Bismillahirrahmanirrahim
Hari Sabtu lepas, saya sekeluarga berkumpul
sempena menyambut Aidiladha bersama. Saya sudah lama tidak mengasah bakat di
dapur maka dalam kepala saya penuh dengan rancangan untuk mencuba pelbagai
resepi. Pada awalnya, saya bercadang untuk membuat mixed fruit cake, tetapi tiba-tiba abang saya mencadangkan agar
kami membuat pizza.
Maka terhasil sudah seperti gambar di atas.
Bagi orang yang sudah lama tidak melibatkan diri dengan dunia masak memasak,
saya kagum dengan diri sendiri kerana berjaya menghasilkan pizza yang gebu,
hahaha.
Untuk topping saya hanya gunakan sos preggo
yang diolah mengikut citarasa kami sekeluarga. Sebenarnya, urusan menyediakan
topping telah diambil alih oleh kakak ipar saya. Saya hanya menyediakan pizza base sahaja. Cheese pula kami
hanya menggunakan sliced cheese
kerana kampung kami agak pedalaman, jarang orang mahu makan cheese kerana
mereka lebih menggemari masak asam tempoyak, jadi susah mahu cari cheese di
kedai, hahaha.
Tepung juga sama, jangan mimpi mahu jumpa
tepung roti atau high protein flour
di Kampung Simpang Pelangai, maka kami hanya gunakan tepung gandum sahaja untuk pizza base. Untuk cubaan pertama, saya
menguli menggunakan cookies maker
tetapi adunan jadi terlampau lembik kerana saya gunakan kesemua 250ml air
mengikut sukatan dalam resepi. Kemudian saya terpaksa menambah tepung sambil
menguli lagi sehingga mendapat doh yang lembut.
Keesokan harinya, abang saya membuat
permintaan untuk belajar bagaimana mahu menghasilkan pizza base. Jadi saya mengambil keputusan untuk menguli doh hanya
menggunakan tangan dan hasilnya berjaya. Menguli dengan tangan adalah lebih
mudah dan tidak perlu berisiko dengan doh yang terlalu lembik.
Sekarang tidak perlu ke Pizza Hut atau
Domino lagi. Homemade pizza lebih menguntungkan dan memuaskan hati seisi
keluarga di samping merapatkan silaturrahim. Sekian, kisah pizza di hari Sabtu.
Resepi
Pizza Base
200g tepung gandum/tepung roti
2 st yis segera (mauripan)
½ st garam (larutkan dalam air suam)
1 st gula
2 st minyak sayuran/minyak zaitun (Jaja
guna minyak masak je)
½ cawan air suam
Cara
Menguli:
- Kembangkan yeast bersama gula di dalam air suam (sedikit sahaja).
- Uli tepung bersama minyak sehingga sebati.
- Masukkan yeast yang telah kembang ke dalam tepung dan gaul sebati.
- Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli tepung sehingga menjadi adunan seperti adunan karipap.
- Rehatkan doh selama 15 minit di tempat yang suam-suam kuku (tutup dengan tuala lembap pun boleh).
- Uli lagi doh sehingga masak uli dan permukaan doh licin dan cantik.
- Canai di atas dulang pembakar dan taburkan topping dan cheese.
- Bakar selama ½ jam (bergantung pada oven masing-masing).
SELAMAT MENCUBA!
Mahu pakej makanan sunnah? Sambil makan,
sambil kutip pahala. Lawati Gedung Makanan Online saya di sini dan buat tempahan
sekarang atau anda teringin bergelar WAHM dan mahu tahu apa itu SAHM dan SOHO,
boleh hubungi sifu dan otai kami Puan Masayu Ahmad dan Puan Anys Idayu.
Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment