Saturday 21 March 2015

SOHO DIRECTORY : KENAPA PERLUNYA BERIKLAN DI SINI


Teks : Khadijah Maskam
Sumber Gambar : Team ABDR
Kredit : Facebook Anys Idayu Zakaria

SOHO directory adalah satu medium pemasaran oleh team Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR). Bagi mereka yang mempunyai perniagaan tetapi tidak tahu bagaimana mahu mengiklankan produk anda, maka bolehlah jadikan SOHO directory sebagai pilihan sebagai medium pemasaran anda. 

SOHO directory akan dibawa oleh hampir 1000 bloggers kelolaan ABDR. Setiap blogger mempunyai ribuan kawan & sahabat, maka jaringan networking di situ sudah boleh membuatkan produk dan perkhidmatan anda pergi lagi jauh. Itu baru 1 blogger, inikan pula 1000 bloggers.

ABDR menawarkan pakej pengiklanan di SOHO directory serendah RM50 sahaja iaitu:
  • 1 gambar 
  • link fan page
  • link blog 
  • Tempoh iklan adalah selama 6 bulan. 
  • Renew iklan RM 50 untuk 6 bulan.


Jika tuan/puan berminat, boleh berikan: 
  • maklumat lengkap produk.
  • 1 gambar utama produk.
  • link fan page dan link blog.
Pihak kami akan mempromosikan produk tuan/puan ke dalam SOHO directory.


Tuan/Puan boleh lihat contoh mereka yang telah beriklan dengan kami di sini

Khadijah binti Maskam
Pengurus Online
Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR)
Tel : 017-3441486 (sms/WhatsApp)
Email : khadijahmaskam@gmail.com

Friday 20 March 2015

NOTA INSPIRASI 6 - YEAY! MAMA SUDAH 'RESIGN'

Sumber : Yeay! Mama sudah 'resign'



Saya selesaikan seberapa banyak hutang. Lupakan kad kredit. Adakan simpanan, insuran dan pelaburan secukupnya. Segera cukupkan simpanan untuk haji rukun Islam kelima. Latih diri hentikan perbelanjaan mengarut dan tidak perlu. Belajar berjimat dan menyimpan setiap hari. Belajar memasak pelbagai menu. 


Dari status pengedar, saya sasarkan bergelar stokis supaya pendapatan separuh masa menyaingi gaji hakiki saya. Saya membaca banyak buku berkaitan rezeki dan bina keyakinan serta kesedaran bahawasanya segala-galanya adalah milikNya. Saya dapatkan idea dan buka minda akan realiti WAHM. Melatih diri pengurusan masa dan rumahtangga.


Allah melapangkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (Allah) antara hamba-hamba-Nya (Allah), dan Dia (Allah) yang menyempitkan baginya. Sesungguhnya Allah terhadap segala sesuatu adalah al-‘Alim (Maha Mengetahui). Al-'Ankabut ayat 62


Telah empat bulan bergelar WAHM, saya masih mampu menghulur duit belanja kepada orang tua, membayar bil, menolong suami dan menggembirakan keluarga dengan percutian. Keluarga tetap utama. Bak kata orang tua, belajar setinggi mana tetap ke ceruk dapur juga. Tetap mengasuh anak jua. Namun, saya bahagia.- Umi Arbee Ali


Dapatkan lebih banyak Nota Inspirasi dari mereka yang telah bergelar WAHM berjaya dalam Yeay! Mama sudah 'resign'. Apa tunggu lagi, hubungi saya di nombor/email yang tertera di bawah.



Khadijah binti Maskam
Pengurus Online
Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR)
Tel : 017-3441486 (sms/WhatsApp)
Email : khadijahmaskam@gmail.com

NOTA INSPIRASI 9 - YEAY! MAMA SUDAH 'RESIGN'

Sumber : Ebook YEAY! MAMA SUDAH 'RESIGN'

Perkara paling penting dalam membuat keputusan untuk berhenti kerja adalah restu suami dan pertolongan dari Allah. Sentiasa berdoa agar kita boleh menjana pendapatan dari rumah.

