

Friday 13 February 2015

AKTIVITI-AKTIVITI YANG LEBIH PRODUKTIF DARIPADA MENONTON TV


Kita semua tahu kebaikan TV dalam kehidupan kita. TV akan membantu kita supaya tidak ketinggalan zaman dan mengelakkan kita dari kena kutuk dengan kawan-kawan "Wei, ko ni duk dalam gua eh? Apsal ko tak tau pasal ni ha?"..hehe. Itu contoh ayat sarcastic kawan-kawan yang kejam dan tak berhati perut. Tapi bukan nak cakap apa, akhir-akhir ni, kalau korang perasan la, TV ni banyak merapu je, lagi-lagi TV "tuttt...". Asyik-asyik berita liwat. Tak cukup liwat I, ada pulak liwat II. Ish3..wartawan takdak informasi gred A lain ka? Apa isu liwat "high profile" ni bawak untung kat rakyat ka? Sudah-sudah la bukak aib orang aih..nanti Allah bukak hangpa punya aib kat Mahsyar nanti, hangpa buleh tutup dgn daun kangkung ka? Dah la daun kangkung kuruih-kuruih belaka..(gurau ja). Belum campur dengan rancangan realiti tv korea yang penuh keplastikan tuh. Meluat..

Jadi, oleh sebab TV sekarang dah jadi satu medium yang banyak buang masa daripada mendatangkan faedah, mari kita bentangkan beberapa aktiviti yang jauh lagi produktif dari menonton tv. Haha, marah tokey kedai perabot & elektrik kat hujung simpang nun, tak laku TV dia. Takde sapa nak langgan ASTRO dah. Menipu ja duk ulang cerita sama. Bila hujan terus biru, apa pun tak boleh. Satgi depa dok report aku ni bawah Akta Hasutan 1001 kang, naya.


1. Baca Bahan Bacaan Ilmiah
Baca la sumber bacaan yang korang minat. Baca buku-buku ilmiah dunia dan akhirat yang dapat menambah ilmu pengetahuan korang. Surat khabar pon banyak cerita politik, ada jugak isu liwat I, liwat II, owang muda sihat walafiat diliwat dek owang tua sakit belakang (tak masuk akal langsung), sama macam kat TV cuma bezanya surat khabar ni kurang sikit lekanya berbanding TV. Tak tau la..ini pendapat aku..korang plak aku tak tau la kan.

Tapi kan, surat khabar pon banyak merapu, sama an TV. Jadi, aku simpulkan tak payah beli surat khabar, membazir!! Haha, nak baca surat khabar, baca online ja. 


2. Telefon Kawan
Daripada tengok TV, baik telefon kawan. Tapi bagi aku, telefon kawan pon dah tak releven la sekarang. Daripada telefon sebab nak tanya khabar, baik guna whatsapp lagi senang. Haha, zaman sekarang ni, kita telefon orang bila kita tau orang tu tak guna whatsapp, tak pandai sms dengan erti kata lain pangkat nenek-nenek la. Tapi sekarang ramai nenek muda dan celik IT, pakai smartphone lagi, hihi.

Tapi kawan yang baik adalah yang sentiasa "update" dan ambil tahu pasal keadaan kawannya tapi bukan kaki sibuk ye. Ambil tahu dengan jaga tepi kain tu dua perkara berbeza, jadi tolong maklum. Jangan sampai jadi penyemak dalam hidup kawan, hehe.


3. Susun Atur Semula Dalaman Rumah
Haha, Feng Shui mari...Daripada nak elak korang daripada melekap kat TV, baik korang susun atur semula susunan dalaman rumah korang. "Besar tu ruang, satu rumah!". Okla...kalau satu rumah besar, korang pegi la ubah susunan dalam bilik korang. Kalau bilik pon besar, pegi susun atur semula susunan dalam laci. Nak lagi kecik lagi? Pegi ubah susun atur dalam kotak mancis! Puas hati korang?

Kalau korang perasan la, bila kita ubah kedudukan satu-satu barang dalam rumah kan, kita akan ada satu perasaan, satu aura baru, macam semangat baru, entah lah, yang pasti kita macam seronok. Betul tak? Korang ada perasaan macam tu tak? Takde? Huh, kita bukan sekufu la tuh, ahaks!

