Bismillahirrahmanirrahim.
Yeay!! Akhirnya Zafeera dah mula berjalan. Tanggal 29 November 2015 jadi detik bahagia, gembira sebab mummy dapat saksikan sendiri Zafeera mulakan langkah. Terima kasih dan syukur tidak terhingga pada Allah atas segala anugerah yang diberi. Untuk para ibu bapa di luar sana yang mempunyai anak HIE stage 1, mohon jangan berhenti berharap.
Ikut pengalaman saya hantar Zafeera ke terapi (fisio/ot), masalah delay tu biasa. Kita sebagai ibu ayah jangan pernah rasa putus asa untuk ransang dan bagi semangat pada anak. Kena sentiasa ingat yang masa ni lah kita nak "spend" masa dengan anak sebelum mereka meningkat dewasa, masuk sekolah berasrama, masuk universiti, berkerjaya, berdikari tanpa bantuan kita lagi.
Ada 1 kes, parent ni cerita pada saya, anak dia memang tak berjalan langsung, tak bangun dan berpaut pada perabut, dinding dan sebagainya sampai la umurnya mencecah 2 tahun. bila masuk umur 2 tahun, tiba-tiba si anak bangun dan berjalan sendiri. Saya yang dengar cerita parent tu macam "wow!!" sekejap. Nganga dibuatnya. Kemudian, barulah saya terfikir, beruntung saya sebab Zafeera hanya HIE stage 1, orang lain yang anaknya stage 2 atau 3, malah yang Cerebral Palsy(CP), berat lagi ujian mereka berbanding saya.
Jadi, kesimpulannya, jangan pernah putus asa. Doa ibu ayah tu mustajab. Mintak Allah bagi kita kekuatan untuk menempuh jerih payah membesarkan anak-anak syurga ini. Dugaan dan pandangan skeptikal manusia sekeliling memang kita tak dapat nak elak, tapi kata-kata negatif mereka, jadikan ia sebagai 1 cabaran untuk kita maju kedepan. Insya Allah, Allah sentiasa bersama mereka yang sabar.
Sekarang si Zafeera belum jalan laju lagi, jatuh bangun jatuh bangun lagi. Tapi semakin hari semakin baik. Syukur sangat. Jangan pernah "under estimate" anak kita. Untuk anak2 HIE, kita kena bantu mereka explore dunia sekeliling mereka. Kurangkan sikap overprotective, kena bantu anak untuk bina keyakinan dalam diri dia. Insya Allah, Allah sentiasa ada untuk bantu kita.
Saya pun berazam untuk terus menulis mengenai perkembangan Zafeera, tak kira lah walau jarak antara setiap post tu makan sebulan, haha. Bukan apa, saya mula terima pm di messenger bertanya mengenai Zafeera, bagaimana saya membesarkan anak HIE, bagaimana saya bahagi masa antara kerjaya dan anak, apa cabaran saya membesarkan Zafeera. Rata-rata mereka semua mempunyai anak HIE. Bila saya tanya di mana dapat info mengenai saya? Mereka jawab, saya dapat dari blog puan. Oh, dalam hati saya cakap "ada rupanya orang yang baca blog aku selain cikgu Anys, hehe." Power of blogging.
Di Malaysia susah nak cari info berkenaan HIE, saya pun masih mencari group atau page HIE supaya dapat belajar dan berkongsi ilmu pengalaman dengan mereka yang senasib. Saya tau masih ramai di luar sana yang mencari. Anda boleh sentiasa hubungi saya jika ada apa-apa pertanyaan mengenai Zafeera. Saya gembira dapat berkongsi pengalaman saya membesarkan Zafeera. Apa sahaja yang dapat membantu tuan puan, saya rasa puas hati.
Khadijah binti Maskam
Pengurus Online
Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR)
Tel : 011-1998 6449 (sms/WhatsApp)
Email : khadijahmaskam@gmail.com