Perbaiki hubungan dengan Allah. Sentiasa amalkan solat sunat Dhuha supaya rezeki kita dibuka seluasnya. Jangan takut untuk berhenti kerja. Allah yang memberi rezeki.

Pastikan sebelum berhenti sudah ada pelan tindakan. Ketika masih bekerja sudah mula menggali ilmu dan mencari mentor. Supaya apabila sudah berhenti kita sudah pun dari awal membina landasan. Jangan berkira untuk mencari ilmu.- Nor Atiqah Hamidi


Dapatkan segera ebook Yeay! Mama sudah 'resign' dengan promosi MAC. Dapatkan juga ebook Surirumah juga boleh Berbisnes oleh Zaila Mohamad. Dua ebook ini dengan harga RM30. Harga asal RM55. Cepat rebut peluang ini.


Khadijah binti Maskam
Pengurus Online
Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR)
Tel : 017-3441486 (sms/WhatsApp)
Email : khadijahmaskam@gmail.com



Thursday 19 March 2015

EBOOK YEAY! MAMA SUDAH 'RESIGN'



Ebook "hot" air tangan Puan Masayu Ahmad yang ditunggu-tunggu telah tiba dan sedia untuk bertemu pembaca-pembaca di luar sana. Berikut adalah serba sedikit isi kandungan Ebook terbaru keluaran ABDR YEAY! MAMA SUDAH 'RESIGN'.


Tinta Pengarang

Bahagian 1:

Bab 1: Saya mahu jadi WAHM- Nor Atiqah Hamidi
Bab 2: ‘Resign’bukan bermaksud tidak bekerja-Nora Afzam
Bab 3:Impian seorang isteri- Izzah Razak
Bab 4: Saya Kini Suri Sepenuh Masa- Umi Arbee.
Bab 5: Saya Tidak Gembira Bekerja-Rahayu Rashid

Bahagian 2: Soal Jawab (Q & A)

Bahagian 3: Perkongsian Pengalaman 10 Usahawan (Bisnes Dari Rumah)
1. Suhaila Amirrudin, Usahawan Pakaian/ Produk Kanak-Kanak
2. Khairina Yaacob, Usahawan Jahitan Pukal/Baju Menyusu
3. Wani Hamid Jurulatih Akaun/Kewangan
4. Mardhiah Shamsuri, Pengasas Komunit Lovely Live
5. Farah Hafizah, Seni Kraf Kreatif
6. Nor Fahdillahtul Lela Khalil, Pengasas Tart Shell
7. Tengku Azuriyah Tengku Mohamad, Seni Kreatif Sulaman dan Jahitan
8. Hijarina Othman, Usahan Produk Makanan dan kraf Sarawak
9. Faziatun Nisa’ Yusof Basha, Usahawan Makanan
10. Zaila Mohamad, Usahawan dan Guru Online.


PROMOSI MAC : Dapatkan juga 2 Ebook Suri Rumah juga boleh Berbisnes (SJBB) & Yeay! Mama sudah 'resign' (YMSR) dengan harga kasih sayang, RM 30. Berikut disertakan sedikit isi kandungan Ebook Suri Rumah juga boleh Berbisnes (SJBB)

BAB 1 : Pengenalan
1.1 Melepaskan Kerjaya Demi Keluarga
1.2 5 Sebab Saya Berhenti Kerja

BAB 2 : Surirumah Sebagai Satu Kerjaya
2.1 Kerjaya Pilihan Allah
2.2 Menjadi Surirumah Berpendapatan
2.3 Beza Surirumah Dahulu Dengan Surirumah Sekarang
2.4 Beza Surirumah Biasa Dengan Surirumah Berpendapatan
2.5 Bangga Dengan Kerjaya Surirumah

