Thursday 5 February 2015

AZAM 2015 - BELUM TERLAMBAT LAGI

Bismillahirrahmanirrahim.
Setelah sekian lama Jaja tak kerja "overtime", belum sampai sebulan lagi...hari ni Jaja mungkin balik lewat sikit. Ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan. Sebelum tu, ambil kesempatan ni untuk post 1 entri, hehe. Kerja sekolah yang cikgu Anys bagi belum siap lagi tu. Nanti Jaja siapkan ok.

Maaf, tahun 2015 sudah sebulan pun berlalu. Tahun ni Jaja perasan satu perkara, Jaja lambat dari orang lain. Sekarang dah masuk bulan Februari, tapi Jaja baru nak cerita pasal azam Jaja. Apela nak jadi kan? Tapi harus selalu ingat "Better late than never", hehe.

Berikut adalah senarai azam Jaja untuk tahun ni :

1. Minum air kosong 3L sehari.
2. Menyimpan RM 500 sebulan untuk Zafeera.
3. Urus kewangan cara bijak.
4. Jimat sehabis baik untuk masa hadapan.
5. Habiskan puasa ganti & nazar sebelum April 2015.
6. Solat awal waktu.
7. Khatam Al-quran.

Rasa macam ada yang tertinggal la. Setakat ni, itu jela. Harap semua sahabat dapat doakan yang terbaik untuk Jaja. Jaja pernah cerita dalam satu entri, kita perlu khususkan doa kita, be specific, perincikan doa kita. Tapi semalam Jaja ada terbaca satu perkongsian di FB, katanya "Berdoalah agar Allah memberikan yang terbaik untuk kita kerana sesungguhnya Dia yang Maha Tahu apa yang terbaik untuk kita.Kadang kala kita membenci sesuatu, walhal itu yang baik buat kita dan kadang kala kita menyukai sesuatu walhal ia bukan milik kita. Allah sahaja yang tahu, maka pergantungan sepenuhnya pada ALLAH.

Sekian untuk kali ini.

"Every challenge you've faced has made you what you are today. Thank the Almighty for those hard times. They have made you stronger".- Mufti Ismail Menk

Khadijah binti Maskam
Pengurus Online
Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR)
Tel : 017-3441486 (sms/WhatsApp)
Email : khadijahmaskam@gmail.com

No comments:

Post a Comment