Tapi aktiviti ni jauh lebih baik dari tengok TV, sekurangnya rumah nampak lagi bersih, ceria dan menarik. Ini tak, dok hadap TV tengok Running Man, masak tak, basuh baju tak, mandi tak, ape la nak jadi. Pastu, bila dah produktif macam tu, boleh la pecat orang gaji kat rumah korang. Bukan produktif je, malah menjimatkan, hikshikshiks.


4. Sertai Kelas
Nak masuk kelas apa Jaja? Eh, sekarang ada macam-macam kelas tau. Kelas yang paling glemer sekarang ni Kelas Offline Urus Akaun yang ABDR buat, haha. Ada banyak lagi ABDR punya kelas, online ada, offline ada, pilih je pakej yang berkenan. Boleh hubungi mana-mana barisan pengurus online yang ada, ngehngehngeh (sempat lagi iklan)

Masuk la kelas "baking" ke, untung-untung nanti boleh buka bakery house sendiri. Masuk kelas seni mempertahankan diri sebab sekarang ni banyak penjenayah kat Malaysia ni, bukan setakat mencuri, siap nak rogol, nak toreh muka bagai. Jadi ilmu mempertahankan diri tu penting. Dari korang tengok TV tu siang malam pagi petang, sampai tak sedar penyamun punggah barang kat belakang, kan naya tu. 

 

5. Mengajar
Banyak sekarang fenomena ayah-ayah kat rumah, malam-malam bila anak sibuk buat keje sekolah, dia tengok TV (tengok berita semasa kt TV"tutt" kisah pemuda berbibir merah angkat sumpah), tiba-tiba datang anak nak tanya soalan yang dia tak faham pasal kerja sekolah tu, pastu ayah dia cakap, "pergila tanya ibu..jangan kacau ayah nak tengok berita ni..". Haha, kau memang tak produktif la ayah. Sebab nak tengok berita tak bermanfaat tu, kau ketepikan anak yang gigih menimba ilmu tu. Padahal awak ijazah, PHD melangit. Bila anak tanya soalan, pi tolak kat orang rumah pulak. Rugi ja ada ayah macam awak. Sian kat orang rumah tu, penat memasak, mencuci, jaga anak, kepit sana kepit sini, malam suami balik kerja, tolak lagi tugas kat ibu, adoi.

Ada la baiknya, golongan ayah-ayah ni bantu tuk ajar anak, abang kakak ajar adik dan seterusnya. Dari hadap TV yang tunjuk berita tak berfaedah, cuba kongsi ilmu di dada tu dengan orang lain. Tiap orang kan ada kebolehan, jangan la rasa diri tu tak layak nak ajar orang lain pulak. Sharing is caring kan.


6. Berkebun
Dari ngadap TV tu, duk sokong Parti A, Parti B yang tak boleh bagi beras tuk kita masak hari-hari tu, baik kita pegi angkat cangkul, skop tanah, dan seangkatan dengannya, jom pi berkebun. Untuk korang yang duk umah flat, kondo atau dalam erti kata lain umah yang takdak tanah untuk berkebun, boleh pilih antara 5 aktiviti kat atas nun. Aktiviti nombor 6 ni dikecualikan tuk korang ye, hehehe. Jangan marah tau. Korang kalau nak berkebun pun, boleh..tapi guna teknik hydroponik la...tak pakai tanah punya..kan? Tapi tak banyak mana la buleh tanam sebab kawasan terhad kan? Hehe..

Nanti Mak Jemah jawab, "Mak Jemah sokong Parti A diorang bagi beras la". Mak Jemah memang gitu pemikiran sesudunya memang tak boleh nak disangkal. Mak Jemah oi...Parti A memang la ada bagi beras..tapi 5 tahun sekali yo..itupun yang 5kg punya pek, beras cap A plak tu, masak pagi ni, tengahari dah penuh air, basi...hmm...bukan tak bersyukur...tapi rakyat dah buat habis baik, tapi masih lagi rasa macam duk kat negara asing, dianak tirikan...yang kat atas nun kaya raya, tidur lena diulit mimpi..(apa melalut bab politik ni??)