BAB 3 : Bagaimana Mahu Berniaga Secara Online
3.1 Kepentingan Internet
3.2 Bagaimana Mahu Mendapatkan Internet
3.3 Keperluan Lain Sebelum Memulakan Perniagaan Online
3.4 Medium Pemasaran Di Dalam Internet
3.5 Mudahnya Berniaga Secara Online

BAB 4 : Mudahnya Berniaga Melalui Blog
4.1 Mulakan Dengan Percuma
4.2 Panduan Membina Blog Perniagaan
4.3 Tips Menaikkan Jualan Melalui Blog
4.4 Gunakan Minat & Kemahiran Untuk Menjana Pendapatan Melalui Blog

BAB 5 : Mudahnya Berniaga Melalui Fanpage
5.1 Apa Itu Fanpage
5.2 Kenapa Gunakan Fanpage Untuk Berniaga Online
5.3 Tips Bina Fanpage Yang Berpengaruh
5.4 Kenapa Jumlah Like Di Fanpage Penting

BAB 6 : Mudahnya Berniaga Melalui Laman Mudah.my
6.1 Pengalaman Sendiri Beriklan Di Laman Mudah.my
6.2 Kelebihan Berniaga Dengan Proniaga Di Laman Mudah.my
6.3 Barangan Larangan Yang Dilarang Dijual Di Laman Mudah.my
6.4 Tips Beriklan Di Laman Mudah.my Melalui Akaun ProNiaga
6.5 Ulasan Pelajar Kelas Beriklan Di Laman Mudah.my

BAB 7 BONUS : Mudahnya Beriklan Dengan Instagram
7.1 Apa itu Instagram
7.2 Apa Kelebihan Berniaga Melalui Instagram
7.3 Tingkatkan Jualan Dengan Kuasa Hashtag (#) Di Instagram

BAB 8 BONUS : Himpunan kisah surirumah yang berjaya berniaga hanya berada di rumah

Boleh dapatkan segera melalui saya atau terus tempah melalui link berikut


Khadijah binti Maskam
Pengurus Online
Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR)
Tel : 017-3441486 (sms/WhatsApp)
Email : khadijahmaskam@gmail.com


Monday 9 March 2015

ANAK MUMMY MAKIN MEMBESAR


Bismillahirrahmanirrahim.
Saat Mummy tulis entri ni, Mummy sangat bersyukur walau Mummy hanya dapat bersama Zafeera 2 hari setiap minggu, Mummy masih diberi peluang oleh Allah untuk melihat dan menyaksikan setiap perkembangan kamu. Semakin hari, saban waktu, umur kamu diam-diam bakal mencecah 1 tahun bulan hadapan. Moga Mummy terus diberi peluang untuk bersama kamu hingga akhir nyawa Mummy.

Akhirnya Zafeera mampu duduk tanpa bantuan 2 hari setelah bertemu doktor di Klinik Paediatrik HTJ. Alhamdulillah, Zafeera terus merangkak dan paling Mummy terharu apabila Zafeera terus berusaha dan berjaya untuk berdiri. Mummy gembira melihat semangat dan kesungguhan kamu untuk terus berusaha walau masih ada takut-takut, namun Mummy dan Wan sentiasa menyokong usaha kamu untuk terus maju ke depan.


Walau apa jua rintangan yang menghalang, akan Mummy usahakan untuk sentiasa berada di sisi kamu untuk sama-sama menempuh segala dugaan dan rintangan di hadapan. Semoga perjalanan hidup kita sentiasa di bawah lindungan Allah dan semoga kita sentiasa ingat padaNya. Syukur atas nikmat yang Allah telah beri pada kita sebelum ini dan kamu adalah nikmat dan rezeki dari Allah yang ternyata paling indah dalam hidup Mummy. 


Semoga Zafeera akan terus kuat dan tabah untuk menempuhi hari esok. Semoga kita dikurniakan kejayaan dan kebahagiaan dunia akhirat. Mummy mahu Zafeera membesar menjadi anak yang solehah yang membahagiakan hati Mummy dan berjasa pada masyarakat serta agama Islam.

