Teks : Khadijah Maskam
Alhamdulillah, saya berjaya khatam Ebook 44 Resepi Pantang
Tradisi Melayu. Selain dari resepi yang menarik dan mudah untuk dicuba, elemen
yang paling penting yang saya perolehi dari ebook ini adalah kepentingan
makanan yang sihat sepanjang proses berpantang.
Ebook 44 Resepi Pantang Tradisi Melayu ini bukan sahaja
memaparkan resepi-resepi berpantang malah penulis turut berkongsi tentang
persediaan sebelum bersalin, iaitu ketika tempoh kehamilan, persediaan sebelum
ke hospital dan juga selepas bersalin iaitu rawatan sepanjang berpantang dan
serba sedikit tips untuk pengurusan masa dan penyesuaian diri untuk
“first-time-mommy”. Banyak tips dan informasi yang dikongsikan untuk membantu
bukan sahaja ibu dalam berpantang malah sesuai untuk suami, ibu atau ibu mertua
yang bertanggungjawab membantu sepanjang proses berpantang.
Kebiasaannya kita acapkali dihidangkan dengan mitos-mitos
dari ibu atau nenek kita tentang betapa ketatnya dan bosannya berpantang akibat
menu yang terhad. Seringkali dihidangkan dengan menu yang sama ketika
berpantang 44 hari dengan alasan untuk cepat sembuh dan sihat, walhal kaedah
berpantang yang terlalu ketat boleh mengakibatkan ibu-ibu dalam berpantang
mengalami keletihan dan kelesuan akibat kekurangan nutrisi dalam makanan.
Resepi yang terdiri dari pelbagai sumber hidangan termasuk
daging dan ikan mampu memikat selera ibu berpantang di samping membekalkan
khasiat yang cukup untuk mempercepatkan proses pemulihan tenaga luaran dan
dalaman ibu dalam tempoh berpantang.
Khasiat yang dibekalkan oleh makanan herba dan rempah ratus
seperti halia muda yang umum tahu akan kebolehan dan khasiatnya dalam membuang
angin dalam badan, kunyit dan pegaga yang berfungsi sebagai agen pengecutan dan
penyembuhan luka, serta lada hitam yang berfungsi untuk memanaskan badan dan
mampu menyingkirkan lemak berlebihan akibat proses kehamilan selama 9 bulan.
Ebook 44 Resepi Pantang Tradisi Melayu memaparkan pengolahan
resepi menggunakan herba dan rempah yang sangat penting untuk ibu berpantang
serta memberikan idea-idea hebat dalam penyediaan menu berpantang. Kini,
ibu-ibu di luar sana tidak perlu risau dan ragu lagi menu apa yang perlu
disajikan untuk ibu-ibu berpantang kerana ebook ini telah memberikan panduan
yang lengkap cukup untuk sepanjang tempoh berpantang.
Saya syorkan sahabat di luar sana terutama yang bakal
bersalin tidak lama lagi untuk segera mendapatkan ebook ini kerana banyak
informasi dan tips berguna untuk persediaan berpantang anda. Bagi mereka yang
dalam fasa menurunkan berat badan, anda juga dialu-alukan untuk mendapatkan
ebook ini kerana resepi-resepi ini kesemuanya terdiri dari menu rendah lemak
dan kolestrol tetapi apa yang penting dapat membekalkan tenaga yang diperlukan
badan kita seharian.
Terima kasih kepada pihak ABDR kerana memperkenalkan ebook
yang sangat menarik dan bermanfaat.
Pengurus Online
Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR)
Tel : 017-3441486 (sms/WhatsApp)
Email : khadijahmaskam@gmail.com
No comments:
Post a Comment