Jadi kat sini dah nampak kan, banyak lagi aktiviti lain yang lebih produktif daripada mengadap TV. Sebenarnya menonton TV tu takda masalah, untuk menghilangkan stress lepas seharian berserabut kepala dengan kerja. Berita pun, bukan 100% cerita orang pasal pemuda berbibir merah tu, banyak lagi berita penting macam banjir, isu kenaikan harga barang, dan banyak lagi benda penting yang disampaikan melalui TV. Yang jadi masalah adalah yang kemaruk nak tengok realiti TV, drama Korea tak habis-habis, itu yang masalah. Jadi pandai-pandai la kita bezakan mana yang baik dan mana yang buruk, sekian.


Khadijah binti Maskam
Pengurus Online
Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR)
Tel : 017-3441486 (sms/WhatsApp)
Email : khadijahmaskam@gmail.com



Thursday 12 February 2015

KIDDORESU GRAND OPENING


KIDDORESU VENDOR BOUTIQUE & Cafe
(002360542-A)
Centrio Seremban 2
(near Mydin Hypermarket S2)
Email : kiddoresu@gmail.com
WhatsApp : 012-2156408

Kiddoresu Vendor Boutique & Cafe adalah sebuah boutique berkonsep vendor boutique. Jaja mengenali Kiddoresu kerana sahabat Jaja adalah salah satu vendor untuk Kiddoresu. Jadi sudah terlanjur mengenali Kiddoresu dan sempena memberikan sokongan buat sahabatku Aisyah, maka Jaja tolong promosi event mereka Sabtu ini bersamaan 14 Februari 2014. Ada jemputan artis terkenal kau, jangan main-main.

Sabtu ini bertempat di Centrio S2, adalah Grand Opening Kiddoresu. Macam-macam ada dan bagi sesiapa yang berminat dan yang tinggal berhampiran, boleh bawa anak-anak dan keluarga untuk memeriahkan lagi majlis. Pelbagai aktiviti yang disediakan sesuai untuk anak-anak beriadah di hari Sabtu.


Kalau korang jumpa Puding Sedut ke..Milkshake ke..Infused Water ke..(macam kat gambar atas ni) haha, itula produk Aisyah merangkap sahabat Jaja. Beli banyak-banyak, supaya lepas ni dia boleh tidur lena tiap malam,hihi. Gigih dia malam-malam, balik kerja siapkan produk. Ni bukan iklan berbayar tau, saje tolong kawan-kawan. 



Seingat Jaja, Kiddoresu masih "open table" pada mana-mana vendor yang berminat nak join team Kiddoresu. Nanti boleh WhatsApp nombor di atas ya.


Khadijah binti Maskam
Pengurus Online
Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR)
Tel : 017-3441486 (sms/WhatsApp)
Email : khadijahmaskam@gmail.com

ULASAN EBOOK 44 RESEPI PANTANG TRADISI MELAYU


Teks : Khadijah Maskam

Alhamdulillah, saya berjaya khatam Ebook 44 Resepi Pantang Tradisi Melayu. Selain dari resepi yang menarik dan mudah untuk dicuba, elemen yang paling penting yang saya perolehi dari ebook ini adalah kepentingan makanan yang sihat sepanjang proses berpantang.

Ebook 44 Resepi Pantang Tradisi Melayu ini bukan sahaja memaparkan resepi-resepi berpantang malah penulis turut berkongsi tentang persediaan sebelum bersalin, iaitu ketika tempoh kehamilan, persediaan sebelum ke hospital dan juga selepas bersalin iaitu rawatan sepanjang berpantang dan serba sedikit tips untuk pengurusan masa dan penyesuaian diri untuk “first-time-mommy”. Banyak tips dan informasi yang dikongsikan untuk membantu bukan sahaja ibu dalam berpantang malah sesuai untuk suami, ibu atau ibu mertua yang bertanggungjawab membantu sepanjang proses berpantang.

Kebiasaannya kita acapkali dihidangkan dengan mitos-mitos dari ibu atau nenek kita tentang betapa ketatnya dan bosannya berpantang akibat menu yang terhad. Seringkali dihidangkan dengan menu yang sama ketika berpantang 44 hari dengan alasan untuk cepat sembuh dan sihat, walhal kaedah berpantang yang terlalu ketat boleh mengakibatkan ibu-ibu dalam berpantang mengalami keletihan dan kelesuan akibat kekurangan nutrisi dalam makanan.