Buat ibu-ibu di luar sana yang mempunyai anak yang istimewa, sesungguhnya anda adalah insan yang terpilih oleh Allah  untuk memikul tanggungjawab yang besar. Sesungguhnya anda bertuah kerana memiliki anak dari syurga. Jangan pernah sesekali putus semangat kerana sentiasa ada harapan untuk anda. Terus yakin dan percaya pada kuasa Allah. 
Insyaallah..


Khadijah binti Maskam
Pengurus Online
Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR)
Tel : 017-3441486 (sms/WhatsApp)
Email : khadijahmaskam@gmail.com



Thursday 5 March 2015

KELAS AKAUN SEPANJANG BULAN MAC




Tarikh Kelas Akaun Bulan Mac

1. Kelas Asas Akaun secara ONLINE

Tarikh: 13 Mac 2015, Jumaat
dan 27 Mac 2015, Jumaat
Masa : 9.30pg - 12.30tgh
Yuran RM 150.00 

Modul 1 : Basic book keeping
1. Bagaimana merekod buku simpan kira?

Modul 2 : Pengenalan kepada asas perniagaan dan fungsinya
1. Mengenal dan belajar kepentingan dokumen
2. Invois, cash, bil, resit, purchase order

Yuran RM150 - Modul 1 & 2


Bonus :
1. Ebook 101 idea home based bisnes
2. Beriklan di soho directory setahun




2. Bengkel Asas Akaun

Tarikh: 21 Mac 2015, Sabtu
Masa: 9.15am-5.15pm
Kelas dalam kumpulan Besar (20-35 pax)
Lokasi: Shah Alam.
Yuran RM 220.00
Modul
  • Pengenalan Buku Kira-kira and Perakaunan
  • 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh usahawan
  • How to do record keeping yang betul (Lejar, untung, rugi dan balance sheet)
  • Pengenalan kepada Asas Kos dan Meletakkan Harga pada satu-satu produk.
  • Akaun untung atau Rugi. Syarikat anda UNTUNG atau RUGI????
  • Case Study (Merangkumi penyediaan akaun penuh) - hands on task.

Bonus 1 :
Ebook asas blog
Ebook 101 idea home based bisnes

Bonus 2 :
2 tahun periklanan di soho directory

Bonus 3 :
Jaminan pulangan wang


3. Group Coaching (Min 6-10 peserta)

Tarikh: 11/3, 18/3 atau 25/3 2015, Rabu
Masa: 9.15am-4pm
Lokasi: Putrajaya.
Yuran RM 250.00
Kelas asas Akaun Offline - Grup Coaching.
Topik :
  • Asas Bisnes
  • Asas Dokumen Bisnes
  • Asas Merekod Akaun

Bonus 1:
Ebook asas blog
Ebook 101 idea home based bisnes
Ebook Super Wahm Super Mom
Ebook Mula Butik Online /Offline

Bonus 2:
3 tahun periklanan di soho directory

Bonus 3:
Diskaun RM50 untuk kelas blog dan penulisan

Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya.

Khadijah binti Maskam
Pengurus Online
Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR)
Tel : 017-3441486 (sms/WhatsApp)
Email : khadijahmaskam@gmail.com

PROMOSI EBOOK UNTUK BULAN MAC


Untuk bulan Mac 2015, Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR) menawarkan tawaran menarik pada harga yang menarik.

