Thursday 6 November 2014

CUTI PANJANG (Bahagian 1)

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, hari ni dapat juga Jaja "update" blog, setelah sekian lama. Untuk pengetahuan semua, Jaja mula bercuti dari Jumaat lepas hingga Isnin. Selasa masuk kerja, macam biasa la, tugasan menggunung sudah menanti dengan penuh senyuman kasih sayangnya. Haha, entahlah sampai bila nak menghadap semua ni tapi mak Jaja selalu cakap, "kerja ni takkan pernah habis, kalau tak mahu buat kerja, tunggu sampai kau duduk kat pangkal leban (sila baca masuk kubur), ha baru lah takde kerja dah, masa tu mungkin kau pulak yang akan dikerjakan)..hihi, sangat bermakna ayat mak itu. Tapi memang betul, tiada istilah senang pun dalam hidup ni, tidak kira yang berkerjaya mahupun yang bergelar surirumah tangga. Sebab tu Jaja geram kalau orang cakap "Ha,taknak kerja kan? Nak sangat duduk rumah mengangkang je..". Maaf siapa yang pernah keluarkan kata-kata sebegini, sila tarik semula ayat itu sebab anda tidak tahu yang duduk di rumah itu lebih besar tanggungjawabnya. 

Balik semula ke topik asal cuti panjang Jaja. Hari Sabtu kami ke Raub melawat pakcu Zafeera, adik Jaja yang bongsu di SEMESTA. Pagi kami bertolak dari Pelangai, dalam 7.30 pagi. Sepatutnya kami ke Kuantan, tapi jodoh dengan Kuantan tu tiada, maka kami tukar haluan ke Raub. Pakcu pun ok, baik baik sahaja. Cakap dengan pakcu, lagi 3 minggu sebelum cuti akhir tahun, bertahanlah. Pakcu Zafeera terkena "kudis buta", tapi sudah beransur pulih hasil petua nenek moyang dulu-dulu, haha. Dalam pukul 12.30 tengahari, kami bergerak dari Raub, tiada hala tuju. Akhirnya, kami buat keputusan drastik untuk ke Cameron Highland.





Untuk pengetahuan kepada yang tidak tahu, selain Tapah terdapat satu lagi route alternatif untuk ke CH iaitu melalui Sungai Koyan dan Pos Betau. Perjalanan mengambil masa hanya 2 jam dari Pekan Raub. Jalannya memang tidak sibuk dan sangat lancar tetapi dinasihatkan untuk memastikan keadaan kereta di tahap optima sebab jalan sangat sunyi dan jarak pekan sangat jauh. Kalau mahu dapatkan bantuan memang susah. Pos Betau ada kemudahan R&R tetapi tiada kemudahan air kerana tidak diselenggara dengan baik. Mahu dijadikan cerita, kami tiba di Bertam Valley hampir pukul 3.00 petang dan singgah di Masjid An-Nur Ringlet untuk berhenti solat. Hujan turun dengan lebat sekali sampai wan Zafeera cakap "Jangan turun-turun dari kereto,kito tengok-tengok yo, sian Zafeera kang domam..". Makanya trip ke CH tu memang betul-betul trip untuk "sight-seeing" sahaja, haha. Jaja memandu sehingga ke Brinchang, jalan agak padat kerana cuti hujung minggu memang ramai orang, kemudian turun semula ke Bertam Valley dan wan Zafeera terus cakap "kito toghuih balik yola, tido kek umah.." haha. Pukul 5.00 petang dari Bertam Valley, pukul 6.00 petang sudah sampai Sungai Koyan. Penat tak payah cerita, walaupun tak jalan jauh, rasa bengkok belakang.

Sampai di Bentong pukul 7 lebih, kami singgah solat dan mandi di Bentong, Zafeera tukar baju tidur dan mummy tukar posisi dengan wan. Wan jadi driver sampai Pelangai. Sampai rumah, tidurkan Zafeera, dapat makan nasi goreng kampung, letak kepala kat bantal, terus off. Pergh...penat tau. Hari Ahad hanya luangkan masa dengan Zafeera sampai la Isnin. 

Zafeera sekarang da tumbuh gigi bawah 2 batang, Alhamdulillah. Merangkak belum lagi, tapi berguling, berpusing sudah lancar. Sudah pandai pilih orang, agak-agak tak pernah jumpa, menangis lah. Moga Zafeera membesar jadi anak solehah yang dapat membahagiakan hati mummy dan wan. Harapan mummy untuk tengok Zafeera terus kuat dan semangat untuk teruskan hidup dan majukan diri. Hari Isnin petang, Jaja gerak untuk balik Nilai, memang sayu hati tak terkira tapi ku tahan jua seperti selalu. Cepatlah bulan Mac 2015. Ada perancangan di situ.

Mula kerja dari selasa hingga ke hari ini, jadual sangat pack. Nak update blog pun tak sempat. Barang-barang dropship banyak yang tak muatnaik lagi. Maaf semua, Jaja terpaksa demi tugas. Jaja sedang berusaha untuk siapkan semua tapi faham sahaja lah, tangan ada dua sahaja. InsyaAllah, doakan urusan Jaja dunia dan akhirat sentiasa dipermudahkan. Terima kasih sahabat-sahabat ABDR, guru-guru yang banyak bantu beri semangat. Sekian, Assalamualaikum.

 Khadijah binti Maskam
Pengurus Online
Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR)
Tel : 010-5398798 (sms/WhatsApp)
Email : khadijahmaskam@gmail.com
Kedai Online : KOLEKSI FESYEN JAJA

No comments:

Post a Comment