Resepi yang terdiri dari pelbagai sumber hidangan termasuk daging dan ikan mampu memikat selera ibu berpantang di samping membekalkan khasiat yang cukup untuk mempercepatkan proses pemulihan tenaga luaran dan dalaman ibu dalam tempoh berpantang.

Khasiat yang dibekalkan oleh makanan herba dan rempah ratus seperti halia muda yang umum tahu akan kebolehan dan khasiatnya dalam membuang angin dalam badan, kunyit dan pegaga yang berfungsi sebagai agen pengecutan dan penyembuhan luka, serta lada hitam yang berfungsi untuk memanaskan badan dan mampu menyingkirkan lemak berlebihan akibat proses kehamilan selama 9 bulan.

Ebook 44 Resepi Pantang Tradisi Melayu memaparkan pengolahan resepi menggunakan herba dan rempah yang sangat penting untuk ibu berpantang serta memberikan idea-idea hebat dalam penyediaan menu berpantang. Kini, ibu-ibu di luar sana tidak perlu risau dan ragu lagi menu apa yang perlu disajikan untuk ibu-ibu berpantang kerana ebook ini telah memberikan panduan yang lengkap cukup untuk sepanjang tempoh berpantang.

Saya syorkan sahabat di luar sana terutama yang bakal bersalin tidak lama lagi untuk segera mendapatkan ebook ini kerana banyak informasi dan tips berguna untuk persediaan berpantang anda. Bagi mereka yang dalam fasa menurunkan berat badan, anda juga dialu-alukan untuk mendapatkan ebook ini kerana resepi-resepi ini kesemuanya terdiri dari menu rendah lemak dan kolestrol tetapi apa yang penting dapat membekalkan tenaga yang diperlukan badan kita seharian.

Terima kasih kepada pihak ABDR kerana memperkenalkan ebook yang sangat menarik dan bermanfaat.



 Khadijah binti Maskam
Pengurus Online
Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR)
Tel : 017-3441486 (sms/WhatsApp)
Email : khadijahmaskam@gmail.com

Wednesday 11 February 2015

EBOOK 44 RESEPI PANTANG TRADISI MELAYU


Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, hari ini satu lagi ebook keluaran ABDR berjaya dikeluarkan. Hasil karangan dan garapan penulis merangkap pengasas ABDR sendiri. Ebook 44 Resepi Pantang Tradisi Melayu. Pelbagai menu sihat yang dikongsi dalam ebook ini. Jaja bagi sedikit preview:

Bahagian 1 : Menu Nasi
1. Nasi Herba
2. Nasi Goreng Lada Hitam
3. Nasi Ulaman Herba Ikan Bakar
4. Bubur Nasi Ulam

Bahagian 2 : Ikan
5. Ikan Bilis Herba Istimewa
6. Ikan Bilis Lada Hitam
7. Ikan Gelama Bakar
8. Ikan Kembung Bakar
9. Ikan Parang Masak Pindang

Bahagian 3 : Daging
16. Daging Lada Hitam
17. Singgang Daging

Bahagian 4 : Ayam
18. Ayam Organik Bakar
19. Ayam Organik Bakar Halia Muda
20. Ayam Organik Lada Hitam
21. Ayam Organik Masak Tomato
22. Sup Ayam Kampung

Ini sebahagian dari menu yang dikongsikan. Nampak sangat menarik bukan? Semuanya terhimpun dalam satu ebook 44 Resepi Pantang Tradisi Melayu. Apa yang menarik adalah, bonus ebook Panduan Lengkap 44 Hari Berpantang dengan harga promosi RM 30 untuk 2 ebook tersebut.



Harga selepas ini adalah RM 60. Belian sekarang hanya RM 30 untuk 2 ebook. Tawaran ini sah sehingga 30 Mac 2015.

Cepat hubungi Jaja untuk dapatkan keduanya sekarang.


Khadijah binti Maskam
Pengurus Online
Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR)
Tel : 017-3441486 (sms/WhatsApp)
Email : khadijahmaskam@gmail.com

TANDA-TANDA ANDA SEDANG MENGALAMI STRESS DI TEMPAT KERJA


Bismillahirrahmanirrahim.
Memang tak seronok nak kerja kalau stress. Kadang-kadang kerana terlampau sibuk dengan tugasan, kita tidak sedar yang sebenarnya kita terlalu stress dengan kerja sehingga timbulnya simptom-simptom seperti yang Jaja senaraikan di bawah.