Jom dapatkan sekarang

PROMOSI EBOOK MAC 2015 : 3 EBOOK PADA HARGA RM50 (HARGA SEBENAR RM100)
  • Ebook Surirumah Juga Boleh Berbisnes
  • Ebook Super WAHM Supermom
  • 101 Idea Home Based Bisnes


SIAPA YANG HARUS MEMILIKI EBOOK INI?
  • Mereka yang mahu menambah pendapatan sampingan dengan berniaga
  • Surirumah yang nak tahu cara berniaga online hanya dari rumah
  • Surirumah yang ada 1, 2, 3 atau lebih anak dan mahu belajar urus diri & keluarga supaya lebih terurus
  • Mahu baca kisah motivasi mereka yang telah berjaya berniaga dan menguruskan rumahtangga
  • Mahu tahu cara mudah berniaga melalui platform online



Untuk tempahan boleh hubungi saya

Email : khadijahmaskam@gmail.com
sms /WhatsApp : 017-3441486 

Wednesday 4 March 2015

Hypoxic Ischemic Encephalopathy (HIE) - Part 2




Sumber Gambar : Google

Bismillahirrahmanirrahim.
Kita sambung cerita semalam, berkenaan Hypoxic Ischemic Encephalopathy (HIE). HIE adalah masalah kerosakan saraf pada bayi akibat oksigen tidak cukup. Menurut birthinjury.org, HIE berlaku pada setiap 20 daripada 1000 kelahiran dan HIE juga boleh menyebabkan kematian bergantung pada HIE tahap berapa.

APA SIMPTOM ATAU TANDA HIE?
1. Air ketuban bercampur najis (meconium-stained amniotic fluid)
2. Low heart rate
3. Poor muscle tone
4. Pernafasan yang lemah/tiada langsung
5. Warna kulit pucat/kebiruan

APA UJIAN UNTUK PENGESAHAN HIE?
1. CT Scan
2. MRI
3. Echocardiography
4. Ultrasound
5. Electrocardiogram (EKG)
6. Electroencephalogram (EEG)
Biasanya pesakit akan diuji sama ada mereka berada ditahap I (mild), II (moderate) atau III (severe). 

KESAN-KESAN HIE
1. Lewat dari segi perkembangan termasuk:
- perkembangan motor skills
- perkembangan neuro/otak
2. Masalah kognitif
3. Epilepsy (sawan)
Tahap keterukan HIE sebenarnya tidak dapat ditentukan betul-betul sehingga bayi berumur 3 ke 4 tahun.

PUNCA-PUNCA HIE
Punca-puna HIE terbahagi kepada 3 bahagian iaitu sebelum (antepartum), semasa (intrapartum) dan selepas (postpartum) kelahiran.

Antepartum:
Punca semasa proses kehamilan.
1. Ibu mengidap maternal diabetes
2. Mempunyai masalah kitaran darah kepada placenta
3. Preeclampsia (keadaan dimana tiba-tiba blood pressure meningkat)
4. Lung malformation
5. Severe fetal anemia
6. Congenital infections of the fetus
7. Cardiac disease

Intrapartum:
Punca semasa proses kelahiran berlaku.
1. Pendarahan teruk pada placenta
2. Tekanan darah ibu yang sangat rendah
3. Terbelit tali pusat
4. Proses kelahiran yang terlalu panjang
5. Kedudukan bayi yang tidak normal (songsang, senget)
6. Rupture of placenta/uterus

Postpartum
Punca selepas proses kelahiran.
1. Severe pulmonary/cardiac disease
2. Jangkitan, sepsis/meningitis
3. Severe prematurity (24-26 minggu)
4. Tekanan darah bayi yang terlalu rendah
5. Trauma pada bahagian otak atau tengkorak (Zafeera di sini puncanya)

Demikian serba sedikit mengenai HIE yang Jaja dapat dari birthinjury.org. Maaf sebab ada sesetengah term yang Jaja tak dapat nak terjemahkan, nanti kalau Jaja terjemahkan jadi lain pulak maksudnya. Nanti korang google sendiri ya. 

Macam Zafeera, dia dapat HIE selepas proses kelahiran iaitu postpartum dimana dia mengalami trauma pada otak dan tengkorak kesan dari doktor gagal vacuum sebanyak tiga kali. Cuba google pasal Caput Succedaneum. Ianya adalah salah satu kecederaan akibat trauma ketika kelahiran disebabkan oleh poor handling of medical instrument. Zafeera went through it.