1. Sakit-sakit Badan yang Entah Dari Mana Datangnya
Pernah atau tidak korang rasa tiba-tiba badan rasa sakit-sakit? Nak kata tak duduk dengan postur yang betul, tidak jugak. Nak kata baru lepas kena belasah dengan samseng, tidak juga. Sakit yang tidak semena-mena. Itu adalah petanda yang anda sedang stress. Terlalu sibuk dengan macam-macam kerja sampai tidak perasan badan sudah "over-used".

Jangan pula nanti cakap, saya mengalami sakit-sakit badan la. Tapi kat pejabat, punggung melekat kat kerusi 8 jam tanpa berhenti. Ke tandas tidak, ke pantry tidak, melekap muka kat PC sibuk blogwalking, hehe. Itu bukan stress tu.


2. Selera Makan Terganggu
Akibat terlalu stress memikirkan kerja dengan pelbagai ragam manusia yang terdiri dari rakan sekerja dan pelanggan, kita boleh hilang selera makan dan waktu makan juga jadi haru-biru. Ketahuilah kamu, jika senario ini sedang berlaku pada anda, anda sememangnya sedang stress dengan kerja anda.

Kalau orang bercinta langsung tak lalu makan, sebab stress memikirkan rindu dalam hati pada si buah hati, itu bukan stress ya..itu gedik namanya. Bawak bawak gi semayang.

Officemate belanja McD, kau boleh cakap "takpela, kenyang la. Banyak keje nak siapkan ni..". Kecik hati member ko tau. Lenkali maleh nak belanja dah. Kan rugi tu!! Apela.


3. Waktu Tidur Terganggu
Stress boleh mengganggu waktu tidur anda membuatkan anda susah mahu melelapkan mata. Terlalu memikirkan masalah di tempat kerja sehingga sukar bagi anda untuk tidur dan dibayangi dengan 1001 masalah yang bakal anda tempuh keesokan harinya.

Kadang dah habis kira 1000 ekor biri-biri siap asing bapa ekor betina, bapa ekor jantan pon tak boleh nak lelap mata jugak. Apola masalah ea kan?

Bila anda lewat tidur, anda berkemungkinan besar untuk terlajak tidur kerana badan menghantar signal ke otak yang anda perlukan lebih waktu tidur akibat badan yang penat. Kesudahannya, anda pasti bangun lewat dan lewat la juga ke tempat kerja. Bertambah stress la jawabnya.




4. Kesunyian
Punya la ramai orang kat pejabat atau tempat kerja anda tu, tapi anda tetap rasa sunyi. Sebab anda terlalu sibuk dan stress dengan kerja sampai anda rasa anda keseorangan dalam hidup, tiada yang datang membantu, tiada yang datang nak kongsi masalah dengan anda. Sunyi betul. Stress kan?

Haha, itu juga petanda yang anda memang terlalu stress dan terbeban dengan kerja anda. Pergi  la bawak-bawak bancuh air kat pantry, dapat sembang an tea lady sorang pon dah ok..takde la anda jadi "Forever Alone", hikhikhik.


5. Resah Tak Tentu Arah
Orang yang stress memang tak duduk diam. Sebab dia sibuk kejar sana, kejar sini berlumba dengan masa. Semua dia nak selesaikan secepat mungkin. Macam sotong da rupanya. Hidupnya resah manjang, sebab masalah tak juga dapat diselesaikan. 

Bila anda mengalami situasi ini, anda memang dah terlampau stress dengan kerja tu. Faham, memang korang akan cakap, saya ambil berat dengan tanggungjawab saya, sebab tu sampai stress saya nak pikul tanggungjawab ni, nak siapkan semua tugasan. Semua orang stress, tapi cara kita pikul dan tangani masalah tu yang berbeza. 

Nanti kita buka pula cerita bagaimana mahu tangani stress dengan baik ya. Untuk hari ni, Jaja bagi 5 je dulu tanda-tanda orang yang stress kat tempat kerja. Banyak lagi tanda-tanda lain. Tapi tak larat nak taip panjang-panjang.Hehe..