Dan buat pengetahuan semua, bayi yang mengalami birth trauma mempunyai risiko untuk mengidap Cerebral Parsy dan mempunyai masalah dalam perkembangannya dan juga dalam proses pembelajaran mereka. Kita hanya mampu berdoa agar Allah beri segala kemudahan dalam setiap perjalanan anak-anak yang jadi mangsa akibat kecuaian hospital.

Insyaallah, nanti Jaja akan sambung lagi kisah ni jika ada kelapangan. 

Khadijah binti Maskam
Pengurus Online
Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR)
Tel : 017-3441486 (sms/WhatsApp)
Email : khadijahmaskam@gmail.com




Tuesday 3 March 2015

Hypoxic Ischemic Encephalopathy (HIE) - Part 1

Bismillahirrahmanirrahim.
Kenapa Jaja menulis tentang HIE? Buat pengetahuan semua, rentetan dari TCA di Paediatrik Hospial Tuanku Ja'afar Seremban pada 16 Februari yang lalu, doktor telah merujuk Zafeera kepada Jabatan Fisioterapi (PT) dan Pemulihan Cara Kerja/Occupational Therapy (OT) untuk bantu Zafeera kejar perkembangan beliau yang sepatutnya.

Seperti apa yang Jaja cerita pada entri sebelumnya, Jaja terima dengan hati terbuka apa jua yang doktor cakap dan beritahu pada Jaja dan kami sekeluarga yakin Zafeera akan membesar dengan sihat dan baik dan seterusnya menjadi anak yang solehah. Tarikh 27 Februari 2015 adalah TCA temujanji dengan PT dan OT.

Mengikut pemerhatian awal oleh PT, Zafeera perlukan banyak rangsangan untuk menguatkan lutut supaya Zafeera mampu bangun dari posisi merangkak ke duduk dan seterusnya melutut untuk bangun dengan sokongan. Zafeera perlu berlatih "kneeling". Masih perlukan masa.

Pemerhatian oleh OT pula, Zafeera bukan tahap "teruk". Entah lah, orang hospital ni selalu main agak-agak je. Sebab tu masa nak buat keputusan dalam labour room pun main agak-agak je, sampai salah vacuum anak orang sampai sebabkan ICB. Memang la, diorang pun diagnose je, diorang bukan tuhan yang Maha Tahu kan. Jadi kita ni dengar je apa diagnosis dia. Masa ni la baru Jaja perasan dalam referral letter dari Paediatrik ada nyatakan Zafeera HIE Stage 1. 

Kemudian balik ke Nilai, banyak Jaja google pasal HIE. Nak tahu juga apa maksud HIE, apa penyebabnya, apa kesannya dan apa yang boleh kita bantu untuk anak yang ada HIE Stage 1. Jaja taknak buat entri panjang-panjang, nanti ada yang bosan nak baca. Nanti Jaja sambung Part 2. 

Sekarang ni, kalau ada sesiapa yang terbaca entri ni dan ada kenal dengan sesiapa yang senasib dengan Jaja, ada anak yang HIE tak kira lah Stage 1, 2 atau 3, boleh tolong recommend sebab Jaja nak join komuniti ibu-ibu yang senasib sebab Jaja nak belajar dengan ibu-ibu kat luar sana macam mana nak bantu anak-anak HIE. Terima kasih.


Khadijah binti Maskam
Pengurus Online
Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR)
Tel : 017-3441486 (sms/WhatsApp)
Email : khadijahmaskam@gmail.com



Monday 2 March 2015

PEMULIHAN CARA KERJA/OCCUPATIONAL THERAPY



Bismillahirrahmanirrahim.
Sejak berjumpa dengan doktor 2 minggu lepas di Klinik Paediatrik Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban, Jaja curi-curi masa untuk melakukan sedikit pembacaan dan mencari maklumat tentang terapi pemulihan cara kerja. Bila search di google, tak banyak yang jumpa dan bila buka Google Image, keluar gambar-gambar kanak-kanak istimewa sedang melakukan terapi.