Sumber : Lifehack; Google

“You must learn to let go. Release the stress. You were never in control anyway.” - Steve Maraboli

Khadijah binti Maskam
Pengurus Online
Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR)
Tel : 017-3441486 (sms/WhatsApp)
Email : khadijahmaskam@gmail.com






Tuesday 10 February 2015

AMALAN YANG BAIK DI AWAL PAGI

Bismillahirrahmanirrahim.
Sebelum ini, Jaja ada kongsikan amalan sebelum tidur orang-orang yang berjaya di dunia. Hari ni Jaja kongsikan pula apa yang kebanyakan orang yang berjaya lakukan di pagi hari. Tak salah meniru dan mencontohi perkara yang baik bukan?

1. Bangun Awal
Tolong set jam loceng anda seawal 5.00 pagi. Hehe, Kak Long Jaja seorang guru merangkap warden di Sekolah Menengah Agama Al-Ulum Addinian, Dong Raub. Di asrama pelajar mereka ada siren. Kak Long Jaja iaitu Cikgu Zuraihah dengan "slumber" telah meng"set"kan siren untuk bangun pagi pada seawal 4.30 pagi. 

Hihi, bunyinya kejam bukan? Tapi manfaatnya Allah sahaja yang tahu. Berpagi-pagian sesungguhnya banyak mendatangkan manfaat. Kebanyakan orang yang berjaya bangun seawal pagi dengan harapan agar mereka mempunyai lebih masa untuk menyiapkan segala tugasan mereka. Bukan itu sahaja, dengan bangun awal, mereka tidak akan lewat untuk ke temujanji atau interview atau apa sahaja acara untuk hari tersebut. Dengan erti kata lain, mereka punya banyak masa untuk pengurusan diri.

2. Meditasi/Solat
Lagi sekali pendekatan dan penghayatan bersama Allah. Amalan bersolat amat penting dalam memulakan hari dan pengakhiran hari. Sebelum tidur ingat Allah, bangun tidur juga ingat Allah. Nanti, ada yang kata. "Ala, Subuh masuk waktu pukul 6.05 pagi sekarang, kenapa mesti nak bangun awal sangat?" Ambil masa untuk solat sunat, berzikir, dan membaca Al-Quran sebelum masuk waktu Subuh. Sesungguhnya ianya adalah makanan rohani supaya kita bersedia dan berjaya menempuh hari yang penuh mencabar.

Mula dengan seawal 5 minit, kemudian esok tambah lagi 5 minit dan seterusnya. Gunakan waktu hening pagi untuk kita fokus, minta dari Allah, lapangkan dada, bersihkan hati dan permudahkan segala urusan dunia dan akhirat pada hari tersebut. Insyaallah, kita pasti akan berasa lebih bersemangat untuk menempuh hari yang mencabar itu.

3. Cari Inspirasi & Motivasi Untuk Diri 
Cuba cari sumber inspirasi yang dapat menaikkan semangat kita seawal pagi. Sekarang tidak sukar untuk mencari sumber inspirasi, zaman canggih dan moden. Buka sahaja televisyen, bersepah rancangan motivasi yang disiarkan. 

Buka radio IKIM, banyak motivasi yang dikongsikan. Buka Youtube, pasti banyak ceramah yang berguna. Baca buku-buku yang berunsur motivasi dan apa sahaja yang boleh mendatangkan unsur dan aura positif pada kita seawal pagi supaya rohani kita terisi dengan perkara positif dan terinspirasi untuk lebih berjaya.

4. Sarapan
Ianya adalah sangat penting untuk kita mengambil sarapan pagi dengan makanan berkhasiat. Ada yang berpendapat salad buah-buahan dan "muesli" (sejenis campuran rolled oats, buah-buahan, kekacang, bijirin dan susu) adalah sarapan yang paling berkhasiat. Tetapi Nabi Muhammad tidak menggalakkan pengambilan buah dan susu. Jadi mungkin boleh kecualikan buah-buahan dari Muesli.

Makanan yang berkhasiat semasa sarapan dapat membekalkan tenaga dan mempersiapkan badan dan minda kita untuk hari tersebut.