Kenapa Jaja cari maklumat tentang Occupational Therapy? Sebab Zafeera telah dirujuk ke Jabatan Pemulihan Cara Kerja di HTJ kerana setelah diperiksa oleh doktor, perkembangan Zafeera "agak" lambat sedikit berbanding bayi lain. Pada umur 10 bulan, Zafeera masih takut-takut untuk duduk tanpa bantuan.

Ikut pada pandangan kami, memang kami akui Zafeera agak lambat perkembangannya tetapi kami percaya ianya bukan disebabkan kekurangan dari segi apa, cuma kami percaya Zafeera jadi begitu kerana dia teramatlah manja dengan kami, berkepit sepanjang masa. Walaupun jauh dari mummy, Zafeera dapat kasih sayang melimpah ruah dari wan, pakcik dan makcik dia. 

Tambah pula Zafeera lahir dengan trauma di bahagian kepala akibat proses vacuum dan kecuaian pihak hospital menyebabkan dia mengalami cerebral eodema. Tapi selepas discharge dari hospital kami sekeluarga tidak putus-putus berdoa agar pembengkakan tersebut hanya bersifat sementara dan tidak berpanjangan. Alhamdulillah, ukur lilit kepala setiap kali pemeriksaan adalah normal.

Oleh sebab Zafeera mengalami trauma semasa lahir, maka kami sangat-sangat berhati-hati bila mngendalikan Zafeera. Mungkin dari sebab keadaan kami yang over-protective, Zafeera memang manja dan banyak berkepit dengan setiap yang mengasuhnya. Haha, takpela, bagi peluang. Jaja sudah maklumkan pada pihak klinik dan hospital supaya bagi Zafeera masa untuk kejar milestone dia. Ya, kami faham dengan perkembangannya yang agak lambat, tapi kami juga cuba untuk galakkan dia berlatih setiap hari. 

Jadi bila doktor rujuk Zafeera ke unit fisioterapi dan pemulihan cara kerja, Jaja terima dengan hati terbuka. Pandang dari sudut positif, mungkin ada banyak yang Jaja boleh belajar dari physiotherapist di hospital. Masa di hospital, nak dapatkan tarikh untuk terapi, Jaja ada jumpa banyak kanak-kanak yang jauh sangat beza dari Zafeera. Terbaring, air liur menitik di bibir, tak bergerak langsung!! Jadi Jaja set dalam kepala, ramai lagi yang berat ujiannya dari Jaja. Jadi fikir positif.

Bila tiba di kaunter, staf di kaunter agak pelik bila tengok Jaja. Jaja pegang Zafeera masa tu. Zafeera biasa la, excited jumpa orang, melonjak-lonjak,sengih-sengih. Gembira sebab ramai kawan.Staf kat situ tiba-tiba tanya, "siapa yang nak buat terapi ni?". Jaja jawab, "Bukan saya cik, ni si kecik ni."Jaja gelak-gelak je. Berkerut dahi staf tu. "Kenapa dengan si kecik ni? OK je tengok. Sihat aktif je..". Jaja gelak dengar staf tu cakap. "Tak tau la cik, doktor risau sebab dia macam tak confident nak duduk, dah 10 bulan umur. Lambat sikit ni, manja." Jaja jawab camtu jela. Pastu staf tu pun buat muka macam tak boleh terima sebab dia sendiri tengok cara Zafeera melonjak-lonjak, boleh berdiri tegak kalau pegang tangan. 

Ada seorang ibu kat situ yang hantar anak pegi fisio, dia pun cakap, mungkin Zafeera nak berjalan terus agaknya..takpa katanya, Insyaallah, takde apa2..Semoga doa kalian akan terus menguatkan semangat kami dua beranak untuk terus kejar impian kami. Insyaallah.

Khadijah binti Maskam
Pengurus Online
Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR)
Tel : 017-3441486 (sms/WhatsApp)
Email : khadijahmaskam@gmail.com