5. Aktifkan Diri
Kepentingan untuk jadi aktif iaitu bersenam di awal pagi adalah bertujuan agar kita mendapat oksigen yang cukup untuk badan dan yang penting OTAK. Ya..otak...(macam filem Zombi Kampung Pisang pulak). Otak yang kekurangan oksigen tidak dapat berfungsi secara optimum dan mengakibatkan mengantuk, lesu dan yang paling sadis, murung, hihihi.

"Saya bukan ahli gym". Tidak perlu ke gym untuk bersenam. Cukup buat lompat bintang 10 kali, guna tangga untuk ke tempat kerja, elakkan escalator, itu juga dikira bersenam. Jadi tiada alasan lagi untuk bersenam di awal pagi.

6. Berkomunikasi dengan Pasukan Anda secara "Face-to-Face"
Steve Job, jutawan Apple selalu mengadakan mesyuarat pada Hari Isnin dengan staff beliau. Beliau percaya bahawa di zaman digital ini, adalah sangat penting untuk kita berjumpa dan bersemuka dengan ahli pasukan kita, walaupun kita tahu yang kita boleh berhubung dengan mereka melalui atas talian sahaja. 

Sumber : Lifehacks.com



Khadijah binti Maskam
Pengurus Online
Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR)
Tel : 017-3441486 (sms/WhatsApp)
Email : khadijahmaskam@gmail.com

 
  

Monday 9 February 2015

6 AMALAN ORANG BIJAK PANDAI SEBELUM MEREKA MASUK TIDUR

Bismillahirrahmanirrahim.
Sedikit perkongsian untuk hari ini berkenaan amalan yang sering dilakukan oleh orang bijak pandai sebelum mereka masuk tidur.

Ihsan : Google

1. Membaca Untuk Sejam
Jutawan Microsoft Bill Gates adalah seorang yang cukup suka membaca tidak kira genre politik hingga ke isu dan keadaan semasa. 

Kajian menunjukkan yang membaca bukan sahaja mampu menambah ilmu pengetahuan seseorang malah mapu mengurangkan stress dan memperkuatkan lagi daya ingatan. Kajian dari Universiti Essex telah membongkar yang membaca untuk minima 6 minit dapat mengurangkan stress sebanyak 68%. Bayangkan kalau kita membaca untuk 1 jam. Boleh hilang segala stress. 

Selain dari itu, membaca sebelum tidur dapat memperbaiki kesihatan jangka panjang untuk otak. Setiap kali kita membaca, ia ibarat satu latihan untuk minda. Satu kajian telah dijalankan di Britain di mana ia menunjukkan orang yang merangsang minda mereka melalui aktiviti membaca, dapat mengurangkan penurunan kognitif secara purata sebanyak 32% apabila umur mereka semakin meningkat.

Kognitif bermaksud kebolehan seseorang untuk meneliti, membuat pengiraan, menyelesaikan masalah, membuat kesimpulan dalam kehidupan. Semakin meningkat usia seseorang, semakin menurun kemahiran kognitifnya. Sebab itu kebanyakan warga emas, mengalami ketidakupayaan untuk mengingat, mengenalpasti dan cenderung lupa walaupun untuk jangka masa yang pendek.


2. Bebaskan Diri Dari Gajet.
Selepas seharian berhempas pulas memeras otak dan keringat di tempat kerja dan rumah, tiba masa untuk kita menjauhkan diri dari gajet. Gajet merangkumi televisyen, radio dan yang paling penting adalah telefon. Pastikan sebelum tidur, letakkan gajet terutama telefon jauh dari katil. 

Satu kajian telah dibuat oleh Dr. Charles Czeisler di Universiti Harvard yang mana menunjukkan cahaya cerah dari telefon mengganggu rutin tidur kita dan sebenarnya ia telah "menipu" badan kita supaya kita fikir ianya adalah hari siang. Sebab itu kita susah mahu melelapkan mata. Cahaya tersebut menghatar signal kepada otak kita yang menghalang sejenis bahan kimia untuk dihasilkan oleh badan, dan mengakibatkan mata kita susah untuk tidur. 

Jadi jika anda mahukan waktu tidur yang baik dan efisyen, jauhkan diri dari telefon dan sebarang gajet.


3. Berjalan Kaki
Sebelum tidur, gunakan sedikit masa untuk keluar berjalan kaki menghirup udara segar di kawasan kejiranan, hilangkan segala stress sepanjang hari, longgarkan segala yang tegang dan  lupakan segala yang mengganggu fikiran.

Satu kajian di Stanford menunjukkan berjalan dapat meningkatkan kreativiti. Ini kerana, pada waktu tersebut, minda dan fikiran kita tidak sama seperti semasa kita bekerja. Semasa kita bekerja, otak dan fikiran kita sedang bekerja bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah, mengejar "dateline" dan sebagainya. Semasa kita berjalan dalam keadaan tenang, otak dan fikiran kerja dalam keadaan tenang dan dalam keadaan ini pelbagai idea boleh datang.

Sebab itulah, apabila kita terlampau stress dan tertekan, kita seringkali dinasihatkan untuk bertenang dan kadang-kadang bos kita sendiri akan menasihati kita untuk mengambil cuti sehari atau dua untuk menenangkan fikiran. Supaya kita dapat berfikir dengan baik dan membuat keputusan pun dalam keadaan baik.

Tetapi harus diingatkan, ciri-ciri keselamatan harus diambil kira ketika aktiviti berjalan ni. Jangan berjalan di kawasan yang gelap, sunyi dan jauh dari orang ramai. Bimbang berlaku jenayah yang tidak diingini. Patutnya dapat menyelesaikan masalah, tetapi mendatangkan masalah pula.


4. Bermeditasi
Meditasi megikut kefahaman Jaja adalah apabila kita duduk dalam satu keadaan di tempat yang tenang, kosongkan fikiran dan minda dan yang wujud hanya kita dan Allah sahaja.

Idea meditasi ini berbeza mengikut fahaman dan agama. Bagi agama selain Islam, mereka bermeditasi dengan cara mereka dan bagi yang beragama Islam, mengikut pandangan peribadi Jaja adalah tidak lain dan tidak bukan dengan mendekat diri dengan Allah. Kita diajar untuk meminta dan bergantung hanya pada Allah. Lakukanlah solat sunat seperti taubat dan hajat sebelum tidur. Mana tahu, mungkin itu solat terakhir kita dan mungkin itu suhud terakhir kita.

Semoga kita sentiasa dimatikan dalam keadaan Islam dan beriman.


5. Jadi Kreatif
Vera Wang, seorang pereka fesyen terkenal dunia menyatakan setiap malam sebelum dia tidur telah menjadi rutin untuk dia mencari idea untuk rekaannya. Kesunyian malam menjadikan ia adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan idea dan menjadi seorang yang kreatif.

Ini kerana kajian menunjukkan pada waktu malam dan sebelum kita tidur, tahap dan level stress adalah sangat rendah dan ini membolehkan idea datang mencurah-curah. Jadi, cuba untuk jadi kreatif sebelum anda tidur supaya anda boleh rancang dan selesaikan masalah untuk hari esok.


6. Rancang Hari Esok Anda
Sebagai seorang muslim, tidur itu adalah mati, ya..mati sementara. Andai kita masih diberi peluang untuk bernafas esok, rancanglah hari esok supaya apabila kita bangun tidur nanti, kita sudah punya target dan matlamat untuk dikejar.

Ini lebih baik daripada kita bangun, dengan air liur basi, dan bila sampai pejabat, barulah kita nak tanya diri sendiri "Apa aku nak buat arini ye?". Dah pukul 8 pagi baru nak tanya nak buat apa. Haha..mula lah nak garu sana, garu sini. Hari itu akan jadi tidak produktif lagi. 

Orang yang berjaya adalah orang yang sudah merancang hari ini sebelum dia masuk tidur. ini memang berkait rapat dengan pengurusan masa seseorang. Orang yangmempunyai pengurusan masa yang baik adalah lebih cenderung untuk lebih berjaya dari orang yang tidak mempunyai pengurusan masa yang baik. 

Jadi, untuk lebih berjaya, susun dan atur masa dan kehidupan anda sebaiknya.

"Plan your life like you will live forever, and live your life like you will die the next day."

Khadijah binti Maskam
Pengurus Online
Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR)
Tel : 017-3441486 (sms/WhatsApp)
Email : khadijahmaskam@gmail.com